Viral

Kur4ng Ajar; minum ar4k di pusat kuar4ntin Cov!d-19

Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggap t1ndakan sekumpulan individu yang disy4ki diku4r4nt1n dan dirawat kerana dijangk1tan C0vid-19 meminum minuman keras di Pusat ku4r4nt1n dan Rawatan c0v1d-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Sabah sebagai biad4p dan kurang ajar.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, 1nsiden tersebut menggambarkan seolah-olah sedang bergembira sedangkan petugas barisan hadapan sibuk mengerah keringat untuk menyelamatkan rakyat daripada pendemik c0v1d-19.

“Tindakan tersebut juga seperti mengh1na dan tidak menghorm4ti peng0rbanan petugas kesihatan dan barisan hadapan yang lain kerana secara jelas melakukan kes4lahan di kawasan yang digunakan sebagai fasiliti kesihatan untuk merawat pes4kit C0vid-19.

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan apatah lagi ketika sedang mendapatkan rawatan daripada petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam tular di laman media sosial video berdurasi 12 saat yang memaparkan sekumpulan individu berbual sambil meminum bir dengan dua buah baldi biru yang penuh berisi tin minuman keras terletak di sebelah katil salah seorang individu yang duduk di atas katil.

Menurut Adnan, tindakan meminum bir itu juga boleh mengundang ketidakselesaan pes4kit lain yang sedang dirawat selain boleh mencetuskan masalah lain jika keadaan menjadi tidak terkawal. Justeru tambah beliau, pihak berkuasa p0lis dan juga Kementerian Kesihatan perlu menyiasat 1nsiden itu dan mengambil t1ndakan ke atas pihak yang terlibat membeli dan membekalkan minuman keras itu agar perkara sama tidak berulang.

Kredit; malaysiagazette.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *