Viral

Bergaya dengan Kurung Pahang, ‘photoshoot’ Rina Harun kembali curi perhatian

Sebelum ini, tular di media sosial penampilan terbaru Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, 47, yang dilihat lebih anggun dengan berat badan ideal.

Ramai wanita yang mulai menginspirasikan kejayaannya mengurangkan berat badan serta merubah penampilan menjadi lebih muda.

Bergaya dengan baju kurung pahang

Menerusi IG story pereka fesyen terkenal, Man Kajang, beberapa gambar Datuk Seri Rina memakai baju Kurung Pahang hasil kerja tangannya tular di media sosial.

 

Man Kajang pereka baju2 cantik Rina Harun

Menerusi Mstar, Man Kajang memaklumkan bahawa dia diperkenalkan oleh Saidatulnisa iaitu jurumekap artis kepada menteri bagi memberikan cadangan untuknya kerana beliau meminati rekaan baju dari pereka tersebut.

“Alhamdulillah beliau menyukai idea dan rekaan yang saya buat untuknya. Sebagai pereka fesyen saya akan mencadangkan apa bersesuaian selain cuba menyesuaikan dengan kehendak pelanggan,” katanya.

Penampilan beliau ketika melakukan satu rakaman berhubung majlis peringkat antarabangsa itu tular apabila nampak begitu anggun menggayakan baju Kurung Pahang dengan mekap yang natural.

Hal ini menjadi bualan netizen dan gambar-gambar terbaru beliau dengan baju rekaan Man Kajang sekali lagi viral selepas mengadakan mereka mengadakan photoshoot bersama Datuk Seri Rina.

Walaupun baju yang digayakan oleh YB Menteri itu diakui sendiri perekanya bahawa tiada yang istimewa, namun disebabkan penampilannya yang semakin langsing itu membuatkan baju Kurung Pahang terlihat elegan dan bersesuaian dengan imej koporat yang dibawa oleh Datuk Seri Rina.

Sumber: Man Kajang, Mstar/Omm

 

“Saya berbasikal & amalkan diet sihat..” – Rina Harun dedah rahsia makin ‘fit’

Pada era moden ini, pelbagai penyakit boleh menyerang tanpa mengenal usia tidak kira tua atau muda sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan senaman secukupnya.

Kecoh di media sosial hari ini mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun apabila penampilannya yang semakin langsing meraih pujian warganet.

Berikutan itu, tiba-tiba ada satu video di Twitter dikongsi @JustinTWJ memaparkan sedutan temu bual wartawan yang membongkar ‘rahsia’ bagaimana ahli Parlimen Titiwangsa itu berjaya mendapat bentuk badan ideal berbanding sebelum ini.

Niat nak sihat tu penting

Video berdurasi 30 saat tersebut memaparkan ahli politik berusia 47 tahun itu sedang ditemu bual dalam satu program. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh video ‘interview’ berkenaan.

Ditanya mengenai fizikal yang semakin ‘fit’, beliau menjawab dengan hanya berbasikal, mengamalkan gaya hidup sihat serta niat sebagai motivasi untuk berjaya.

“Wartawan: Datuk Seri makin fit, buat sukan apa sekarang?
“Rina Harun: Saya berbasikal, selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting niat sebenarnya nak sihat,” kongsinya.

Wah! Terbaik YB, nampak semakin awet muda dengan penampilan baru yang hangat menjadi perbualan netizen. Mesti ramai yang bersemangat untuk capai berat badan ideal juga kan?

Sumber: Twitter @JustinTWJ /Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *