ISU SEMASA

Selepas telah dibidas kerana cadang PRU, Ahmad Maslan masih tampil mempertahankan pendiriannya

Selepas dia telah dibidas oleh kerana mencadangkan pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika wabak Covi19 masih melanda negara, Ahmad Maslan tampil mempertahankan pendiriannya.

 

Menurut Setiausaha Agung Umno itu, apa yang dicadangkan ialah PRU diadakan selepas banjir reda dan vaksinasi Covid-19 telah dimulakan ke atas penduduk di negara ini.

 

“Saya sebut PRU jika banjir selesai, vaksin dah dimulakan.

 

“Kempen (PRU) guna media sosial,” katanya menerusi laman sosial Twitter hari ini.

Ahmad berkata dia juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa PRU boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

 

“Saya sebut SPR nyatakan dalam (Akhbar) #Sinar dan #Star, OK PRU dengan SOP yang ketat.

 

“Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat,” katanya.

 

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVI19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata Malaysia akan melakukan vaksinasi dalam tempoh kurang 18 bulan bermula Februari ini setelah ketibaan bekalan pertama vaksin Covid-19.

 

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan bahawa negara ini dijangka merekodkan peningkatan jumlah kes Covid-19 sehingga 8,000 kes sehari pada akhir Mei, jika kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) berterusan pada 1.1.

 

Minggu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk yang mengakibatkan banjir, khususnya di Pahang dan Johor akan berakhir dalam tempoh terdekat, sama ada pertengahan atau minggu ketiga Januari.

 

Secara keseluruhan, MetMalaysia menjangkakan Monsun Timur Laut akan berakhir pada pertengahan atau minggu ketiga Mac.

 

Kelmarin, dalam satu program bersama Umno Perak, Ahmad berkata dia ditunjukkan temu bual media dengan seorang pemarut kelapa yang tidak bersetuju PRU diadakan ketika wabak Covid-19 masih melanda.

 

Jawab Ahmad, banyak negara sudah melakukan pilihan raya, antaranya Amerika Syarikat dan Singapura, malah pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah juga diadakan ketika wabak melanda negara ini.

 

“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.

 

“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD, saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” kata Ahmad.

 

Tindakan pemimpin Umno itu membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) diselar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

 

Kata Lim, kenyataan Ahmad itu adalah suatu kesombongan dan menghina pekerja biasa yang menolak idea agar PRU diadakan semasa C0vid-19 masih meng4ncam rakyat negara ini.

 

Dulu IQ tahap lobak, sekarang pemikiran goreng pisang – KJ

 

 

Di PUTRAJAYA ,Alasan UMNO untuk mahu menamatkan kerjsama dengan Bersatu disebabkan oleh pihak kerajaan Perikatan Nasional enggan menggugurkan kes membabitkan pemimpin-pemimpin parti itu lahir dari pemikiran tahap goreng pisang.

 

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merujuk kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyebut alasan tersebut sebagai antara punca timbul rasa tidak puas hati ketua-ketua bahagian UMNO.

 

Rasa tidak puas hati itu menyebabkan mereka mengusulkan supaya kerjasama kedua-dua parti ditamatkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

 

“Kalau sebab kita tidak memberi sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikiran level goreng pisang lah.

 

“Kualiti IQ dia dulu lobak, ini goreng pisang, ia bukan alasan berkualiti,” katanya dalam sidang media di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini.

 

Khairy awal hari ini memuatnaik Instagram Story keratan video Ahmad Maslan bercakap mengenai perkara tersebut dan melabelkan sebagai goreng pisang.

 

Beliau juga meminta Ahli Parlimen Pontian itu tidak bercakap soal itu mewakili parti kerana bukan semua pemimpin mahu campur tangan eksekutif dalam kes mahkamah.

 

Katanya, jika itu yang dimahukan maka pemimpin UMNO tidak ada beza dengan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan juga Lim Guan Eng.

 

Perkara tersebut menarik perhatian para wartawan dan bertanyakan tentang hal itu kepada Khairy dalam sidang media hari ini.

 

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi membidas segelintir ahli-ahli politik yang acap kali mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

 

“Saya rasa ini pendirian yang tidak bertanggungjawab, hujah mereka pilihan raya diadakan di Singapura dan New Zealand, saya rasa kita tak boleh buat perbandingan dengan negara-negara tersebut.

 

“Negara tersebut skalanya lebih kecil daripada kita dan pematuhan SOP kita semasa Pilihan Raya Negeri Sabah jelas terbukti kita tak dapat mematuhi SOP terumatanya ahli-ahli politik.

 

“Sebab itu saya rasa tidak sesuai untuk kita membuat perbandingan.

 

“Orang yang cakap nak adakan pilihan raya saya selalu nampak dalam Facebook mereka pun tak pakai pelitup muka, selalu salam orang, saya fikir ini tahap pemikiran goreng pisang,” katanya.

 

Sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy menegaskan bahawa pelaksaaan PRU15 ketika ini tidak sesuai ketika ini jumlah kes positif Covid-19 sangat tinggi.

 

Tambahnya, PRU15 bukan sahaja dihalang oleh akar umbi UMNO bahkan majoriti rakyat di negara tidak mahu ia diadakan dalam waktu terdekat susulan kes jangkitan masih tinggi ketika ini.

 

“Saya sebagai menteri sains yang melihat kepada data-data jangkitan dan sebagainya, saya juga tahulah bahawa kalau sekiranya kita adakan PRU15, ini akan mengundang risiko yang tinggi kepada kesihatan awam.

 

“Jadi sebab itu saya melihat bukan hanya akar umbi UMNO tapi rakyat secara keseluruhan tidak ingin diadakan PRU15,” katanya lagi

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Sumber :news.allmhi.com

 

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *