ISU SEMASA Viral

Menitis Air Mata Dai Syed, Sepatutnya Dilepaskan Hari Ini Tapi Terpaksa Dilokap 3 Malam Lagi Gara-gara..

Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Dai Syed menitis air mata selepas dia perlu menghabiskan masa lebih kurang tiga malam lagi di lokap kerana tidak sempat melunaskan bayaran ikat jaminnya hari ini.

Walaupun bekas peserta siri realiti bercorak keagamaan itu telah dilepaskan dengan ikat jamin susulan berdepan tiga pertuduhan di mahkamah berbeza sebentar tadi, namun dia terpaksa bermalam di pusat tahanan sementara Beranang, Selangor bermula hari ini, lapor Malaysiakini.

Ia susulan pihak penjaminnya tidak sempat untuk melakukan pembayaran wang jaminan bernilai RM35,000 tersebut akibat kekangan waktu.

Menurut peguam Syed Amirul Syed Edros, pihaknya agak terkilan selepas mendapati pertuduhan dimulakan agak lewat dan susulan itu pihak penjamin tidak sempat membayar wang ikat jamin di kedua-dua mahkamah terbabit.

“Kaunter jamin bukan mahkamah tetapkan kerana ada satu kaunter yang akan uruskan hal-hal jaminan.

“Kita difahamkan waktu jamin dah berhenti pada waktu 2.30 petang di Mahkamah Petaling Jaya dan pertuduhan di situ juga lewat habis iaitu pada jam lebih kurang 2.00 petang.

“Disebabkan (penjamin) tidak sempat membayar jaminan maka telah dikeluarkan satu waran penahanan untuk Syed dan dia perlu pergi ke pusat tahanan sementara di Beranang hingga tarikh terawal mahkamah dibuka semula,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Jelasnya lagi, penjamin anak guamnya merupakan pengurus serta abang kandungnya sendiri dan mereka akan menguruskan hal urusan jamin itu selewat-lewatnya Isnin depan.

“Pada Isnin baru urusan jamin dapat dijalankan kembali,” katanya lagi.

Hari ini, pendakwah selebriti tersebut melalui hari yang panjang setelah dihadapkan ke atas tiga pertuduhan di dua mahkamah berbeza.

Pada awal, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas dua pertuduhan termasuk cabul dan melakukan seks luar tabii.

Susulan itu, bagi pertuduhan tersebut, hakim kedua-dua Mahkamah Sesyen dan Majistret telah memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin berjumlah keseluruhan RM25,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.

Dua pertuduhan yang dihadapkan Syed Syah tadi bermula pada jam 11.00 pagi tadi kemudian berakhir lebih kurang jam 1.30 petang.

Berdasarkan penjelasan peguamnya kepada pemberita di Petaling Jaya selepas prosiding di situ selesai tadi, Syed Syah sepatutnya membayar ikat jamin yang dikenakan di Petaling Jaya terlebih dahulu sebelum dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Petaling Jaya dikhabarkan terus membawa Syed Shah ke Mahkamah Shah Alam untuk meneruskan dakwaan atas pertuduhan merogol kerana kaunter ikat jamin di Petaling Jaya itu difahamkan telah tutup.

Syed Syah kemudian berdepan satu lagi pertuduhan merogol di Shah Alam dan dia mengaku tidak bersalah.

Setelah mendengar hujah dari pihak pendakwa raya dan peguam bela, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah memerintahkan tertuduh untuk membayar ikat jamin berjumlah RM10,000.

Bagaimanapun di Shah Alam juga, pihak penjamin tidak sempat melunaskan bayaran tersebut ekoran kaunter ikat jamin tersebut telah ditutup.

Sebelum ini, pendakwah berusia 25 tahun itu telah diremann 10 hari di Mahkamah Shah Alam berhubung dakwaan kes merogol kenalan laman sosial Instagramnya.

Dia kemudiannya diremann lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam sehingga Jumaat ini (11 Dis) atas dakwaan serupa.

Sumber:yoy

“Sedih pulak tengok keadaan dia” Da’i Syed Berbaju Ungu Nampak Ceria

Pendakwah selebriti Dai Syed yang berdepan dengan beberapa tuduhann dilihat hadir ke  Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi ini.

Menerusi perkongsian video yang dibuat oleh mStar, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail dilihat memakai pakaian lokap dan sempat menegur pihak media yang hadir membuat liputan kesnya di mahkamah.

Dalam video tersebut, dapat didengar Syed mengucapkan terima kasih kerana sudi datang dan sempat bertanya khabar dengan pihak media.

Syed juga meminta agar orang ramai mendoakan urusannya di permudahkan dan sebelum dibawa bergerak masuk ke bilik tahanan reman.

Terdahulu, menerusi laporan daripada Beritah Harian, Polis Petaling Jaya memaklumkan menerima dua laporan polis terhadap suspekk.

Kes yang dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.

“Beginilah keadaan terkini pendakwah muda Da’i Syed ketika hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi Isnin.

“Hadir dengan memakai baju lokap, Syed kelihatan tenang dan ceria malah sempat menegur pihak media.

“Kita doakan yang baik-baik je ok!

“Sedih pulak Min tengok. Yalah… bab perbuatan dia tu hanya Allah saja yang tahu tapi kita sebagai manusia tetap ada rasa simpati.”

Susulan daripada itu, pihak polis Petaling Jaya memaklumkan bahawa suspekk yang sebelum ini disiasat oleh pihak polis Shah Alam akan diserahkan kepada pihak polis Petaling Jaya bagi siasatan kes di daerah tersebut pula.

Rata- rata netizen meninggalkan komen dengan pendapat yang pelbagai di video yang dimuatnaik tersebut.

Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah muda.

Syed mula mencipta nama selepas penyertaan dalam rancangan realiti agama, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat pada 2016 yang meletakkannya di tempat keempat.

sumber:yoy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *