Viral

Bandingkan Sijil Degree Dengan Dajjal, Zul Yahya Berhentikan Anak Sekolah

Bekas pelakon Zul Yahya nekad memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah demi memberikan pendidikan agama yang lebih mendalam sebagai bekal ke akhirat.

Jelas Zul, dia tidak menidakkan sistem persekolahan di Malaysia sebaliknya percaya pada ketentuan qada’ dan qadar serta rezeki Allah.

“Saya dan isteri berpakat ini jalan yg terbaik. Hari ini bukan zaman nak kejar anak dapat berapa A tapi ilmu akhirat yang masih lagi nipis.

“Mereka memang sudah diberhentikan sekolah. Apa yang dipentingkan adalah ilmu agama. Dalam agama pasti ada kejayaan, bukan di akhirat tetapi di dunia lagi,” kata Zul Yahya dalam sesi siaran langsung di Facebook baru-baru ini.

Zul yang mendirikan rumah tangga bersama Siti Raihan Mohd Rodzi mempunyai enam cahaya mata dan tiga daripadanya perempuan.

“Ada yang tanya anak-anak nak makan apa nanti? Tak kasihankan anak-anak? Saya percaya pada qada dan qadar. Yakin pada rezeki.

“Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama.

“Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi pada 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada dajjal?” soalnya lagi.

Terdahulu, Zul berkongsi pandangannya untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya di Instagram dan Facebook hingga mencetuskan pelbagai keraguan dan provokasi.

Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak. Insya-Allah.

“Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya hingga dituduh sebagai ekstrimis agama.

Mengambil contoh daripada dirinya sendiri yang tidak punyai sijil persekolahan, Zul menegaskan rezeki akan mencurah-curah sekiranya tidak putus usaha.“Sijil pada anak-anak pun belum tentu berikan kehidupan. Saya pun SRP tak ada, menulis pun tak pandai tapi Allahuakbar, Allah bagi rezeki macam-macam bentuk.“Yang penting usaha, kalau ada sijil tapi malas tak guna juga.
“Kita bukan nak tolak dunia, tapi dunia ini untuk jambatan ke akhirat. Harus ditekankan pendidikan agama betul-betul dalam kehidupan anak-anak,” katanya yang turut menganggap modul pembelajaran di sekolah ‘tunggang-terbalik’.

Sumber : Astro gempak

 

Inilah Puncaa Zul Yahya T0Iak V4ksin & Berhentikan Anak Sek0lah Demi Masa Depan..?

Sebelum ini pernah tuIar k3s suami seIebriti, Ina Naim iaitu Suhaimi Saad yang merupakan seorang pen0lak v4ksin tegar dan tidak menghantar anak mereka ke sek0lah demi mengej4r h4l agama.

Kini pelak0n veteran tanah air, Zul Yahya pula tampil dengan pendapatnya sendiri apabila mengatakan w4bak berb4haya C0VID-19 ini adalah kononnya k0nspirasi yahvdi untuk mengawal pergerakan umat Islam.

Bahkan, p0sting Zul Yahya dengan mengatakan “DajjaI besar on the way” juga sungguh mengeIirukan ramai.

Dalam pada masa yang sama juga, dia mengakui sebagai ibu bapa, dia terpaksa menghentikan anak-anaknya ke sekolah kerana ingin memberi penekanan lebih kepada ilmu akhirat.

“Bukan kami tidak ambil berat tentang masa depan mereka tapi kami nak anak kami lebih berjaya. Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya tanpa menyembunyikan pendangannya.

Menjengah ruangan k0men, rata-rata men0lak pendapatnya tentang memberhentikan anaknya ke sekolah. Ramai mengatakan, ilmu dunia dan akhirat seharusnya bergerak seiring.

Malah, ada juga yang mengetengahkan para ilmuan Islam yang terdahulu seperti Ibu Khaldund an Ibnu Sina menuntut ilmu dunia untuk disebarkan kepada generasi akan datang.

Terdahulu, Zul ada menjelaskan apa yang disuarakannya di media sosiaI baru- baru ini bukanlah untuk mengh1na, apatah lagi mempersoalkan halal haram rezeki insan lain tetapi menjurus ke arah mencari yang lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Zul berkata, semua yang diperkatakan itu adalah realiti pernah dilihatnya berlaku dalam industri hiburan berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun sebagai pelakon.

“Saya cerita dari pengalaman yang dilalui sendiri. Saya bercakap pun untuk kebaikan dan bukan kebur0kan kerana apa disuarakan itu berkaitan hala tuju industri hiburan yang hingga kini masih tiada perubahan.

“Saya luahkan pandangan supaya golongan atasan dan pihak berkaitan dalam industri hiburan dapat melakukan perubahan membentuk hala tuju yang lebih baik. Kalau mereka mampu lakukannya, maka duduklah di situ tapi jika tak mampu lebih baik undur diri,” katanya.

Zul atau nama sebenar Zulkifli Yahya berkata, dia sedar setiap orang ada pendapat masing-masing dan apa yang dikongsikannya adalah untuk mereka dalam industri hiburan membuat perubahan lebih baik.

Mengulas mengenai keberkatan yang diperkatakan, Zul berkata, ia sangat luas dan bagi memperolehnya kita perlu usaha kerana ‘berkat’ itu tidak akan datang dengan sendiri.

“Apapun, saya pasti pihak media juga sudah sedia maklum hala tuju industri hiburan selama ini dan apa yang saya cakapkan itu bukan bermaksud mahu industri hiburan hil4ng dari Malaysia.

“Kita semua perlukan hiburan, tapi biarlah ia pergi kepada hala tuju lebih baik dan memberi manfaat kepada masyar4kat serta penggiat seni antaranya pekerja belakang tabir untuk mendapat kehidupan selesa,” katanya.

Zul berkata, perkara utama diharapkannya adalah perubahan penambahbaikan hala tuju dalam industri hiburan ke arah lebih teratur di mana semua warga penggiat seni mendapat kehidupan terbela.

Katanya, pilihan juga ada pada tangan masing-masing untuk berubah kerana rezeki Allah sangat luas dalam usaha mendapatkan suasana kehidupan selesa. Namun, ia menuntut peng0rbanan.

Menurutnya, dia bersara kerana sudah pen4t berhadapan dengan pelbagai keren4h ragam manusia dan turut mengakui sukar membuat simpanan.

Terdahulu, kenyataan Zul di media sosi4l membuatkan ramai artis kurang selesa dan memb!das kenyataannya yang disalah erti.

Kredit: diariviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *