Viral

Annuar Musa Malu Dengan Ebit Lew, Bimbang Akan Sampai Ke Ketereh

Pada waktu ini ramai yang membandingkan usaha yang dilakukan orang politik dengan usaha yang dilakukan Ebit Lew dalam membantu orang susah.

Tekanan ini nampaknya dirasai Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang mengakui dia berasa malu kerana tak dapat buat banyak berbanding Ebit Lew.

Dia (Ebit) bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi Semporna, Tawau dan pergi ke Kelantan dan jangan pula sampai ke kawasan (Parlimen) Ketereh nanti dia tengok apa benda yang saya tidak terbuat bagi rakyat saya.

Saya bimbang. Jadi terus terang saya beritahu kepada pegawai saya, kalau boleh antara orang figura yang saya hendak jumpa ialah Ebit Lew.

Annuar juga menyatakan wakil rakyat patut rasa malu dengan apa yang dilakukan Ebit Lew ini dan menghargai usahanya kerana masih mampu melakukan sesuatu walau tidak mempunyai kuasa.

Hendak kongsi dengan dia, benda yang mungkin (atau) ada perkara yang boleh saya belajar daripada dia dan sebagainya dan kita (wakil rakyat) harus ada perasaan malu – Katanya.

Tetapi Annuar tetap memberikan perbezaan tanggungjawab antara pihak kerajaan dan NGO di mana kerajaan perlu memberi tumpuan dalam merangka dasar, agenda dan program yang baik dan ini semua hanya mampu dilihat untuk jangka masa panjang.

Kredit: Sinar Harian

 

‘Saya Rasa Malu Sebab Saya Wakil Rakyat’ – Annuar Musa Mahu Jumpa Ebit Lew

Figura Ustaz Ebit Lew (UEL) bukan satu nama asing di negara kita dalam menyampaikan bantuan. Bantuan yang disalurkan tidak terkecuali kepada mana-mana agama mahupun bangsa. Bahkan, sifatnya yang pemurah dan acap kali membantu individu-individu yang memerlukan bantuan, dipuji oleh rakyat Malaysia.

Terbaru, Menteri Wilayah Perseketuan, Tan Sri Annuar Musa, tampil memberikan respon terhadap hasrat murni yang telah dilakukan oleh UEL selama ini.

Foto: Bernama

Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat.

Lapor Bernama, Annuar ingin berjumpa dan mahu mempelajari daripada UEL berkaitan aktiviti kebajikan dan sumbangan yang dilakukannya selama ini. Pada masa yang sama, beliau meluahkan rasa malu kerana sebagai wakil rakyat tidak terdaya melakukan kebajikan seperti mana yang telah dilakukan oleh UEL.

Jelas Annuar lagi, tanggungjawab yang dipikul oleh kerajaan tidak sama dengan tanggungjawab NGO, disebabkan pihak kerajaan juga perlu memfokuskan untuk merangka dasar yang lebih baik buat rakyat.

Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu positif. Ini kerana orang yang tiada kuasa macam beliau (Ebit Liew) sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup.

Cakna kepada masalah rakyat

Foto: Ebit Lew

Tidak berakhir di situ, beliau turut menjelaskan pihak kerajaan perlu menyusun stratergi dalam membantu rakyat dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang, kerana ia memberi kesan dalam tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu. Jadi kalau tidak nampak turun (padang) bukan bermakna kerajaan tidak berfungsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat.

Terdahulu, Annuar ditemu ramah menerusi satu program yang dianjurkan oleh satu akhbar tempatan.

Sumber: Bernama/ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *