Viral

“Har4m, Sila Padam Gambar Kalian Memakai Topi Santa” – PU Syed

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur segelintir masyarakat terutama golongan selebriti mengenai hukum memakai pakaian Santa.

Tegasnya menerusi Instagram, hukum berbuat demikian adalah haram dan boleh mendatangkan fitnah kepada diri, keluarga dan agama.

“Tidak ada keperluan memakai topi Santa Claus atau apa saja perhiasan berkaitan Hari Krismas termasuk meletak pokok Krismas kerana ia seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut,” tulisnya.

 

Kredit foto: IG

Dalam masa sama, PU Syed turut menyebut nama pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini memuat naik gambar di IG masing-masing dengan memakai topi Santa.

Kredit foto: IG

Di penghujung hantarannya, PU Syed meminta mereka memadam gambar yang memakai topi Santa.

Sumber : CARI/Tehtarikkaw

 

Jawab isu sambut Hari Krismas, Awal Ashaari jelaskan hanya hormat agama lain

 

Umum sedia maklum bahawa 25 Disember setiap tahun, para penganut agama Kristian di seluruh dunia akan menyambut Hari Krismas.

Di Malaysia, perayaan tersebut juga disambut mengikut tradisi masyarakat Kristian dan mereka turut mengundang sahabat handai dari pelbagai bangsa dan agama untuk sama-sama merasai kemeriahan sambutan tersebut.

Teruk dikecam netizen

Perkongsian foto keluarga selebriti terkenal, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya serta anak perempuannya, Lara Alana sedang meraikan undangan sambutan Hari Krismas telah dikecam hebat oleh netizen.

 

Bergambar depan pohon krismas

Kehadiran Awal dan keluarga yang memakai topi Santa Claus dan bergambar di hadapan pohon Krismas membuatkan ramai pihak tidak senang kerana umat Islam dilarang sama sekali untuk menyambut perayaan agama lain.

Dalam kapsyen yang disertakan dengan gambar, pengacara Melodi itu telah menulis mengenai sambutan yang diraikan dengan cinta, kebersamaan dan kegembiraan.

“Celebrate love, togetherness and laughter! Next year it will be 4 of us, inshAllah!” Tulisnya.

Selepas beberapa hari mengabaikan segala tohmahan berkenaan hal tersebut, akhirnya Awal menerusi IG story telah memuat naik kenyataan berhubung isu bergambar itu.

Anak ramai rakan bukan Muslim

Dalam penjelasan terbabit, dia memaklumkan keluarganya telah hadir ke kediaman rakan-rakan anaknya dengan mengikut dress code sempena Hari Krismas memadangkan Lara bersekolah di sekolah antarabangsa.

Ia sama seperti jika masyarakat bukan Muslim menziarahi kita sewaktu Hari Raya apabila turut mengenakan baju Kurung sebagai cara menghormati perayaan tersebut.

Ambil gambar di kawasan cantik

Dalam pada itu, Awal juga menjelaskan pihak yang mengundang menyajikan mereka makanan halal kerana tahu dan hormat akan sahabat-sahabat beragama Islam.

Manakala tindakannya bergambar di pohon Krismas adalah kerana kawasan tersebut telah di dekorasi sempena Hari Krismas. Ia sama seperti tempat kita menggantung kad raya di sudut rumah sebagai tempat untuk tetamu bergambar.

Jadi, diakhir penerangan tersebut pengacara itu meminta agar kita semua berfikir dan meletakkan situasi terbabit ketika Hari Raya dimana rakan-rakan bukan Muslim hadir ke rumah untuk menziarahi sebagai tanda toleransi.

Sumber: AwalAshaari/Ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *