Viral

Ramai terhibur tgk gelagat lelaki ini tidur sambil dibawa arus banjir, tapi hakikatnya ini yg berlaku

SEBAGAIMANA yang diketahui umum, beberapa negeri dilanda b4njir yang teruk susulan hujan lebat berterusan sejak lebih seminggu lalu.

Negeri-negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor antara yang terjejas teruk sehingga menyaksikan puluhan ribu mngsa terpaksa dipindahkan.

Sudah pastinya dalam situasi ini, pelbagai kesukaran dan kesulitan terpaksa dihadapi oleh mngsa b4njir untuk tempoh yang lama sehingga keadaan benar-benar kembali pulih.

Jika disoroti di laman sosial, banyak perkongsian yang dimuat naik oleh pelayar bagi menggambarkan situasi b4njir di kawasan masing-masing.

Namun begitu, perkongsian seorang pelayar di Twitter baru-baru ini benar-benar mencuit hati netizen, apabila dia memuat naik aksi lucu dan luar biasa ketika rumahnya turut dilanda b4njir yang teruk.

Meraih lebih 14,000 retweet, video berdurasi kurang 20 saat itu memaparkan dirinya sedang ‘nyenyak’ tidur di atas tilam sambil memeluk bantal ketika dibawa arus b4njir.

“Kalau dah penat, dekat mana pun aku boleh tidur,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Muhamad Faris dan keluarganya kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Bercerita kepada mStar, Muhamad Faris Sulaiman berkata tindakan spontannya itu tercetus kerana mahu menghilangkan rasa kecewa selepas rumah yang siap dikemas, ditenggelami air bah semula.

“Tilam tu saya jemur untuk keringkan… tapi bila air naik, alih-alih ia terapung pula. Spontan saya pun saja naik atas tilam tersebut dan ibu rakam gelagat ketika itu.

“Salah satu sebabnya, untuk hilangkan rasa kecewa dan penat… sebab tak boleh nak buat apa-apa jadi ‘layan’ sajalah,” kata pemuda yang menetap di Kampung Laut Batu 10, Skudai, Johor ini.

Saya gembira bila orang lain pun terhibur. Tapi ibu marah juga, dia kata tak payah la nak viral-viral ni. Tapi apa salahnya kalau menghiburkan orang.

Pemuda itu yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bersama keluarganya berkata, kampungnya sudah dua kali dinaiki air dalam tempoh dua minggu ini.

“B4njir kali ini sama teruk seperti tahun 2006 di mana air pernah mencecah siling rumah. Sebelum ini selalu saja berlaku b4njir tapi tak teruk… hanya perlu cuci lantai saja.

“Lokasi kampung kami memang mudah ditenggelami air. Sebenarnya sudah ada beberapa keluarga dah berpindah ke penempatan yang disediakan kerajaan, tapi keluarga saya belum ada rezeki. Harap-harap la perkara ini dapat perhatian pihak yang sepatutnya,” katanya.

Pemuda berusia 24 tahun yang juga peniaga char kuew teow ini berkata, ketika ini keadaan b4njir di kampungnya semakin pulih namun mereka masih belum dibenarkan pulang kerana cuaca masih tidak menentu dikhuatiri mengundang bahaya.

Beginilah keadaan rumah keluarga Muhamad Faris ketika b4njir surut kali pertama, awal bulan baru-baru ini.

Dalam pada itu mengulas perkongsiannya yang tular, Muhamad Faris berkata dia sedikit teruja namun gembira kerana ramai yang turut terhibur.

“Siap ada yang edit video tu macam Titanic, dekat sungailah, dan macam-macam lagi. Ini adalah perkongsian kedua saya yang viral. Sebelum itu, gambar acah-acah ‘work from home’ ketika b4njir beberapa hari lalu pun viral juga.

“Saya gembira bila orang lain pun terhibur. Tapi ibu marah juga, dia kata tak payah la nak viral-viral ni. Tapi apa salahnya kalau menghiburkan orang. Setakat ni tak ada lagi dapat komen negatif,” katanya lagi sambil turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba dan NGO yang bertungkus lumus membantu mngsa-mngsa b4njir.

Dalam perkembangan lain, nampaknya b4njir telah berpindah ke negeri sabah

Mngsa b4njir di Sabah meningkat

KOTA KINABALU: Jumlah angsa b4njir membabitkan tiga daerah di Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu dan Pitas terus meningkat kepada 1,680 orang daripada 507 keluarga pagi tadi berbanding semalam, 746 membabitkan 225 keluarga.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, berkata sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka di semua daerah terjejas dengan yang terbaharu di Kudat yang menempatkan 15 mngsa b4njir daripada 15 keluarga.

“Dua lagi PPS di Kudat adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Dato Hj Mustapha membabitkan seramai 90 mngsa daripada 14 keluarga dan SK Sikuati yang menempatkan seramai 801 mngsa membabitkan 228 keluarga,” katanya.

Tambahnya, empat penempatan sementara sudah dibuka sekitar daerah Kota Marudu yang menempatkan 764 mngsa daripada 246 keluarga manakala, di Pitas dua PPS beroperasi dengan 64 mngsa membabitkan 16 keluarga berada di situ.

Sama-sama kita doakan semoga urusan mereka semua di permudahkan

Sumber:Trandingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *