ISU SEMASA Viral

“Ibarat mimpi bruk apabila anak saya disahkan p0sitif c0vid”

Hari ni 9hb, genap sebulan ibarat mimpi buruk apabila anak saya, Zhafril Adam disahkan #covidfighter. Sekarang baru ada masa dan kekuatan untuk menulis sedikit pengalaman saya tentang pand3mik ini.

Sewaktu KKM call bagitahu second swab test anak saya Positif , waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis. Tak sangka sebab 1st swab kami sama-sama Negative . Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah.

Bayangkan dah elok elok nak habis kuarantin, 2nd swab test pulak sangkut. Rasa lembik dunia berper4ng dengan perasaan. Kenapa bukan saya, kenapa anak yang kena.

Macam-macam soalan dtg masa tu. Anak yang tak mengerti apa apa, bagaimana nanti dia bersendirian kuarantin di hospital jaga diri makan minum sendiri?

Waktu tu macam macam bermain di fikiran. Bengkak mata tak usah cakap time ni. Adam adalah anak yang sejak lahir tak pernah admit sakit apa apa, jadi bayangkan perasaan saya ketika itu?

Merayu dekat KKM agar ibu boleh teman. KKM benarkan dengan syarat ibu harus swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula. Takpe. Saya buat demi anak.Jam 12.30 pm ambulans sampai, saya mintak mereka off siren supaya taknak jiran jiran takut atau cemas.

Sepanjang 1 jam lebih perjalanan ke hospital, dalam ambulans saya lemah lembik. Dari pagi tak makan apa, tiada tenaga. Anak saya mcm dah redha, seolah mengerti dia akan diambil ambulans dan dibawa ke hospital.

Seolah mengerti yang virus ni terlalu b4haya. Masa ni semua orang dah tahu. Ada yang menyalahkan ada juga yang simpati. Takpa saya faham. Mentality orang kita tak boleh nak halang. Lagi pon covid ni penyakit baru. Masih dalam penyelidikan.

1.30 pm sampai lah kami di Hospital. Terus dibawa ke satu bilik dan di kuarantin. Bermulalah episod ‘kurungan’ kami di suhu yang terlalu sejuk selama 10 hari. Kejap-kejap makanan sampai, kejap-kejap makanan sampai, makan tidur jelah keja nya ketika ini. Petang tu juga KKM datang rumah buat sanitizer satu rumah.

Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doktor datang periksa darah dan suhu akan pantau semua progresif anak. Macam biasa covid ni takde ubat. 100% bergantung kepada kekuatan sistem imuniti badan.

Kalau demam doc akan bagi ubat demam/tahan sakit. Itu sahaja. Anak takda lagi swab sebab dah memang positif, tapi saya diswab untuk kali ketiga takut positif kerana kebolehjangkitan untuk saya kena adalah sangat tinggi sebab jaga anak yang positif.

Bila anak dah mula sakit tekak segala remidi dan petua saya buat untuk kuatkan antibodi anak. Rutin setiap pagi sebelum gosok gigi akan saya bagi dia kumur air garam selama 3 minit. Selepas gosok gigi, madu akan saya suapkan.

Tengahari waktu makan, saya bagi vitamin C. Malam sebelum tidur, perahan lemon+madu adalah wajib. Semua tips yang sama juga saya buat untuk diri sendiri untuk kuatkan antibodi saya juga untuk melawan virus b4haya ni supaya tidak dij4ngkiti. Petua orang lama juga perlu diguna pakai sebab covid ni masih belum jumpa penawar hanya pencegahan.

Masuk hari ke 4, Anak beritahu tekak dah tak s4kit. Demam tiada, badan masih aktif. Doc bagitahu budak memang mudah kena tapi mudah sembuh juga kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan satu antibodi yang baru.

Cuma dalam masa 3-8 hari tu badan kena kuat untuk lawan. Alhamdulillah syukur Adam kuat. Tapi jaga orang positif covid  ni sangat-sangat ‘particular’. Kerana saya tidak dipakaikan pakaian PPE pun, semua tahu kan PPE costing sangat mahal.

Dan hanya kakitangan hospital sahaja yg diberi. Jadi risiko sayaterdedah kepada virus adalah sangat besar dan tinggi. Maka setiap 10 minit pegang sudu kena basuh tangan, sanitizer tangan.

Setiap kali dekat dengan anak sanitized tangan, bagi anak sesuatu sanitized lagi. Masuk toilet sanitized lagi, pegang benda sanitized lagi.. Pegang barang sanitized lagi.. Naseb lerr tak kecut tangan dek sanitized je setiap 10 minit. Jenuhh oii..

Swab ke 3, result saya negatif juga. Alhamdulillah. Masa tu ready for swab ke 4. Masa ni dok fikir jangan laa sangkut lagi. Dah tak sanggup nak nak sambung bercuti dalam ni Almost 20 hari dah waktu tu kuarantin campur dekat rumah lagi. Mana tak tepu.

Dengan sejuknya level korea. Suhu 16’c tak boleh adjust, Selimut 4 dok bantai, sweater pakai, mask 24jam, tangan pakai glove. Gigih tau p order kat shoppe tak tahan sejuk punye pasal.. Stokin dah macam berpantang tak pernah bukak.

Serik menahan sejuk yang tak tahan maklumlah kita ni org kg Ambik darah sampai lebam urat, cek jantung, swab lagi semua saya kena ye sebab mereka risau saya positif. Alhamdulillah semuanya OK. Sehari sebelum balik, swab yang terakhir dijalankn. Dengan harapan result kali ni Negetif baru dilepaskan keluar. Cuak betul time ni Sebab result keluar bergantung result swab test saya.

Dan… hari ke 9, Alhamdulillah.. my last result still negatif. Doctor kata baru laa boleh disharge esoknya. Esok nya disharge dan baru laa KKM akan datang ke rumah untuk cabut gelang pink. Baru laa tamat proses kuarantin dan bebas. Masa tu feeling dapat bebas tu macam terlepas dari tali gantung tau leganya.

Benda ni satu benda baru dan pengalaman baru utk saya. saya post sini tulis sini simpan sini biar jadi kenangan yg saya pernah ada pengalaman tentang covid ni. Biarpun kebolehjangkitan untuk saya kena lagi tu adalah tinggi.

Saya seorang yang sangat sangat risaukan covid ni, menjaga sop, tapi Tuhan kasi juga saya untuk rasa melalui anak. Tapi mungkin juga, kalau benda ni tak jadi, tak mungkin saya dpt ilmu pasal covid ni sbb saay bukan ada basic dalam bidang medic.

Hanya pengalaman guru saya. Saya sangka saya tak kuat, kenapa saya diuji begini, tapi ternyata sangkaan Allah tu lagi tepat untuk hambanya. Siang malam berdoa agar anak sembuh dan saya dijauhkan dari virus ini waktu tu.

Kekuatan mental fizikal memang kena sgt sgt kuat time ni. Org sekeliling pun tak perlu nak menyalahkan sebab benda ni terlalu halus. Puas kita berjaga tapi tuhan pilih juga untuk lalui ujian ni siapa kita nak tolak?

Sampai skrg sy puas fikir dekat mana anak kena sbb 1st swab Negetive. Sampai sekarang masih tak jumpa jawapan. Tapi Alhamdulillah setiap ujian Allah tu pasti ada hikmahnya.

Redha dan terima. Orang cakap sy kuat, berjuang seorang membesarkan anak. Tapi sejujurnya sy tak kuat pun. Kekuatan sy semua dari pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan sy melainkan pertolongan Allah. Semua dari Allah.

Terima Kasih untuk semua barisan fronliners staff KKM, nurse di Jempol & Hospital Rembau. Menjaga kami tanpa sebarang perasaan geli dan jijik. Doktor, nurse layanan sangat baik & ramah.

Tengok la mereka layan anak sy dengan baik sampai sanggup duduk mencangkung nak cek anak walaupun mereka sendiri penat, panas berlapis lapis sy saksikan mereka memakai pakai baju PPE dan berdepan dengan ‘musuh’ yang tak nampak dek mata kasar tapi layanan tu takde double standard langsung pun.

Semoga segala amal ibadah korang dikira sebagai jihad ke jalan Allah s.w.t. Terima kasih juga sahabat, teman teman yang tak putus mendoakan anak sy sembuh waktu tu melalui pm, whatapps, & dm. Hanya Allah yang mampu membalas atas doa kalian.

Covid 19 ni bukan benda main, sentiasalah amalkan penjagaan kendiri & patuhi SOP. Kita masih belum menang. Kita Jaga Kita.

#MySonCovidFighter
#MyExprienceCovid19
#SingleMomJourney
#kitajagakita

 

Kredit: Nazra Azza via OHBULAN/Trandingkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *