Viral

“Saya mahu ibu saya!”.Lepas Ibu Bapa ‘Settle’ Penc3raian Kanak-Kanak 5 Tahun Ditingg4lkan Berseorangan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dijumpai merayau dan dalam keadaan terpinga-pinga di dewan utama sebuah bangunan kerajaan di Liuzhou, China. Menurut laporan, pihak polis menjumpainya bersendirian dan seperti ada masalah sambil sambil menj3rit,

Saya mahu ibu saya!”

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke situ bagi menyelesaikan dokumen penc3raian. Bagaimanapun, selepas semuanya selesai kedua-duanya meninggalkan anak mereka berseorangan di bangunan tersebut. Polis kemudian menggunakan telefon bimbit yang ada pada kanak-kanak itu untuk menghubungi bapanya. Namun apabila dihubungi lelaki itu memaklumkan dia telah keluar dari daerah tersebut dan tidak boleh berpatah balik secepat mungkin untuk menjemput anaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh polis yang bertugas ke balai polis untuk menunggu bapanya. Ketika itulah mereka cuba menenangkan dan meyakinkannya bahawa bapanya akan datang menjemputnya. Sementara menunggu, kanak-kanak itu turut bertanya kepada pegawai di situ,

Ibu saya ditangkap oleh awak ke?”

Sebaik tiba di balai, kanak-kanak itu terus menj3rit memanggil dan berlari ke arah bapanya. Gambar ketika kejadian itu berjaya dirakamkan oleh media tempatan dan menyentuh hati ramai orang. Tidak dinyatakan mengapa atau bagaimana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut meninggalkannya berseorangan di bangunan terbabit dan tidak dilaporkan di manakah keberadaan ibunya ketika itu.

Sumber:lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *