Viral

Tiada majlis konvo, pemuda bergraduasi depan rumah dengan ‘abang J&T’

Umum sedia maklum bahawa tahun ini, tiada sebaran majlis ataupun istiadat konvokesyen dilakukan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) baik awam ataupun swasta.

Hal tersebut berikutan wabak pandemik yang melanda negara bahkan seluruh dunia sehingga membuatkan seluruh masyarakat perlu menjalani norma baharu kehidupan dengan sentiasa menjaga jarak.

Majlis graduasi depan rumah

Oleh sebab itu, sesetengah IPT di Malaysia mengambil inisiatif dengan menghantar sahaja sijil para graduan menggunakan perkhimatan pos ke rumah masing-masing.

Perkara tersebut turut dirasai sendiri oleh seorang graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila  menerima sijil ijazahnya melalui pos dari perkhidmatan J&T dan diserahkan sendiri oleh ‘abang J&T’ tersebut.

 

Mesti abang tu pun rasa bangga sama

Momen manis itu dimuat naik ke Twitter dan mendapat lebih dari lapan ribu tanda suka dan satu ribu lebih perkongsian semula di media sosial terbabit.

Rata-rata warganet berasa terhibur melihat ‘majlis konvokesyen’ tersebut yang hanya dibuat di hadapan rumah tanpa sebarang majis istiadat seperti kelazimannya.

Sedih la pulak penat2 belajar tak rasa konvo

Abang J&T pun melayan

First class degreewehh!

Walau bagaimanapun, rakan-rakan dan juga warganet tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Muhammad Iskandar Zulkarnain apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian Kelas Pertama dari USIM.

Tahniah bro!

Sumber:iskyzul/ohmymedia

 

Lelaki sanggup berhenti jadi guru, berjaya jadi pereka fesyen untuk kucing

 

 


Setiap orang pasti mempunyai minat tersendiri terhadap sesuatu perkara. Ini yang terjadi di Bogor, Indonesia apabila seorang guru meninggalkan bidang pendidikan untuk menceburi bidang fesyen dan menjadi pereka busana.

Namun bila menyebut mengenai pereka busana, pasti akan dikaitkan dengan pakaian untuk seseorang individu. Tetapi lain pula yang dilakukan oleh Fredi Lugina Priadi apabila menjadi pereka fesyen buat kucing peliharaannya.

Pelbagai jenis pakaian

Lelaki yang berusia 39 tahun itu sebelum ini pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan namun bagi dia yang menguntangkan adalah pakaian kucing.

Menurut laporan Reuters, pelbagai jenis pakaian buat si comel bulus itu untuk digayakan. Antaranya pakaian seragam, super hero seperti Thor dan juga pakaian tradisional islam.

Fredi berkata, pada mulanya idea itu datang daripada saudaranya yang mencintai kucing dan dia menganggap idea itu pelik namun apa yang terjadi sebaliknya kerana permintaan terhadap pakaian kucing agak tinggi.

Selain itu, Fredi memperoleh anggaran RM870 sebulan bagi menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari setelah hampir tiga tahun menjalani perniagaan tersebut.

Meskipun ia kelihatan comel, namun ada juga segelintir warganet memberi komen yang negatif mengatakan ia sesuatu yang agak kejam, namun ia tidak mematahkan semangat Fredi untuk terus berusaha dalam memajukan perniagaanya.

Sumber: Astro Awani / Reuter / ohmymedia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *