ISU SEMASA Viral

Pergerakan rentas negeri di seluruh Malaysia tidak dibenarkan – PM

Berikutan pengumuman khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, terdapat beberapa inti pati yang perlu diketahui oleh rakyat.

Selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri, beliau turut mengumumkan larangan rentas negeri dan daerah.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian wabak Covid-19, pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021.

Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

Selain itu, tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.
Inti pati penuh perutusan khas PM:

Sumber: Bernama/Ohmymedia

 

‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas  berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini

Terbaru, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasa bermula 12.01 tengah malam ini pada 13 Januari 2021 ke atas 6 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pulau Pinang.

 

Dijangka semakin teruk jika tidak dikawal

Walaupun baru 10 hari di tahun baru, 2021 Malaysia mencatatkan kes Covid-19 yang semakin meningkat berbanding tahun lalu. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut melahirkan kebimbangan terhadap jumlah 71 kes kematian tinggi setakat ini. Menurut Muhiyiddin Yassin angka ini dijangka semakin meningkat sehingga 8000 kes pada bulan Mei tahun ini jika perkara ini tidak dikawal.

Perkara ini sangat membimbangkan dan satu tindakan tegas perlu diambil untuk mengawal pandemik ini. Kerajaan turut mendengar luahan rakyat yang bimbang akan kes kebelakangan ini.

Tidak dinafikan, pandemik ini membuatkan barisan hadapan penat. Malah, fasiliti fasiliti di hospital juga dilihat tidak lagi dapat menampung pesakit Covid-19 iaitu mencapai lebih 70% di kebanyakkan hospital-hospital seluruh negara.

PKP bermula Rabu ini

Pertambahan kes yang tinggi mengakibatkan kesan yang teruk kepada negara. Ini menyukarkan untuk menambahkan katil-katil untuk pesakit dalam Unit Rawatan Rapi.

Justeru itu, atas dasar MKN serta nasihat-nasihat dari pihak Kementerian Kesihatan Kesihatan. bermula 12.01 tengah malam Rabu, 13 Januari  2021 hingga 26 Januari 2021. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  ke atas 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan , Johor dan Sabah.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bersyarat ke atas 6 buah negeri iaitu Pahang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. Perintah Kawalan Permulihan (PKPP)untuk negeri Perlis dan Sarawak.

Sumber : Buletin TV3/Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *