Viral

Isu banding Norlia Ghani dengan artis awet muda, anak saudara tampil bersuara

Sejak semalam, nama pelakon veteran Norlia Ghani, 71 telah trending di media sosial susulan daripada sebuah akaun Twitter yang mengeluarkan kenyataan perbandingan terhadap artis tersebut dengan seorang lagi selebriti sehingga membuatkan orang ramai kurang senang.

Ayat kurang sopan netizen

Menerusi hantaran  dibuat netizen yang menggelarkan dirinya sebagai JAS A Rosmah, dia telah memuat naik beberapa gambar selebriti Kavita Sidhu yang masih cantik walaupun sudah berusia 49 tahun.

Namun, JAS A Rosmah menambah kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa netizen lain yang berusia 30 tahun pula seakan menyerupai pelakon veteran Norlia Ghani.

Beliau tetap berusaha kerja walau umur dah berusia

Pastinya posting berkenaan mengundang rasa marah peminatnya dan membuatkan orang ramai mulai menyerang tweet tersebut. Salah satunya ialah seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya anak saudara kepada pelakon terkenal itu.

Menurut Januar Haikal, Norlia Ghani masih gigih bekerja walaupun sudah berusia emas. Dia mengakui kesal dengan apa yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut apabila sesuka hati melakukan perbandingan sebegitu.

Lain orang lain pemahaman dia

Harap yang kutuk2 tu sempat la minta maaf

Justeru itu, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet. Rata-rata netizen turut berasa ralat dengan kenyataan agak mengguris hati yang dilakukan oleh akaun Twitter JAS A Rosmah itu.

Budak2 sekarang takde rasa hormat

Mama Norlia tetap pelakon kegemaran ramai

Norlia Ghani okey, tweet dah padam

Walau bagaimanapun, hantaran yang dibuat oleh akaun Twitter tersebut sudah dipadam susulan mendapat kecaman daripada netizen di media sosial.

Norlia Ghani juga telah memberi maklum balas kepada Berita Harian dengan tidak mengambil pusing kenyataan-kenyataan menyinggung perasaan tersebut kerana tahu ramai yang akan mempertahankannya.

“Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.”
“Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil ‘pot’. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik Covid-19.”
“Tak jadi kudis pun… Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior,” katanya.

Sumber: Januarhaikal, Berita Harian(Zaidi Mohamad)/Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *