Viral

Pellk Bila Abang Penghantar Barang Asyik Tanya Pasal Jiran, Bila Beritahu Cerita Sebenar Ramai Terasa Sebakk

BAGI individu yang bergelar ibu atau bapa, sudah pasti mereka akan melakukan segala-galanya demi kasih sayang kepada anak.

Tambahan pula bagi mereka yang bergelar ketua keluarga, tanggungjawab yang dipikul begitu berat bagi memastikan segala keperluan keluarga sama ada tempat tinggal, makanan, pakaiaan, pendidikan dan lain-lain lagi dapat disediakan dengan sempurna.

Namun tidak semua insan bernasib baik dan dikateg0rikan sebagai gol0ngan yang berkemampuan.

Bagi Wazirudin Zainuddin, pertemuannya dengan seorang pekerja sebuah syarikat kurier baru-baru ini nyata memberi tamparan hebat mengenai erti kasih sayang seorang bapa.

Mengimbas kembali kisah yang berlaku sebulan lalu itu, Wazirudin berkata ketika itu dia sedang bekerja dari rumah, di mana seorang pekerja syarikat kurier datang untuk menyerahkan barang pesanannya.

“Ketika menyerahkan barang, dia bertanya sama ada jiran saya ada di rumah atau tidak. Sebenarnya seminggu sebelum tu dia ada hantar barang dekat rumah saya, dan dia tanya soalan yang sama.

“Masa kali pertama dia tanya tu, saya ada juga terfikir benda yang tak sepatutnya, macam berbvruk sangka. Tapi bila dua kali dia tanyakan soalan yang sama, saya terfikir juga kenapa dia asyik bertanya.

“Saya beritahu, ‘kalau abang nak hantar barang pada jiran saya, serahkan pada saya dulu pun tak apa’. Kemudian barulah dia cerita.

Katanya dia perasan ada mainan macam tak digunakan dekat luar, kalau nak bvang, dia nak minta… tapi segan.

“Katanya nak bawa balik bagi dekat anak. Saya pun minta nombor telefon dia dan beritahu, nanti saya akan tolong tanyakan kepada jiran saya,” ceritanya.

Menurut Wazirudin, pertemuan slngkat dengan lelaki dalam lingkungan usia lewat 30-an itu nyata membuatkan dirinya tersentakk.

“Tak tunggu lama, saya terus capai kunci kereta dan keluar rumah. Dalam satu jam kemudian, saya telefon semula abang tu, beritahu yang saya nak hantarkan mainan yang dia nak tadi.

“Kebetulan masa itu dia masih ada berdekatan dan dalam perjalanan nak balik ke Serian. Dia tunggu dekat l0kasinya. Ketika sampai, saya tak bawa keluar lagi mainan tu dari kereta… kami sembang-sembang kejap.

“Dia cakap terima kasih sebab susah-susah nak hantar. Kemudian barulah saya ambil mainan dan serahkan padanya. Masa tu, mukanya nampak berubah sebab dia perasan mainan tu tak sama macam mainan yang dia nampak di rumah jiran saya.

“Terus saya beritahu, saya beri ni sebagai hadiah untuk anak abang. Sebut je perkataan anak, terus dia tekup muka. Dia terdiam, tak terkeluar kata-kata. Cuba tahan sebak,” cerita bapa kepada dua anak ini yang menetap di Kuching, Sarawak.

Menurut Wazirudin, pada mulanya lelaki itu men0lak pemberiannya namun selepas beberapa kali diyakinkan, akhirnya dia menerima hadiah tersebut.

“Saya juga seorang bapa… saya faham betapa kasihnya bapa kepada anak-anak. Mungkin ketika itu dia tak mampu nak beli kerana ada belanja yang lebih penting.

“Tapi saya tersentuhh dengan effort dia untuk gembirakan anak. Saya fikir, agaknya macam ni susahnya mak ayah saya besarkan saya dulu. Bila besar, kadang-kadang kita lupa… sebenarnya banyak d0sa dengan mereka.

“Kadang bila selalu ada di atas, gaji sebulan cecah empat hingga lima angka… tapi kita lupa untuk tengok di bawah. Tak sangka perkongsian di Facebook jadi vlral.

“Tak ada langsung niat nak albkan, apatah lagi nak menghlna. Saya k0ngsikan sebab benar-benar terkesann dengan kisahnya,” katanya lagi.

Sumber : Mstar/FBWazirudin/Inlinemalaya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *