Viral

Aku nikah tahun depan. Tiba2 aku dibuang kerja. Aku malu dengan diri sendiri, sejak itu aku terpaksa melakukan…..

Gambar Sekadar Hiasan.

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku yang tak seberapa ini.

Maaf jika penulisan aku agak sukar difahami atau ayat aku sedikit berterabur kerana aku kurang mahir berkarang.

Aku perkenalkan namaku sebagai Izzad (bukan nama sebenar), berumur 30 tahun. Aku seorang banker namun pertengahan Mac tahun ini aku telah dibuang kerja atas sebab2 tertentu.

Pada awal tahun, aku merancang untuk bertunang dengan teman wanitaku Wawa (bukan nama sebenar) tapi hubungan kami terputus ditengah jalan setelah setahun bercinta.

Aku sering melalukan istikarah dan mendapat petunjuk bahawa Wawa bukanlah jodoh aku. Sebulan selepas kami putus, Wawa telah bertunang dengan orang lain.

Dipendekkan cerita, pada Februari 2019 aku ke Selangor bersama ibu dan buat pertama kalinya kami akan bertemu.

Aku decide untuk bertemu Alin dahulu sebelum membawanya bertemu dengan ibu kerana katanya Alin dia agak segan memandangkan ini pertemuan kami untuk kali pertama.

Perwatakan Alin sangat sopan, lembut bicaranya dan dia agak cantik kalau nk dibandingkan dengan aku yang biasa2 ni.

Sepanjang kami berkenalan Alin tidak pernah menanyakan pekerjaan aku malah aku sendiri memberitahunya aku cuma bekerja sebagai seorang kerani pejabat.

Aku pernah bertanya kepada Alin adakah dia tidak kesah jika aku bekerja sebagai kerani?
Alin berkata dia tidak kesah asalkan aku rajin bekerja.

Aku agak segan sebenarnya kerana sepanjang aku dengan Wawa, aku lah yang selalu bayar makanan/tiket wayang kami setiap kali bertemu dan aku tidak lah kesah sangat.

Aku memberitahu ibu dan Alin bahawa aku akan meminangnya dalam masa terdekat. Seminggu kemudian aku pergi ke rumah Alin untuk bertemu kedua orang tuanya

dan ternyata sangkaanku tepat keluarga Alin agak berada jika nak dibandingkan dengan aku yang berasal dari kampung sahaja.

Keluarganya sangat baik dan merendah diri. Keluarga Alin tidak bersetuju untuk kami berkahwin pada tahun ini

kerana Alin masih lagi belajar dan mereka suruh aku meminangnya dahulu pada April dan berkahwin pada tahun depan sesudah Alin tamat belajar.

Aku tahu Alin sedih dengan perbuatan aku, aku pernah berjanji kepadanya untuk tidak meninggalkan dia seperti bekas kekasihnya yang lepas.

Alin pernah bercerita kepada aku bahawa dia telah ditinggalkan oleh bekas kekasih 3 tahun lepas kerana dia telah dicurangi, semenjak itu Alin mengalami kemurungan dan terpaksa extend belajar.

2 minggu lepas aku mengambil keputusan untuk wassap Alin dan meminta maaf kepadanya bahawa aku tidak berniat untuk mempermainkan hatinya

dan aku memberitahunya dia terlalu baik untuk aku, sejujurnya Alin lebih layak dengan orang yang jauh lebih baik daripada aku. Tapi aku tidak memberitahunya sebab aku menghilangkan diri.

Namun dia tidak membalas wassap aku. Aku tahu Alin terluka dan buat kali ke 2 dia telah dikecewakan lagi

seolah2 ditujukan kepada aku. Tapi aku masih follow dia di Instagram dan tidak memblock nombornya di wassap.

Pada minggu lepas, aku ternampak post kawan Alin di FB bahawa Alin telah dimasukkan ke hospital kerana badannya lemah.

Aku diberitahu oleh kawannya bahawa Alin sudah lama tidak makan kerana hilang selera makan.

Adik Alin memberitahuku bahawa Alin selalu menangis setiap malam dan mengambil keputusan untuk extend belajar.

Alin perlukan waktu untuk pulih kerana emosinya terganggu. Aku lah punca Alin menjadi sedih dan sakit,

Aku malu dengan diri aku dan berasa tidak layak untuk Alin apatah lagi dengan keadaan sekarang aku tidak mempunyai apa2 pekerjaan. Aku hampir putus asa. Berdosakah aku?

Sejujurnya aku masih berharap bahawa Alin adalah jodoh aku dan mungkin kami akan bertemu semula suatu hari nanti. Biarlah waktu menentukan segalanya. Doakan kami.

sumber:ekisah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *