Viral

Luahan Terbaru Bapa Da’i Syed Buat Ramai Sebak Dan Mungkin Akan Buat Mereka Yang Suka Kec4m Terdiam

Sabda Rasulullah saw “Ketika Allah menginginkan hamba-Nya suatu kebaikan, maka disegerakan hukumannya di dunia. Kalau Allah menginginkan hamba-Nya suatu kej3Iekan, maka dos4nya ditahan sampai dibIas nanti di hari k1amat.” HR. Tirmizi.

Seorang muslim yang diuji atau ditimpa musibah semestinya akan makin dekat dengan Penciptanya dan seharusnya berbaik sangka dengan ketentuan Allah kerana ia tersangkut dengan rukun iman.

Sabar belum cukup untuk berdepan dengan segala hal melainkan disertakan dengan redha. Ada orang diuji dengan kematian, penyakit, kesenangan atau kesusahan dalam hidup. Cuma cara menghadapi mungkin berbeda.

Saat ini kami pun sedang diuji dengan hal yang tidak disenangi dari pandangan mata kasar manusiawi.

Malahan pada hakikatnya kami perlu syukuri bilamana ada jaminan daripada nash, sekiranya dilewati dengan berserah sepenuhnya pada ketetapan Allah (redha, muhasabah, insaf) supaya dapat menjalani ketentuan Nya dengan hati yang tenang.

Sedar atau tidak, hari ini kita hidup dalam dunia yang penuh dengan ujian berat dan perngkap-perngkap ibl1s dihadapan.

Saat melihat seseorang diuji atau dijeb4k dengan perngkap, jangan kita seronok bersorak dan mengec4m sedangkan disekeliling kita penuh dengan gajet-gajet yang menjadi jambatan atau pintu gerbang ke perangkap tersebut.

Sedang kita gha1rah meng3cam, tanpa disedari, ahli keluarga, anak dan cucu kita yang seawal usia sedang bermain-main dijurai pintu masuk jebakan atau sudah bergeIum4ng didalamnya.

Melihat senario hari ini, terlalu mudah untuk Allah membuka a1b-a1b kita semua dengan kehadiran hidangan media sosial sebagai wasilah yang dipenuhi “wartawan tak bertauliah” disisip beserta foto dan video a1b secara terang-terangan.

Itu belum terhitung mereka yang membuka a1b sendiri secara “live” di applikasi medsos terkini.

Fenomena ini tidak terkecuali kepada semua umat tidak kira peringkat dan darjat, pasti ia akan menggerudi hingga ke akarnya, samada seseorang itu ahli ibadah atau ahli mksiat untuk direntap terjun kedalam rnjau berduri yang telahpun tersedia.

Dihadapan kita 10 atau 20 tahun mendatang pasti berdepan ujian super hebat, samada kita sendiri atau anak-anak kita, mohonlah kepada Nya bersunguh-sungguh agar dilindungi daripada jebakan karat duniawi yang semakin menggerogoti jiwa-jiwa umat akhir zaman.

Menginsafi segala apa yang berlaku saat ini, ternyata belum terjamin samada sesorang yang menjalani kehidupan beragama terlepas daripada sebarang kekhilafan, apalagi yang membelakangkan agama, kerana cara ibl1s mengg0da itu mengikut tahap dan cara hidup seseorang.

Ada yang berani mendkwa dirinya kebal daripada ujian dan mus1bah??

Terima kasih kepada semua yang inbox atau komen kepada saya dengan memberi kata-kata semangat serta doa dan terima kasih juga yang mengec4m serta meng3jek.

Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana caturan daripada Allah adalah sebaik-baik percaturan dan balasan.

Beri ruang kepada pihak menvduh dan ditvduh.

Sebagai masyarakat yang terdidik tidak sewajarnya kita membela (back up) atau memuji berlebihan pada mana-mana pihak, apa lagi meng3cam mereka dengan spekvlasi dan teori rekaan sendiri, biarlah pihak yang diamanahkan menjalankan tugas.

Yang paling utama adalah semoga kedua-dua pihak tertvduh dan menvduh akan diberikan ruang keadilan yang sewajarnya.

Perlu digaris ataskan pada setiap luahan, bahawa andai kita kasihankan kepada mereka, Allah itu lebih lagi kasihan, kerana Dia “Maha Pengasihani” begitu juga sebaliknya. Itulah rahsia yang sebenarnya “tidak rahsia”.

Barang siapa yang melihat orang lain tertimpa mus1bah, lalu ia mengucapkan, “Alhamdulillahilladzi ‘aafaani mimmab talaaka bihi, wa faddhalanii ‘ala katsiirim mimman khalaqa tafdhilaa”

Ertinya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpa engkau dan benar-benar memuliakan aku dari makhluk lainnya.

Jika kalimat itu diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah apa pun selama dia hidup. (HR. Tirmidzi)

‘Ayat seorang bapa berpihak anaknya’

Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya tulisan ini tidak disenangi oleh mana-mana pihak kerana mungkin terkadang ayat perkataan saya lebih terarah kepada “ayat seorang bapa berpihak anaknya “.

Berbalik kepada hakikat setiap kjdian, ” hanya Allah sahaja yang mampu meletakkan seseorang itu samada dia akan menjadi ahli ibadah atau ahli mksiat dalam sekelip mata” dengan kalam mudahNya.. “Kun Fayakun”.

Apabila terkena mus1bah atau ujian, kembalilah kepada Allah dan pengertian nama-nama Allah ( Asmaul Husna)

” Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati..tetaplah hati kami diatas jalan Mu hingga akhir hayat…”

Sekian, Seif Jamalullail. Cairo

Sumber:limauais

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *