ISU SEMASA Viral

Ramai Tidak Perasan Ada Sesuatu Yang NeeIofa Tidak Jelaskan Kepada Umum Di Dalam Siaran IGTV

Sehari selepas mengejutkan industri hiburan tanah air dengan beberapa d4kwaan yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp, hos dan usahawan, NeeIofa akhirnya tampil memecahkan spekulasi mengenai status diri dan hubungannya dengan tunangan, PU Riz atau Hariz.

Neelofa melalui siaran IGTV di akaun Instagramnya, neeIofa menjelaskan semua pertuduhan yang dilemparkan kepadanya dan menjadi viral sejak kelmarin adalah tidak berasas serta mengarut.

Selain menafikan telah bernikah dengan PU Riz, NeeIofa menyangkal dakwaan dirinya telah terkena minyak pengasih dan memberi sebanyak RM100, 000 kepada lelaki tersebut.

“Pertama kali saya mohon maaf kerana ambil masa untuk bersuara berkaitan apa yang tular di media sosial sejak semalam yang berkaitan diri saya, keluarga saya, Haris dan keluarga dia.

“Sepanjang kerjaya saya dalam bidang sini, saya ambil pendekatan untuk mendiamkan diri, tetapi perkara ini turut melibatkan kedua belah keluarga dan pihak lain.

“Jadi apa yang saya mahu perjelaskan dalam video ini, tentang beberapa perkara yang diperkatakan, saya sendiri terkejut apabila saya baca dan lihat andaian-andaian yang keluar. Sememangnya tak betul dan tak berasas.

“Tuduhan mengatakan saya kena minyak pengasih, memindahkan wang kepada Haris, apa lagi tuduhan mengatakan saya telah kahwin dinikahkan oleh bapa saya di Kelantan, ia sangat tidak berasas dan karut,” jelas Neelofa panjang lebar.

Neelofa juga mengatakan mengambil keputusan untuk bersuara kerana isu yang ditimbulkan telah melibatkan maruah keluarga mereka.

Justeru, dia menyeru agar semua pihak menghentikan andaian yang telah berlegar sejak semalam untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Ini melibatkan maruah keluarga kami, saya minta anda semua untuk hentikan andaian ini, jangan terus bercakap tentang ini kerana ia akan mengeruhkan keadaan, saya minta semuanya doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan status terkini mengenai dirinya dan PU Riz, sama ada masih bertunangan atau hubungan yang terjalin sudah terlerai.

Sebaliknya, secara berkias, dia hanya mengatakan hubungannya dengan PU Riz yang dipanggil Haris mempunyai cerita tersendiri dan tidak mahu membelakangkan keluarga kedua belah pihak.

“Apa yang saya boleh cakap adalah berikan kami masa, doakan kami untuk mencari titik penyelesaian terbaik untuk kedua belah keluarga.

“Saya rasa ia adil untuk minta perkara itu daripada anda menokok tambah dengan perkara asas dan mengeruhkan keadaan.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada keluarga saya dan keluarga Haris, saya pasti tiada siapa pun yang mahu lalui apa yang saya lalui sekarang kerana ia melibatkan maruah keluarga.

“Jadi, saya harap sangat anda boleh hentikan menyebarkan tuduhan yang tidak berasas,” kata Neelofa lagi.

Dia juga mengucapkan terima kasih atas semua doa dan sokongan yang diberikan kepadanya sejak isu tersebut menjadi bualan hangat di Malaysia.

“Terima kasih untuk sokongan anda, saya ada banyak menerima sokongan daripada rakan-rakan dan juga yang tidak dikenali, itu sahaja saya mahu katakan untuk isu ini, saya harap ia dapat menjelaskan tentang keadaan ini, Assalamualaikum,” akhirinya.

Terdahulu Neelofa juga memberikan kenyataan rasmi kepada pihak media berhubung isu sensasi tersebut.

klik disini video neeIofa berucap 

Instagram: @neelofa , artikel dari https://gempak.com/rentasasia

 

PU Rizz sempat up satu status sebelum Neelofa tampil jelaskan segalanya

Sejak malam semalam, 26 Disember 2020 hangat diperkatakan tentang hub.ungan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa berhubung dak.waan dirinya dikatakan sudah bernikah bersama PU Riz, malah ada juga yang mend.akwa pengacara terkenal itu terkena buatan orang atau pun pengaslh dari bakal suaminya dan turut memberinya sejumlah wang pada setiap bulan.

Tampil menjawab desas-desus yang diperkatakan, Neelofa secara tenang dan ringkas memuat naik satu video di laman Instagram bagi menjawab dak.waan dan andaian berkenaan.

Neelofa di dalam video berkenaan menaflkan sek.eras-keras.nya segala dakwaan dan andaian kononnya diri terkena pengaslh dan sudah bernikah bersama PU Riz di Kelantan.

Saya sendiri terkejut bila saya baca dan melihat andaian-andaian yang keluar. Sememangnya tak betul, tak berasas dan tak wajar.

Saya sedang ber.ubat lah, saya ada transfer some money lah, dan saya bernlkah di Kelantan, sangat sangat tidak betul. Semua ini adalah tuduhan yang sangat berat.

Mengenai status Neelofa dan PU Riz sekarang ini, usahawan itu memberitahu bahawa sama seperti pasangan yang lain, mereka juga sedang diujl.

“Sebenarnya tak manis untuk saya mengeluarkan statement berlebihan dan membelakangi keluarga. Apa yang saya boleh cakap adalah berikan kami masa, dan juga doakan kami untuk mencari titik penyelesalan yang terbaik antara kedua belah keluarga.”

Usahawan itu juga dilihat sudah tidak mengenakan cincin rlsik yang pernah diberikan oleh keluarga PU Riz.

Dalam pada itu, PU Riz dilihat ada memuat naik status terbaru sejam sebelum neelofa tampil jelaskan apa yang telah terjadi.

Kurang pasti apa maksud disebalik caption yang dimuat naik, warga net sekali buat andaian yang bukan-bukan. Mungkin caption itu ditujukan untuk para jemaah.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini, bersangka baik dan berdoa agar semuanya dipermudahkan, itu lebih baik.

Kredit Article : AwatSyeikhh/Rentasasia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *