Viral

Timb Menteri Ini Datang Selamber Pegang Goreng Pisang Yang Nak Dijual, Ini Kata2 Peniaga Pisang Goreng Tersebut

Seorang peniaga pisang goreng menegur perlakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyentuh jualannya tanpa menggunakan pengepit yang disediakan.

Reaksi peniaga Nurul Asyikin Roshidan itu kemudiannya tular seterusnya menerima komentar yang rata-ratanya menganggap Wan Ahmad Fayhsal sebagai pengotor.

“Agak kurang sopanlah sebab pengepit kami sediakan,” jawabnya selepas ditanya seorang netizen tentang pendapatnya.

 

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga digelar warganet sebagai Mat Jargon dilihat selamba menyentuh pisang goreng jualan penjaja itu semasa singgah di gerai tersebut.

Nurul Asyikin mengakui terkejut dengan perlakuan kurang adab itu dan dalam masa sama tidak mengenali individu berbaju batik biru tua yang menyentuh pisang gorengnya.

“Kami pun terkejut juga masa mereka

“Yang lawaknya, kami pun tak kenal dia itu siapa,” katanya dalam loghat utara.

 

Gambar Wan Ahmad Fayhsal menyentuh pisang goreng itu sambil diperhatikan tajam oleh wanita bertudung biru cair tular dengan menerima pelbagai reaksi berbaur kecaman dan sindiran.

 

Penyepit ada disediakan, tidak perlu guna tangan

 

“Akak tudung biru tu pelik. ‘Aik, apasal dia pegang pakai tangan saja. Ingat ni goreng nugget kat rumah ke apa,” kata Nabila Isa.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu juga dikec4m kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan C0v1d-19 apabila tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Kredit : Malaysia Dateline/Transformasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *