ISU SEMASA

Terlepas taIak 3, suami suruh sy kahwin dengan ‘abangnya’ sebelum kami kahwin semula

Kisah ini telah dikongsikan di laman media sosial sebelum ini dan kini disiarkan untuk pengajaran buat semua.

Assalamualaikum min, harap boleh kongsikan cerita saya ni. Berat rasanya nak meluah, tak tahu nak mulakan macam mana. Saya ni berumur 31 tahun dan suami 35 tahun.
Kami dah berkahwin lebih dari 10 tahun. Baru – baru ni tanpa diduga perg4duhan saya dan suami telah menyebabkan terjadinya taIak 3.

Jangan ditanya macam mana, cuma saya boleh cakap dengan yakin memang dah sah jatuh taIak 3. Maka menangislah kami berdua memikirkan apa nasib kami selepas kejadian ni.

Kami ada anak 3 orang. Kami saling sayang menyayangi tapi benda ni terjadi tak terduga dan bukan pula diminta – minta.
Pada awalnya kami ingin pergi ke mahkamah syariah tapi akibat selalu tertangguh kerana cuti kami mula menukar fikiran saya dan bekas suami bersepakat untuk merahsiakan hal ni demi mnjaga a1b kami dan juga keluarga.

Kami ada bertanya pada orang yang arif pasal ilmu agama, katanya boleh dirahsiakan demi menjaga a1b dan mencari seseorang untuk menolong kami yang dalam situasi ni. Rasanya semua kita sebagai umat islam tahu apakah cara yang harus kami lakukan untuk kami bersama kembali.

Waktu ni saya menangis semahunya sebab selama ni saya tak pernah terfikir apa lagi nak membayangkan yang saya akan tidur dengan lelaki lain selain suami saya.

Hanya Allah yang tahu betapa perit dan pedihnya apa yang saya rasakan. Bekas suami turut sama menangis, lepas tu dia cakap memang tak ada cara lain dah selain dari cara tu je untuk kami bersatu kembali. Saya kena kahwin dengan orang lain dulu dan mesti ‘bersama’ dengan suami tu dulu.

Bermula hari tu tiap – tiap hari saya menangis, saya tengah masak untuk anak – anak air mata akan jatuh dengan sendirinya tapi saya sembunyikan dari anak – anak. Anak – anak tak tahu apa – apa, sedihnya melihat mereka.

Bekas suami balik rumah jarang – jarang sebab kami bukan lagi pasangan yang halal. Dia tidur dekat tempat kerja, dia balik kadang – kadang untuk tengok anak -a nak sebab tak nak bagi mereka fikir yang bukan – bukan kalau dia tak balik terus.

Bekas suami ada sorang kawan yang sangat rapat dengannya, dorang pun mesra dengan panggiIan adik dan abang. Abang dia ni dah ada isteri dan anak – anak.

Kami bincang untuk dapat keputvsan siapa yang kami nak minta tolong. Bekas suami tak sanggup serahkan saya pada orang bujang sebab takut nanti dia tak nak lepaskan saya. Jadi kami pilih abang dia tu untuk minta tolong.

Bekas suami ceritakan semuanya pada abangnya iaitu kawan baiknya. Pada mulanya mesti la dia tak bersetuju, tapi katanya dia kesiankn adiknya (ex saya) dia akan cuba tolong.

Dia mintak bekas suami hantar gambar saya sebab dia nak tengok. Bila dah hantar gambar, dia mintak no fon saya pula, katanya nak bercakap sendiri dengan saya. Lupa nak bagi tahu abang ni berumur 40 lebih.

Hari ni dia minta no fon saya dan esoknya dia call saya untuk bercakap tentang ni. Bila dia dah mula call saya, dia macam dah jatuh hati dengan saya jadi dia selalu call saya dari pagi, petang sampai malam.

Bekas suami sangat horm4ti abangnya ni jadi dia pesan kat saya, cakap baik – baik dengan abang. Lepas 3 hari dia asyik call saya dia nak jumpa saya, nak tengok depan – depan. Bukan jumpa berdua, dia suruh bekas suami saya bawak saya jumpa dia.

Lepas jumpa tu dia jadi lagi teruk, dia cakap tak sabar nak kahwin dgn saya. Dan pada saat ni saya mulai perasan bekas suami saya sedang terIuka.

Saya tak sampai hati tengok muka dia macam tu, saya tak pernah rasa nak s4kiti hati dia apa lagi meIukai hatinya. Saya tak sanggup tengok dia macam tu. Saya tanya dia cemburu ke. Dia jawab mesti la dia cemburu, dia kata abang tu dah melebih – lebih sangat.

Saya ambik keputvsan saya tak nak kahwin dengan abang dia tu sebab saya tak sanggup tengok bekas suami saya terIuka.

Jadi sekarang kami masih bingung memikirkan apa yang harus kami buat. Sampai satu tahap saya rasa dah tak berdaya lagi nak hadap semua ni saya bagitau bekas suami, biarlah saya pergi jauh dari hidup dia, biarlah dia cari orang lain gantikan tempat saya.

Tapi dia menangis dia cakap bukan mudah nak cari pasangan hidup yang boleh serasi dan boleh faham diri kita. Saya kata belum cuba belum tahu, dia tak tahu mungkin dia akan dapat yang jauh lebih baik dari saya, tapi dia tetap menangis dan cakap yang tak semudah tu.

Esok tu dia balik rumah dan menangis – nangis pegang tangan saya sambil suruh saya janji jangan pergi dan jangan hilang dari hidup dia.

Saya tak kuat bila tengok dia menangis.. Dia kata dia akan cari juga cara supaya kami akan bersatu kembali. Saya nak minta tolong warga FB, tolonglah doakan kebaikan untuk kami berdua. Tolong doakan semoga Allah permudahkan urusan kami.

Kami pasangan yang setia antara satu sama lain, tak ade org ke-3, kami tak pernah berpisah, di mata family dua – dua beIah saya dan dia semua anggap kami pasangan sweet sebab kami tak pernah berg4duh depan orang. Saya sangat menjaga maru4h dan air muka suami.

Tapi siapa sangka, siapa menduga, Allah tak uji kami dengan orang ke-3 tapi Allah uji kami macam ni. Ya Allah beratnya dugaanMu pada kami.

Tengah solat pun air mata saya mengalir, tak boleh tunggu selesai solat dah. Sungguh kami sangat tersiksa sekarang ni. Saya sangat takut nak melangkah ke dunia luar dengan membawa tittle janda. Saya takut sangat – sangat dengan gangguan dari lelaki.

Saya tak suruh kalian percaya tapi saya tak macam umur 30 lebih, bila saya pergi mana – mana, orang ingt saya masih anak d4ra. Saya tak pernah berbangga dengan anggapan orang, tapi saya rasa takut.

Cukuplah kalian tahu yang saya tak macam orang lain, saya seorang yang pendiam dan sangat pemalu, dengan suami pun sampai sekarang saya masih ada perasaan malu apa lagi dengan orang luar…

Maaflah andai ada ayat saya yang berterabur atau ada yang susah nak faham, saya taip ni sambil menangis, saya dah tak mampu nak pend4m.

Saya luahkan sedikit dari kisah saya dengan harapan boleh mengurangkan walau sedikit beban dalam jiwa yang sedang geIora ni. Semoga ada sinar bahagia untuk kami berdua.. Wanita berduka ~ FzS

Komen Wargnaet :

Azizah Samad Azei : Punca dapat taIak 3 tak jelas langsung. Apa – apa hal yang berlaku dalam rumahtangga kena rujuk pejabat agama. Mana boleh sendiri buat keputvsan. Nak kahwin cina buta tanpa pengesahan jabatan agama Islam pun tak boleh jadi. Sis ni nampaknya pandai – pandai je dengan bekas suami tu nak buat sesuatu tanpa rujukan. Kena cerita di pejabat agama dari a sampai z supaya tahu apa yang berlaku. Sama ada taIak tu jatuh atau tak. Apakah benar taIak 1 2 atau 3. Jangan buat sendiri dalam hal – hal agama Islam ini. Bila mahkamah dah sahkan baru fikir apa yang patut sis dan bekas suami buat.

Normah Omar : Rasanya salah cara sis tu. Setahu saya cara macam tu dianggap sebagai cina buta dan dalam Islam tak ada istilah cina buta, berd0sa. Maaf jika saya salah sebab saya pun h4mba allah yang h1na dan jahiI. Cara yang terbaik adalah lebih baik sis pergi pejabat agama, rujuk pada yang pakar. Jika takdir tak menyebeIahi sis, jangan risau untuk teruskan kehidupan bersama dengan anak – anak kerana Allah tu sentiasa ada untuk h4mba – h4mbanya. Takdir Allah adalah yang terindah, dunia hanyalah sementara, akhirat alam yang kekal abadi. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan sis dan moga sis di berikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan, inshaAllah.

Noor Saliza : Nak guna cina buta pun tak boleh sebab penceraian belum didaftarkan di mahkamah. Lagi pun tak ada cina buta dalam Islam. Lebih baik dapatkan pencerahan dari pejabat agama. Ingat masa depan anak – anak.

Mariam’s Closet : Mungkin dia tak nak pergi pejabat agama sebab takut punca segalanya diketahui. Sis kalau betul – betul nak bersama semula baik pergi rujuk pejabat agama daripada kena macam tu.

Laila Hartanah : Saya doakan Sis kembali bahgia, mengadulah pada Allah. Memang ujian taIak ni dangat hebat. Kuatkan semangat demi anak – anak, mungkin ada jalan terbaik nanti.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata semua mengenai isu yang terjadi dan memberi pengajaran kepada semua.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :mediakl


Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *