Viral

PENGANTIN MUDA DIKATAKAN SUDAH CERAI, INI TINDAKAN MEREKA TERHADAP YANG BUAT FITNAH ITU

Tanah Merah: “Siapa tidak tertekan apabila rumah tangga baharu dibina itu dikatakan runtuh dan mereka bercerai, sedangkan anak dan menantu saya sedang bahagia,” kata Zalaha Hassan, ibu kepada pasangan pengantin remaja yang berkahwin hujung tahun lalu.

Zalaha, 57, berkata, berita mengejutkan mengenai anaknya, Ahmad Faris Umar Alwi, 18, dan menantu, Nurin Irdina Mohd Muhizan, 16, yang didakwa sudah bercerai itu disiarkan di dalam sebuah saluran YouTube kira-kira seminggu selepas pasangan itu berumahtangga.

Menurutnya, visual digunakan dalam saluran itu memaparkan gambar anak dan menantunya dalam persalinan pengantin seperti ditularkan ketika majlis perkahwinan mereka sebelum ini.

Katanya, selain itu, ia mengambil ciapan Twitter milik seorang pengacara televisyen popular yang mengatakan ‘baru dua minggu dah nak bercerai sebab baru rasa tak bersedia, duit katering pun tak habis bayar lagi’.

“Pada hari sama berita itu tersebar, saya terus menghubungi selebriti itu dan meminta penjelasan mengenainya.

“Dia memaklumkan tidak mengetahui apa-apa, sebaliknya ciapannya itu bersifat menyeluruh dan tidak merujuk kepada anak dan menantu saya sebaliknya saluran terbabit mengambil kesempatan dengan mengambil ciapan serta meletakkan gambar pasangan pengantin itu.

“Tidak lama selepas itu, pihak YouTube berkenaan menghubungi saya dan meminta maaf sebelum memadamkan video sudah ditonton lebih 100,000 penonton itu.

“Kami menganggap tindakan saluran itu tidak bertanggungjawab dan hanya bermotif ingin menarik pengikut sahaja dan tidak lama selepas itu satu video permohonan maaf disiarkan di saluran terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zalaha berkata, enggan membiarkan perkara sama berlaku kepada orang lain dan pada masa sama ingin memberi pengajaran kepada saluran berkenaan, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada 26 Januari lalu.

Menurutnya, laporan itu bertujuan untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap pemilik akaun YouTube berkenaan yang dianggap secara terang-terangan menyebarkan fitnah kepada mereka sekeluarga.

“Media sosial anak dan menantu bertalu-talu ‘diserang’ pertanyaan adakah perkara itu (penceraian) benar dan mengapa bercerai.

“Saya mengalami tekanan kerana tidak pernah berhadapan dengan perkara sebegini sehingga menjejaskan kesihatan,” katanya.

Sebelum itu, pasangan suami isteri terbabit bersama keluarga hadir ke Tetuan Hasif Kumar & CO untuk memfailkan saman sivil kepada saluran You Tube berkenaan.

Sementara itu, peguambela dan peguam cara keluarga berkenaan, Muhammad Hasif Hassan berkata, saman sivil itu bertujuan memberikan pengajaran kepada pemilik saluran YouTube terbabit supaya tidak menyebarkan fitnah.

“Saluran itu perlu bertanggungjawab ke atas laporan yang berkait dengan anak guam yang sudah dimuatnaik menerusi YouTube,” katanya.

KREDIT:Hmetro/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *