Viral

“Apabila ditegur Ustazah Asma..” – MV lagu Ayda Jebat dapat 49,000 ‘dislike’

Sejak melangsungkan perkahwinan, satu demi satu kontroversi melanda pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat bagaikan tiada noktah.

Terdahulu, dia dan suami dikecam oleh warganet kerana mempamerkan kemesraan antara mereka berdua secara keterlaluan di laman sosial, bahkan ada menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucah.

 

Baru-baru ini, muzik video (MV) lagu Parah Parah nyanyiannya pula ditegur oleh seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun yang menyifatkannya sebagai lucah dan kurang sopan.

Jika sebelum ini para peminat memuji dan menyamakan MV lagu berkenaan bertaraf internasional, namun selepas teguran terbabit, MV itu kini meraih lebih banyak ‘dislike’ berbanding tanda suka di saluran YouTube.

Syukurlah ditegur sebelum malaikat tegur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati penyanyi berusia 29 tahun itu selain ada juga yang meminta Ayda memadam MV berkenaan sebelum situasi menjadi lebih ‘parah’.

Awak muslim, lebih baik padam sebelum jadi lagi parah

MV paling teruk, tak berkualiti

‘Sudah basah kehujanan’, begitulah yang boleh diungkapkan tentang keadaan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu ketika ini. Saban hari, ada sahaja yang tidak kena dengan empunya diri.

Apa pun yang berlaku, harap Ayda menerima teguran-teguran berkenaan dengan hati yang terbuka! Ambil yang baik dan buanglah yang keruh.

Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

Sumber: YouTube Ayda Jebat/Omm

 

Dicium mesra Nabil Mahir, Ayda Jebat dedah suami suka manja2 sehari suntuk!

Pasangan pengantin baru, Ayda Jebat dan Nabil Mahir kerap kali menunjukkan kemesraan mereka kepada umum terutamanya di media sosial.

Walaupun perkara tersebut tidak salah dan halal kerana masing-masing sudah bergelar suami isteri, namun perlakukan tersebut dilihat kurang manis jika ditonton para remaja dan kanak-kanak.

Sayang betul dekat isteri

Sebentar tadi, Ayda jebat sekali lagi memuat naik adegan mesra mereka di IG story dengan memaparkan suaminya mencium pipi dalam tempoh waktu yang agak lama.

Suami korang macam ni jugak ke?

Di juga sempat meninggalkan kapsyen dengan mengatakan suaminya gemar menciumnya hampir sepanjang hari dan bertanya kembali sama ada suami-suami diluar sana juga seperti ini ataupun tidak.

Sebelum ini, video pasangan tersebut bermain Lego telah mendapat pelbagai komen nakal daripada netizen selepas melihat keduanya berwajah seperti kurang tidur.

Mereka juga kerap kali diusik dengan gurauan suami isteri apabila pernah memaklumkan mahu mempunyai anak seramai 13 orang selepas apabila sudah bernikah.

Sumber: Ayda Jebat, Nabil Mahir/Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *