ISU SEMASA

Individu ini dedah kenapa perlu mohon i-sinar walaupun gaji tak terjejas

Saya perasan ada di kalangan kita yang tidak mahu mengeluarkan duit kwsp melalui inisiatif i-Sinar. Alasan utamanya adalah mereka dalam keadaan yang ok dan tidak memerlukan.

 

Image may contain: text that says ‘SINAR Membantu anda bertahan ketika krisis COVID-19 JANGAN TAK AMBIL PENULISAN BroOhsem AKHTAR SYAMIR’

 

Benar, itu hak anda dan duit anda. Tetapi izinkan saya memberi cadangan mengapa anda perlu keluarkan juga duit kwsp tu.

 

 

Pertamanya, kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Sekarang kita ok. Kerja ada, gaji masih jalan, hutang semua dibayar dengan konsisten. Alhamdulillah.

 

Tapi bagaimana pula dengan esok dan hari seterusnya? Saya buka beberapa kebarangkalian.

 

1. Syarikat tempat kerja tiba-tiba tutup

2. Covid-19 menjadi lebih buruk sebagai contoh di UK

3. Kemalangan dan kematian atau jatuh sakit

 

Itu hanya contoh ringkas. Cuba fikirjan jika ianya terjadi? Adakah kita bersedia? Jika ya, adakah RM5K atau RM10K dari i-Sinar tu tak membantu langsung?

 

Percayalah yang apabila situasi ini terjadi, anda akan menangis menyesal kerana tak keluarkan duit kwsp pada waktu ini. Kerana bukan selalu boleh bawa keluar duit dari kwsp, akaun 1 pulak tu.

 

Tukar tempat duit dari KWSP ke Tabung Haji, ASB

 

Kalau tiada apa-apa nak digunakan atau dibeli sekalipun, keluarkan sahaja. Letak dalam Tabung Haji atau ASB. Tabung Haji antara tempat paling stabil dan tidak dipertikaikan halal haramnya.

 

ASB pula masih ok dengan dividennya. Yang bising masa dividen ASB rendah sebelum ni adalah yang buat loan ASB. Yang masukkan duit tunai, biasa je.

 

Tak rugi apa-apa pun.

Kenapa jangan tinggalkan dalam KWSP dan masukkan kat Tabung Haji atau ASB? Kerana keupayaan untuk mengeluarkan duit itu apabila diperlukan.

 

Tabung Haji assures depositors’ savings are safe | The Edge Markets

 

Jika tinggalkan dalam KWSP, kena berhenti kerja ke, gaji kena potong ke, nangislah macam mana pun, takkan boleh dah keluarkan duit dari akaun 1 lepas i-Sinar ni.

 

Berbanding dengan Tabung Haji dan ASB. Pengeluarannya lebih mudah bila keadaan memaksa.

 

Jadi, fikirkanlah. Saya sarankan anda hanya tukar tempat duit itu sahaja. Bukan saya sarankan anda habiskan duit tu.

 

 

Buatlah pilihan dengan bijak. Jangan rasa bersalah tak bertempat. Itu duit anda sendiri.

 

Hasil titik peluh anda sendiri. Kenapa nak letak dalam peti besi yang kuncinya dipegang oleh orang lain sedangkan kita boleh letak dalam peti besi kepunyaan kita sendiri?

 

Berhenti takut pada diri sendiri. Takut terbelanja dan sebagainya.

 

Anda dah besar panjang. Saya pasti anda boleh kawal diri. Lepas tu, jangan fikir beli emas tu satu pembaziran.

 

Emas ialah penyelamat tunai. Kalau nak beli, boleh beli di Gull Jewellery Harga murah, tanpa upah pulak tu.

 

Lulus tak lulus ada sebabnya. KWSP tampil untuk jelaskan sebab sebenar

 

Dalam pada itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 jvta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 jvta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.

 

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM 19.62 bili0n, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM 10.07 bili0n yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.

 

“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 jvta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam krlteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini.

 

“Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

 

“Untuk memastikan pr0ses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua d0kumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong perm0honan mereka,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

 

Jelasnya lagi, daripada jumlah keseluruhan 3.88 jvta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah menlnggal dunia atau ahli sudah pun berumur 55 tahun berikutan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

 

“KWSP memberi jamlnan kepada ahli bahawa setiap aspek kese.lamatan diambil kira bagi mengelakkan pihak ketiga atau penlpu yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsv dan menj.ejaskan slmpanan persaraan ahli.

 

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mend3dahkan mereka kepada penlpuan dan aktiviti penlpuan,” menurut kenyataan itu.

 

Dalam masa yang sama, mengambil kira situasi semasa C0VID-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP.

 

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini.

 

 

 

sumber : Akhtar Syamir

 

Kredit: rentasasia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan se

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *