Viral

Islam Dah Lama Ada Vaksin, Habbatus Sauda Dan Madu Tapi Tak Nak Percaya – Zul Yahya

Nama bekas pelakon, Zul Yahya seakan menjadi bualan selepas  beberapa kenyataan yang tidak masuk akal sering dimuat naik di laman Instagram dan Facebooknya.

Sebelum ini, kecoh mengenai pengakuanya yang sudah memberhentikan anak-anaknya bersekolah dan hanya mahu fokus kepada akhirat.

Terbaru, menerusi laman Instagramnya, dia memuat naik beberapa kenyataan tentang ‘vaksin’ yang sudah lama diperolehi oleh seluruh umat Islam.

 

 

 

Pemilik nama Zulfikli Yahaya itu telah berkata habatus sauda dan madu merupakan vaksin terbaik buat umat Islam namun, masih juga ada masyarakat yang percaya dengan perubatan lain.

“Dah begitu lama umat Islam memiliki vaksin yang bukan sekadar mencegah tapi mampu menyembuhkan. Habatus sauda dan madu tapi tak yakin dengan sunnah.

“Lebih yakin dengan perubatan yang belum tentu ada jaminannya. Bukan madu tiga ye!,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan itu sudah pasti telah mengundang teguran dan nasihat daripada warganet yang kecewa melihat dengan perkongsian tersebut.

Mereka juga berharap agar bekas pelakon itu mampu berlapang dada dengan menerima setiap pandangan yang diberikan oleh orang ramai.

Berlapang dadalah, jangan bagi kenyataan pukal

Pakar perubatan Islam pun fikir sains

Islam ni mudah, jangan asyik nak judge je

Jangan buat teruklah!

Terdahulu, Zul juga mengakui setiap rezeki yang datang perlu berusaha tanpa putus asa tanpa sebarang sekeping ‘kertas’ akademik.

Kenyataan-kenyataannya yang dilihat agar ‘lepas’ itu membuatkan banyak pihak tidak selesa lebih-lebih lagi ia boleh mempengaruhi orang lain berikutan statusnya sebagai public figure.

Sumber: Instagram Zul Yahya/kiniairnws

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *