ISU SEMASA

Bonda Bagaikan Pelita Hidup. Dunia Saya Kini Bagaikan Dalam Kegelapan, Tiada Sinar Cahaya Lagi – Najib

” Innalillahwainnailaihirojiun.. Bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini..”

Itu kata-kata sayu bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook beliau yang berkongsi kesedihan atas kehilangan ibu tercinta.

Menerusi posting yang meraih 208k tanda ‘like’ itu, Najib berkongsi berita duka ibunya Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah, meninggI dnia pada Jumaat petang.

” Bismillahirrahmanirrahim..Innalillahwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein, telah pulang ke rahmatullah di Prince Court Medical Centre petang ini.

” Jnzah dibawa pulang ke kediaman arwah bonda hari ini dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah pada hari esok untuk pengurusan jnzah sebelum dikebumikan di Masjid Negara. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj Abdul Razak,” tulis Najib.

Dalam pada itu kerajaan memutuskan jnazah Tun Rahah Mohamed Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebvmian Negara dan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, esok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Najib Razak atas pemergian ibu tercinta hari ini.

” Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Najib dan seluruh ahli keluarga atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Rahah hari ini.

” Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.” ucap Muhyiddin.

Najib melalui posting terbaru turut berkongsi jnzah bondanya yang dibawa pulang ke rumah.

Puluhan ribu komen ditinggalkan warganet mengucapkan takziah kepada Najib dan keluarga.

Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan

Malah kata-kata Najib turut menyentuh perasaan ramai apabila bekas perdana menteri ke-6 itu bagaikan hilang kata-kata setelah kehilangan insan paling disayangi.

” Kami dalam perjalanan. Saya kehilangan kata-kata. Bonda bagaikan pelita hidup saya. Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan. Tiada sinar cahaya lagi.” luah Najib.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah.

Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua itu.

Sementara Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di kediamannya sini.

Baginda yang tiba di kediaman berkenaan bersama pegawai pengiring jam 8.40 malam, meluangkan sedikit masa bersama dengan keluarga Allahyarhamah.

Turut kelihatan di kediaman itu ialah Datuk Seri Najib Razak Razak yang juga bekas Perdana Menteri keenam.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggI dnia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :asiakini

 

Perjalanan terakhir Bonda,Tindakan Pak Cik ini yang ada di luar Masjid buat Najib Razak Sayu

 


KUALA LUMPUR: “Ibu ratu hatiku.”Itu luah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kehilangan ibu tercinta, Tun Rahah Tan Mohamed Noah yang menghembu-skan n4fas ter4khir pada petang Jumaat.

SatubPerkongsian yang amat ringkas itu yang telah dimuat naik menerusi laman media sosial Instagram akaun peribadinya.

Pelbagai tetamu kenamaan yang datang memberi penghormatan terakhir.

Namun tindakan seorang Pak Cik yang menadah tangan mendoakan arwah di luar pagar Masjid sangat menyentuh hati Ds Najib

“Amat menyentuh hati saya melihat ini.”

”Saya tidak kenal saudara tetapi saya berharap dapat bertemu satu hari nanti.”

“Terima kasih atas doa untuk Allahyarhamah bonda.”

”Semoga pakcik ini sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.”

 

“Dari sudut kejauhan ada yang menadah tangan merafakkan Doa kepada Allah agar Allahyarhamah Tun Rahah ditempatkan didalam syurga”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdahulu, Najib Razak ada mengesahkan pemergian bondanya melalui perkongsian di laman media sosial Instagram story selain mengesahkan Allahyarham sudah tiada.

“Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu juga, Najib turut menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas perkenan berangkat menziarahi j3nazah Allahyarham di kediamannya malam tadi.

Terdahulu, Allahyarham yang juga balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, dilaporkan meni-nggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perub-atan Prince Court di ibu negara.
Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan,

Allahyarhamah akan diberi penghormatan dalam Istiadat Pengebumian Negara dan jenazahnya akan disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan.

Sumber:trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *