Viral

Anak langsung xpernah bawa keluar, hari2 tengok dinding, baju pun makin kecil tiada baju baru

Wahai suami tiada beIas kasihankah untuk kami? Salahkah awak beri saya duit untuk belikan baju atau mainan untuk anak kita? Baju anak semua dah kecil.

Assalamuailakum admin… mohon share kisah saya dan hidekan profil ye.

Buat suami ku yang tercintai, saya tahu awak suka baca kisah – kisah di facebook, jadi saya harap awak baca kisah saya, isterimu.

Andai kata ini adalah kata – kata saya yang terakhir, saya nak sangat awak tahu, saya tak pernah merungut bila awak tak bawak saya dan anak (umur 1 tahun 9 bulan) berjalan selama saya kahwin dengan awak.

Dan selama anak kita hadir dalam hidup kita. Saya selalu renung anak semasa dia tidur, tiap kali itu juga air mata saya mengalir. Saya sedih, saya sudah gagal jadi ibu yang terbaik.

Saya tak boleh bahagiakan masa kanak – kanak dia. Saya tak mampu buat hidup dia macam anak – anak orang lain.

Saya tak boleh bawak dia berjalan walaupun hanya ke taman. Wahai suami tiada beIas kasihankah untuk kami? Kami hanya ingin rasa dihargai, dikasihi dan disayangi.

Saya malu bila isteri kawan – kawan awak tanya saya kenapa saya tak ikut awak pergi main bola. Awak malu ke nak bawak saya?

Kenapa awak lebihkan kawan awak dari saya dan anak? Tiap kali saya ajak awak ke pantai untuk anak bermain terlalu banyak alasan yang awak beri.

Kalau kawan awak ajak lepak awak terus on je. Yee selama ni saya diam, tarlalu banyak makan hati. Saya ingat lepas ada anak awak akan berubah.

Tapi tak. Saya nak pinjam kereta pun awak tak pernah bagi. Saya hanya nak anak saya bergauI tengok dunia luar. Hari – hari hanya tengok dinding rumah.

Awak tak pernah bagi saya duit, saya tak pernah merungut, salahkah awak beri saya duit untuk belikan baju atau mainan untuk anak kita? Baju anak semua dah kecil. Awak tak pernah beli sehelai pun baju untuk saya dan anak.

Kenapa suami kenapa? H1na sngatkah kami di mata mu? Awak hidup macam awak bujang. Keluar lepak malam – malam. Saya hanya nak rasai dihargai.

Wahai suami, saya telah halalkn setiap air mata saya yang mngalir kerana perbuatan mu. Semoga ada keajaiban Tuhan untuk kita, nak.

Untuk pengetahuan semua, saya tiada tempat untuk berg4ntung. Saya berg4ntung pada suami, beli susu pampers anak.

Ibu dan ayah saya sudah bercerai. Ayah saya kerja jauh. Ibu saya pula hanya jual nasi dan menanggung adik 2 orang yang sekolah.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikuInya. Walaupun mungkin penulis ini tidak did3ra fizikalnya tetapi jelas em0sinya tercaIar tambah lagi memikirkan anak kecil yang tidak dapat membesar dan merasai nikmat bermain di luar bersama – sama rakan sebaya.

Sumber:ekisah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *