Viral

“Suami sy mampu, suami awk xmampu”. Aku isteri ke 3 tp aku bhgia tidur dgn suami bergilir2 dgn maduku

Foto sekadar hiasan, Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Hi Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini. Hangat pasal p0ligami. Tentang ketidakadilan suami. Tentang isteri dizalimi. Sebenarnya saya isteri dia yang ketiga. Hehe. Jngan mrah dulu. Kakak kakak tahu kehadiran saya. Saya juga tahu situasi ini sebelum kami nikah.

Nak dipendekkan cerita, kami satu tempat kerja. Saya dan suami. Dia salah seorang boss di tempat kerja saya. Kami tak bercinta pun.

Benda ini jadi, bila saya dilanda ujian yang hampir menyebabkan saya dpresi. Masa tu, suami cakap,

“Dah lama saya perhatikan awak, awak ok ke?”. Dan saya terus menangis dekat situ juga. Kebetulan akak pertama, datang pejabat haritu. Dan akak bawa saya balik ke rumah.

Tak lama tu, akak ws dan tanya, nak tak jadi madu dia. Dia tak nak saya sedih sedih sebab kecewa. Dia yakin abang mampu jaga kami semua.

Saya macam rasa ini semua mimpi. Takkan lah ada perempuan nak kongsi suami sendiri. Plik weiii.

Sampai lah akak kedua pula mesej. Dia cakap, jangan risau, abang boleh jaga. Dia siap cerita perjalanan perkahwinan dia. Akak pertama tolong selesaikan semua.

Hidup bermadu kat Malaysia ni, kalau ikut betul, (bukan kahwin dekat sempadan) strict weii. Kena sediakan dokumen, pejabat agama semak gaji, semak tempat tinggal, segala serbi.

Dan dipendekkan cerita, kami nikah dan saya minta dipindahkan tempat kerja ke cawangan lain. Sebabnya, tak larat nak hadap gosip.

Yelah orang masih pandang bermadu ni perampas, bermadu ni buruk dan sebagainya. Orang kita masih tak boleh terima hakikat.

Suami awak tak mampu, tapi suami saya mampu, kami isteri isteri juga mampu. Bila dalam hubungan ini, saya faham yang toleransi amatlah penting. Contohnya giliran akak no 2. Jika ada benda penting, saya hanya mesej abang sahaja.

Akak no 1 s4kit haritu, saya dan akak no 2 keluar la berdua. Beli barang barang rumah dan sebagainya.

Yang betulnya, suami memang kena betul betul stabil dari segi kewangan. Tak boleh hanya mampu dari segi batin. Kena kuar bekerja.

Macam suami selalu cakap, dia kena kerja betul betul. Pastikan makan minum isteri terjaga. Emosi isteri isteri terjaga. Masa PKP haritu, hari hari video call, bila jadi isteri ada nombor ni, kesabaran kena tinggi. Walaupun yang paling muda.

Jadi akhirnya, kalau dah tahu yang datang tu suami orang, atau sendiri pandai pandai pergi bercinta dengan suami orang, jangan mengada ngada nak perhatian lebih, nak kasih sayang lebih.

Segala nak lebih. Belajar tolak ansur. Kita datang yang kemudian. Belajar berkongsi. Ini tak, datang kemudian, pastu r0sakkan rumahtangga suami dengan isteri pertama. Paksa lelaki tu cerraikan isteri pertama dia.

Apa punya perangai lah tu. Sebab tu orang cakap perampas, perangai macam b4bi, meny0ndol aje.

Ingat, Allah redha kalau berkongsi. Yang Allah marah, r0sakkan msjid orang. Jadi batu api sampai suami cerraikan isteri. Merampas. Ni semua Allah marah. Tapi berkongsi, Allah bagi izin.

Jadi kongsi lah molek molek. Bukan suami je kena adil, isteri isteri pun kena toleransi. Tak kesian ke suami jalan senget nanti? Jadi sama sama saling redha meredhai supaya Allah redha kepada kita semua.

Owh yaa, jangan risau, saya faham, bukan semua wanita boleh terima Confession ini. Percaya lah, suami kami mampu, suami awak tidak. Jadi tenang tenang sahaja yaa. Sebarkan kasih sayang.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah sampai habis.

Hai nama aku Bunga. Umur aku 23 tahun. Masih seorang pelajar. Daripada tajuk, kalian pasti sudah tahu apa yang akan aku ingin sampaikan.

Tujuan aku menghantar confession ini, untuk meminta bantuan atau pandangan sesiapa yang mempunyai pengalaman mengenai tajuk yang akan aku ceritakan.

Sejujurnya, aku buntu dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Maaf, confession ini agak panjang kerana aku akan cerita details apa yang berlaku. Maaf juga kerana aku bukanlah seorang penulis.

Ya. ayah aku telah bernikah satu lagi tanpa pengetahuan ibuku. Sudah sebulan lebih mereka telah berkahwin.

10/1/2021 ahad, merupakan hari di mana bermulanya sebuah neraka di rumah ini. Hari pertama di mana ibu tahu. Ibu menangis seharian tanpa henti.

Semua cawan, harta benda di dalam rumah ini habis dipecahkan. Pada malam sabtu 9/1/21, ayah dan ibu telah mula bergduh.

Instinct seorang isteri, telah tahu suami dia menyorokkan sesuatu. Ibu mahu ayahku jujur, tetapi ayah tidak jujur. Sehinggalah didesak di depan seorang ustaz baru ayah nak mengaku.

Pada waktu itu, ibu teramat marah. Ibu punya marah sampai dia tak sedar dia pkul-pkul ayah aku. Sampai dia tak sedar, dia drive kereta sampai terlnggar divider jalan.

Selepas kejadian ayah mengaku, ibu balik dihantar oleh kawan ibu. Ayah masih bersama ustaz tadi.

Aku menunggu ibu balik. Lepas ibu balik, ibu menangis semahunya dan ibu melepaskan rasa amarahnya dengan menghempas cawan, menendang meja. Habis satu rumah hncur.

Waktu itu aku seorang, aku tak kuat nak halang sebab aku kur0s ibu sedikit chubby.

Sampaikan ibu dah berubah menjadi orang lain, di mana dia mengugut menyuruh ayah balik waktu tu jugak kalau tak anak-anak dia semua mati. Waktu tu ayah masih bersama ustaz tadi.

Waktu tu, ibu dah ambil psau yang ada di dapur. Aku dan adik-adik sudah menangis kerana ketakutan. Ayah call polis kerana risau apa-apa akan jadi.

Lepas polis datang, aku dan adik-adik berlari keluar. Habis kecoh satu lorong. Semua jiran melihat ibu meng4muk.

Waktu meng4muk, ibu dengan ayah bertekak. Sampaikan ibu menyocok dada dia dengan psau. Aku dan adik-adik mampu menangis dan melihat dari luar.

Selepas keadaan kembali reda, kami semua mula mengemas rumah. Tiba-tiba, ibu jatuh. Dia mengadu, dia s4kit perut.

Ibu kene gastrik sebab satu hari tidak makan dan minum tapi dia tak nak ke klinik. Skit-skit ibu, ibu menangis lagi bagai tiada hari esok.

Aku masih menjaga ibu, walaupun aku tahu malam tu aku ada exam. Sampaikan waktu menjawab exam, beberapa kali pintuku diketuk, kerana ayah kejap suruh call ambulans, kejap suruh siapkan ibu.

Sampaikan aku tak sempat nak menghantar test pada malam tu. Sudahlah diuji ibu macam tu, diuji lagi tak sempat nak hantar test.

Waktu tu aku menangis dan waktu tu aku sudah mula benci ayah. Kalau ayah tak kawin lagi pasti semua ni takkan jadi, dan aku akan hantar test on time. Bagi aku, CGPA adalah amat penting.

Selepas 10/1, dua minggu lebih ibu menangis tanpa miss sehari pon. Setiap pagi, petang malam dia akan menangis. Sampaikan, ibu tak menangis pon, tapi otak dan telinga aku ingatkan dia menangis.

Ibu bagitahu, dia menangis sebab ayah tak jujur. Ayah tipu. Dia kata dia tak marah ayah kawin lagi, dia marah sebab ayah tak jujur.

Tapi setiap hari ibu akan sebut, kenapa kena kahwin lagi satu. Ibu tahu ayah tak mampu. Aku pun dah pening. Setiap hari mereka akan bertekak. Ibu punya menangis sampaikan, dia berubah jadi orang lain.

Satu malam tu, lepas solat isyak dan mengaji, dia tak kenal semua orang dalam rumah, cara dia bagi aku menakutkan sebab dia act macam orang lain, bercakap sambil ketawa.

Lepastu dia tidur sekejap. Bangun tu, dia sedar balik macam biasa. Dia tanya kenapa tak kejut dia solat isyak, dia kata dah lama dia tidur. Aku tak tahulah ibu ni ada masalah apa atau dia saja berperlakuan begitu.

Ayah kahwin dengan bekas kek4sih dia. Alasan dia kawin sebab dia kata dia ikut sunnah. Alasan dia kawin kerana Allah. Sedangkan dia tak mampu. Ibu pun kena kerja sebab nak topup apa yang tak cukup dalam rumah ni.

Ayah cakap, perempuan tu kaya. Perempuan tu tak nak duit dia pon, perempuan tu pun tak mintak nafkah.

Jadi apa motif korang kahwin? sekadar nak lunaskan cinta lama yang tak kesampaian? skit hati aku dengar. perit. Ibu aku dengar lagi perit. Ibu tak pernah tinggal solat, dia selalu mengaji.

Tapi lepas kejadian ni dia, makin kerap dia solat, makin kerap dia mengaji, tapi emosi dia masih tak stabil.

Setiap kali dia emosi, dia persoalkan kenapa tuhan tak bagi perasaan redha dekat dia. Bila dia emosi, dia cakap macam dah takda agama. Nak bn0h diri dan sebagainya.

Ayah senang cakap, ikhlaskan hati, redhakan hati. Bukan dia dekat tempat ibu aku. Ibu cakap dia jadi macam ni sebab mereka berdua.

Masa ibu menangis, ibu akan cakap dekat ayah, tolonglah bantu dia pulihkan perasaan dia. Ye memang ayah aku bantu, ayah aku pujuk, ayah aku ikutkan kata ibu, tapi kadang, kata-kata ayah aku tu menyakitkan hati ibu.

Sebab dia tak faham perasaan kena kahwin lain. Boleh ayah cakap, bukan perempuan tu nak dekat dia tapi dia yang nak dekat perempuan tu. Manalah ibu tak meng4muk lagi.

Ayah selalu cakap, mintak kekuatan dekat Allah, banyakkan solat. Tapi ibu dah buat dah semua tu. Tapi emosi dia masih sama. Aku ada pesan dekat ibu, pelan-pelan ikhlaskan hati, buatlah aktiviti apa-apa, busykan diri.

Tapi ibu cakap dia tak boleh. Otak dia asyik teringat dekat perampas tu dengan ayah. Bila ibu emosi, dia akan cakap apa yang dia rasa, dia hembus semuanya, itu membuatkan ayah juga emosi.

Sekarang, aku tengah final exam. Tetapi aku tak boleh fokus sebab aku sentiasa dengar dieorang bertekak. Ibu aku menangis. Aku rasa serabut. Aku rasa nak meng4muk. Aku rasa nak lari rumah nak balik rumah sewa dekat uni.

Tapi aku tak sampai hati nak tinggal ibu dalam keadaan macam ni, Aku dah penat. Telinga aku dah tak boleh dengar ibu aku menangis. Aku jadi skit hati bila dengar ibu menangis.

Setiap hari aku akan menangis mengenangkan masalah dalam rumah ni, ditambah tekanan assignment yang menimbun dan final exam. Tapi semua orang tak tahu.

Aku cuma mampu diam, tapi dalam hati aku bagaikan gunung berapi yang tinggal tunggu masa nak meletup. Ayah dah cuba bawak mak berubat islam. Masih sama. Hati dia masih tak tenteram. Hati dia masih berkecamuk.

Ayah akan call bini kedua dia tiap malam dekat luar rumah, mak akan senyap senyap tengok. Aku pesan, tak payah tengok, sebab itu salah satu benda yang akan trigger emosi dia.

Setiap kali dia menangis, ibu akan datang dekat aku dia akan cakap, ” tolonglah ibu, hati ibu skit”. Aku tak mampu nak cakap banyak. Aku cuma mampu cakap, bersabarlah ibu. Ibu kuat.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku tak tahu nak bagi sokongan macam mana lagi. Aku cuma mampu jadi pendengar jer.

Tapi bila aku dengar apa ibu aku cerita. Hati aku jadi skit. Aku marah dengan ayah. tapi aku tak mampu nak buat apa apa sebab aku hanyalah anak.

Aku ada perancangan nak bawak ibu pergi psikiatari, tapi aku takut kalau ibu akan ditahan wad, dan kena makan Ibu. Ubat tu pasti akan memberikan kesan lain. Sama ada tidur berlebihan dan sebagainya.

Aku nak keluarga aku kembali macam biasa. Aku dah penat. Benda ni cukup buat mntal aku koyak. Kadang aku rasa nak toreh toreh tangan aku. Rasa nak drive laju laju, dada aku ni sesak.

Kalau boleh aku nak jerit sekuat hati. Dada aku sentiasa berdebar, jantung laju, tangan sentiasa shaking, hati rasa tak selesa. Aku ada masalah anxiety tapi aku masih mampu mengawal anxiety aku.

Sekarang yang aku risaukan adalah ibu. Ibu selalu cakap, bila semua benda ni nak berlalu. Haih.

Kalau korang ada group support atau apa-apa pendapat tentang masalah aku, korang boleh tulis dekat komen. Aku akan baca satu satu. Tolonglah aku, Terima Kasih

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Afizah Hamid, Bila baca kisah ni .. saya teringat bait2 confession seorang confessor. Lebih kurang bunyi nya begini..Kebahagian yg kelihatan atau dimiliki bukan kerana dia betul2 bahagia.. sebab bahagia itu bersifat subjektif.

tetapi tiang seri kepada itu ialah tolak ansur dan sabar yang tinggi yang dicurahkan oleh setiap individu terlibat untuk mendapatkan kebahagian itu.Wallahualam..

Nurul Syazwani, Sronok bace…tp btul,ade seseorg bercerita kisah benar..dia sndri pinangkn bff dia sbg madunya sbb bff dia msih single..tp hdup sgt hrmoni,lebih erat hbungn kkeluarga mereka…

Bila turn istri pertma,istri kedua cpt2 mnta suami blik sne,begitulah sbaliknya,mreka sndri bntu suami utk berlaku adil..siap kluar bersme lg.

kisah 1 dlm seribu yg berbahagia apabila mletakkn Allah yg pertama,mletakkn Islam d landasan yg betul…suami juga mampu berlaku adil n kwangan stabil

Suhana Hasan, Kalau mcm ni kak tipah x marah. Sbb suami mampu drp semua aspek. Tgk confessor cerita pun tau kamu ni baik org nya. Bagus sikap tolak ansur dan sedar diri mcm ni. Kak tipah doakan kamu dan kakak2 madu serta suami hidup bahagia aman harmoni sampai syurga.

Aisyah Nur, Pada akak baca confession mcm ni ok ja. Sebab adik madu sedar diri, suami pun adil. So ok ja. Takda nak pandang yang dtg kemudian tu perampas ke apa. Moga berbahagia dengan kakak2 madu ye. Aamiin..

Yang selalu nak marah tu bila dah la datang dalam hidup orang lepas tu kononnya isteri tua la buruk belaka + si suami tak adil, gagal jadi imam yang baik. Haishh.. Ni betul2 panas hati

Nurina Lya, Poligami bermula dengan kesudian isteri pertama berkongsi. Kalau isteri pertama sudi, okaylah, isteri kedua ketiga keempat pun xde masalah. Yang masalah complain poligami ni bila semua lelaki je nak bg arahan. Isteri x setuju pun die proceed jugak. Dapat pula isteri muda yg xnak share.

Dah nampak isteri pertama punya suara tidak didengar, lagila menjadi2 isteri kedua rcun suami. R0saklah nama baik poligami kerana ketidakadilan dari permulaan lagi.

Wan Salina, Mcm kenalan akak,bercrai sbb suami x mampu tpi nk poligami,Skrg dia dh kawin jadi no 3.Alhamdulillah suami bagi rumah sebijik sorang(3 isteri)kereta sebiji sorang(sama warna dan nilaian kereta)raya tahun lepas semua balik raya rmh suami.

Yang org duk marah sngt nak telan pun x berapa nk mampu tapi rasa mampu..haaa mmpus la jawabnya.

Mus Siti, Ok je sis. Priority setiap org lain2. Ada perempuan, dia nak harta yg cukup je. Suami xde 24/7 pun lg sng hati, xpayah layan tp duit masuk.

Ada perempuan, dah ada harta, nak suami penyayang je. Duit dh cukup, cuma nak suami ada depan mata urus keluarga urus anak2. Itu je. Masing2 punya pilihan.

Eita Arif, Ye btl .. pandangan lain2..kita xboleh nk bwk semua org setuju dgn pandangan kita .. ada kata ok je poligami .. ada tu bantah keras2 poligami tu .. semua nya ada sbb2 tertentu .. ujian org pun lain2 ap4tah lg hati .. semoga rumahtangga awk bahagia terus & kekal bertoleransi.

Adam Rao, sapa x mau nikah barang naik no 2 no 3.. semua laki mau.. tp dengan sorang bini anak sorang pun habis hobi semua ke longkang.. menangis tengok hobi ke longkang x habis lagi.. nak menambah bini lg.. pakat tinggal sejarah la hobi aku..

Adibah Nur, Alhamdulillah dapat suami bertanggung jawab.. ade org mulakan poligami pun dgn cara yg salah..kahwin sorok2.. lepas tu rupenya tak mampu..kdg2 bini baru tu disogok pulak dgn 1001 keburukan bini pertama.. mana xnaik besar kepala bini baru tu.. kesian sgt tgk yg berpoligami dgn lelaki x guna..

Salina Mi, Tak de nya org marah kalau begini cara suami dan madu2 tu. Yg isteri marah dah la tak mampu… belum kawin dah abaikan nafkah anak bini sbb berjoli dgn girlfriend.. duit berhabis utk gf… anak bini nak minta duit kata tak ada duit…

Lagi ter0k m4ki hamun isteri… ada yg pkul jugak… dah mcm mana perempuan tak melenting… lps tu suka2 hati kata perempuan nusyuz la… melawan hukum Allah lah… poooodaaah… yg suami2 buat skndal smpai ke bilik tido tu ikut hukum Allah ke? Sila mngal.

Naema Salam, bnyk je sy tngok kwn2 sy bermadu, hidup xda porak peranda pun. tp kesian kt yg monogami ni. xberkongsi suami pun masih xbahagia. dh jodoh aturan Allah. kt berpegang pd agama.

jgn benci apa Allah halalkan. xsuka diam2 ja. tahniah confessor dpt suami n akak2 madu yg paham poligami. moga kekal smp ke syurga.

Sumber:KRT/informasiviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *