Hiburan

SELEPAS MAWAR KARIM DAN ANAKNYA MARYAM POSITIF C0VID. BEKAS SUAMI MAWAR, FIZO OMAR TAMPIL BUAT KENYATAAN

Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim dan anak mereka, Wan Maryam disahkan positif Covid-19, semalam.

 

Mawar memuat naik video di Instagram Story di mana mereka dibawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani rawatan. Bagaimanapun, di hospital mana mereka dibawa tidak dikongsikan.

Mawar yang juga ahli perniagaan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan dia dan anaknya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan Maryam. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah.

Terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak dapat nak jawab panggilan atau emel dan apa-apa dari media sosial. Saya dan Maryam boleh lawan. Maryam anak yang kuat,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

KENYATAAN FIZO SELEPAS BEKAS ISTERI DAN ANAK POSITIF COVID

Sementara itu, Fizo turut berdoa dan berharap Mawar dan anaknya terus kuat.

“Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh,” katanya.

Fizo omar turut memuat naik satu kenyataan di instagram rasmi beliau.

Assalamualaikum semua.

Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, sya nak maklumkan bahawa anak sya Wan Maryam, dan bekas isteri sya Mawar telah disahkan positive Covid-19 sejak 1 Jan 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil.Saya telahpun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negative.

Keputusan swab test Fizo Omar

Sya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kpd semua front liners yg terlibat bertungkus lumus utk “berperang” dgn Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.

Pesanan kpd semua, jangan ambil mudah dgn COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yg sangat mendalam apabila terjadi kpd diri sendiri ataupun keluarga anda.

Sya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yg menghadapi cabaran Covid-19 ini

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.

Sumber: HMETRO ONLINE Dan AwattSyeikhhhNetwork

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *