Viral

Akhirnya Neelofa & PU Riz Jumpa Titik Penyelesaian , Tarikh kahwin Tak Lama Dah.

Berita hubungan antara selebriti terkenal, Neelofa, 31 dan Pencetus Ummah Hariz, 26 atau PU Riz sebelum ini pernah dikhabarkan mengalami pergolakkan.

Namun begitu, hubunganan mereka dilihat  kembali menyarung pulih apabila selebriti berpurdah itu menyarung semula cincin merisik yang diberi oleh PU Riz semasa majis antara keluarga sekitar November tahun lalu.

Lebih mengukuhkan dakwaan hubungan mereka sudah semakin pulih ialah sidang media yang dibuat sebentar tadi bagi melancarkan aplikasi thenoor.co.

Merujuk kepada Astro Gempak, Neelofa memaklumkan bahawa mereka sedang memperbaiki hubungan dan dia bersyukur dengan perkara itu.

“Tipulah tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. Saya merasa benda sama, ada masa, ada salah faham.”
“Kami berdua berjaya mengatas dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif.” Katanya.

Tambah Neelofa lagi, selepas memalui proses berbincang secara baik, masing-masing mulai faham dan hubungan antara ahli keluargan juga sudah semakin baik.

“Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih.”
“Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat.” Ujarnya

Dalam pada itu, bekas pengacara Meletop terbabit juga turut menjawab berkaitan hari bahagia mereka. Menurut Neelofa, dia dan PU Riz tidak akan berahsia mengenai tarikh perkahwinan dan akan berkongsi perkara-perkara serius ini di kemudian hari.

“untuk berkongsi mengenai benda-benda yang lebih serius itu, saya akan berkongsi kemudian. Untuk bercakap mengenai maklumat perkahwinan, saya akan kongsi dalam masa yang terdekat. Insya-Allah.” Jelasnya.

Sebelum ini, hubungan antara kedua-duanya dipercayai mengalami masalah selepas ahli keluarga Neelofa memuat naik beberapa hint di Instagram masing-masing merujuk kepada hubungan selebriti itu dengan PU Riz.

Perkara tersebut membuatkan Neelofa memuat naik satu video menjelaskan keadaan sebenar dan meminta ruang untuk mereka menyelesaikan segala masalah secara peribadi.

Sumber: Astro Gempak (Zulaikha Yusof) /omm/kiniairnws.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *