ISU SEMASA Viral

[VIDEO] “Sampai Hos MHI pun nangis,” Sedih Dituduh Tipu Kanser Makin Kritikal, Elyana Luah

Penyanyi dan pelakon Elyana atau nama sebenar beliau Erneelya Elyana Emrizal pernah mendedahkan beliau adalah salah seorang pejuang penyakit kanser.

Pelakon yang popular menerusi drama Dunia baru itu pernah memberitahu mengenai penyakit yang dihadapinya.

Elyana dilihat tidak berapa aktif kebelakangan ini dan dikatakan kanser limfoma yang dihidapi beliau telah merebak ke bahagian rahim, hati dan juga pangkal paha.

Terdahulu, menerusi satu temubual bersama rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), penyanyi lagu kalis rindu ini berkongsi luahan hatinya yang tampak kuat dihadapan semua orang.

Menurut beliau, ramai orang masih tidak percaya dia sedang melawan penyakitnya kerana dirinya tidak suka dilihat kelihatan sakit di kamera mahupun ketika diluar.

Saya tidak akan tunjuk walau saya sakit sekalipun

Malah sebelum ini penyanyi ini juga pernah didakwa menipu mengenai penyakitnya kerana  bertindak sedemikian.

Bercakap dari hati ke hati Elyana berkata dia berterus terang bahawa tidak akan pernah memperlihatkan penderitaan yang ditanggung olehnya.

Tidak minta simpani hanya doa murni orang ramai

Luahan ikhlas penyanyi ini lagi adalah beliau tidak meminta simpati sesiapa mengenai apa yang dilalui olehnya.

Apa yang diharap oleh Elyana adalah hanya doa murni daripada orang ramai untuk dirinya terus melawan penyakit dan menjadi positif dengan ujian yang dihadapinya ketika ini.

Elyana tetap positif dan kelihatan ceria di depan kamera

Ketika ditemubual, suasana menjadi pilu apabila pengacara program tersebut turut sebak mendengar kisah kecekalan Elyana berjuang melawan kanser limfoma.

Elyana kelihatan bersedia dengan semua soalan yang ditanyakan dan sentiasa positif menceritakan pengalamannya berdepan ujian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap positif penyanyi itu tanpa sedikit pun merungut atau mengeluh dengan apa yang dilalui.

Terus berjuang dan kembali menghiburkan kami

Netizen turut memuji sikap terbuka penyanyi ini berkongsi liku-liku hidupnya sebagai seorang anak seni walaupun berdepan kekangan masalah kesihatan.

Selain itu, netizent turut menitipkan doa buat penyanyi ini dan memberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang dan kembali menjadi penghibur industri tanah air.

Temubual itu telah berjaya raih 170,000 tontonan

 

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Shahidan Mahamad di aplikasi TikTok telah berjaya meraih lebih dari 170,000 tontonan setakat ini.

Kecekalan dan ketabahan Elyana dalam berjuang untuk melawan penyakitnya harus dipuji dan dijadikan inspirasi buat kita semua untuk tidak berputus asa dalam apa jua keadaan yang mendatang.

Video Penuh Temubual Eksklusif MHI Bersama Elyana

 

@abgshah86

Kisah penyanyi/pelakon, Elyana dalam menghadapi Ujian Kanser #fyp #fypシ #foryoupage #kanser #penghidap #ujianallah #kuatsemangat #lawan #elyana

♬ original sound – Shahidan Mahamad – Shahidan Mahamad

 

 

sumber:yoy

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *