Viral

Hubungan Nabila Dan Engku Emran Hangat Diperkatakan Oleh Warganet. Sekali Tiba Tiba Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Respon Buat Warganet Terkedu.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran. Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.

“Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” kata Sharnaz Ahmad. Sebelum ini, sebuah portal hiburan mengatakan kakak kepada usahawan Neelofa itu sudah bertunang dengan Engku Emran iaitu bekas suami kepada bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella.

Baru-baru ini, Engku Emran didakwa berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi yang juga disertai ahli keluarga yang lain. Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah.

Sumber: GEMPAK

Engku Emran Hangat Diperkatakan Tengah Bercinta Dengan Noor Nabila. Sekali Tak Boleh Berdiam Warganet Mulakan Spekulasi Sebab Kerap Nampak Bersama.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama Noor Nabila kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa menjadi perhatian warganet selepas ada ura-ura mengatakan bahawa dia sedang bercinta dengan Engku Emran. Hal ini menjadi bualan di laman sosial terutamanya di Twitter dan laman Forum Cari selepas ada beberapa gambar dan video memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.

Engku Emran yang juga bekas suami kepada Laudya Cynthia Bella iaitu artis terkenal Indonesia itu turut dilihat berada di kediaman Nabila dalam beberapa majlis keluarga. Mereka juga dilihat berkayuh basikal bersama-sama memandangkan keduanya menggemari aktiviti sukan tersebut.

Ramai yang telah membuat spekulasi berkenaan hubungan mereka dengan menulisnya di Twitter setelah melihat kebersamaan mereka yang semakin akrab sejak kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan kerana masing-masing tidak memberikan apa-apa penjelasan lagi berkenaan spekulasi tersebut.

Untuk makluman, Engku Emran pernah bernikah dengan bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya sebelum mereka berpisah pada 2014 sebelum berkahwin dengan Laudya Chynthia bella pada 2018 namun berpisah dua tahun selepas itu. Manakala, Noor Nabila juga merupakan ibu tunggal selepas berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad setelah dikurniakan seorang anak, Jebat Jaydeen berusia 2 tahun.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Tular Gosip Dengan Engku Emran Akhirnya Noor Nabila Tampil Bersuara Tentang Hubungan Mereka. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar.

Dalam masa sekarang tidak ada apa yang saya nak komen,” demikian kata Noor Nabila mengenai dakwaan dia sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa ketika dihubungi tidak mahu bercakap lanjut dan mengesahkan berita itu yang tular di media sosial sejak hari ini.

Khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir. Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan warganet apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.

Tinjauan di Instagram Nabila juga mendapati dia pengikut Engku Imran di media sosial sama. Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di Instagram. Untuk pengetahuan Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun berpisah Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Terdahulu, hasil perkahwinan dengan Erra mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HM

 

Tular Tentang Sharnaz Baru Selesai Operasi Semalam Tiba Tiba Noor Nabila Tampil Bersuara Bagi Komen Macam Ni. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Komen Noor Nabila.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani operasi sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani operasi itu.

“Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat operasi. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah cairan merah sikit. “Saya tak boleh cakap lama, cairan merah akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakt,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir. “@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.

“@acheykintangkintung: Selamattt matttt. “@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan cairan merah tu, nanti cepat cairan merah tu berhenti.  “@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada cairan merah hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu. “@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin,” antara komen-komen yang ditulis.

Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar. “Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin,” kongsinya di Instagram Stories. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : -CARI

Baru Je Mahkamah Putuskan Tentang Tuntutan Nafkah. Terkejut Ini Pula Respon Dari Sharnaaz Ahmad Bila Nabila Dah Setuju Dengan Benda Ni.

”Insya-Allah, ini hari terakhir datang mhkamah. Selepas ini tak datang lagi sini. ”Benda pun dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni. Saya dan Sharnaaz pun baik dan kami buat benda itu untuk anak kami.” Demikain kata-kata bekas isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor NabiIa Mohd Noor, 36, mengenai tuntutan nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nuusyuz yang berjaya diselesaikan dengan baik di Mhkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Sharnaaz selaku defendan juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan nuusyuz yang difailkan terhadap NabiIa. Selain itu, defendan juga bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan. Ini termasuk nafkah sebanyak RM1,200 sebulan dan diberi akses berjumpa anak mereka sehingga usianya mencapai empat tahun.

Sharnaaz turut bersetuju mengeluarkan namanya sebagai pemilik bersama untuk sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. NabiIa yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa berkata, dia lega kerana tidak perlu lagi hadir ke mhkamah untuk perbicaraan kes mereka.

”Proses perpisahan, hak anak dan datang ke mhkamah adalah benda-benda yang memenatkan. Ia mengambil energi serta emosi saya terganggu.”Setiap kali nak datang saya berat hati. Jangan ada dendm dan marah kerana ia akan bawa kita ke belakang. ”Paling tak bagus kerana apabila bangun tidur anda akan masam, m4rah dan berdndam. ”Anda akan cari perkara yang boleh untuk kenakan bekas suami. Ia tak baik lagi-lagi untuk anak kita,” katanya.

Ini pula respon Sharnaaz Ahmad

Sementara itu, Sharnaaz, 37, berkata, dia bersyukur kerana peguam kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan menyelesaikan kes dengan baik. ”Buat NabiIa saya ucapkan terima kasih kerana kita dapat kata sepakat. Ada benda yang selama ini tak jelas, diperjelaskan dan diletakkan dalam kertas supaya semuanya takkan jadi masalah suatu hari nanti.

”Hari ini saya sangat bersyukur kerana bagi kami keutamaan kami ialah pada Jebat. ”Walaupun saya dengan NabiIa tak dapat teruskan sebagai suami isteri, tapi saya tetap kawan dia,” katanya. Menurutnya NabiIa seorang kawan yang baik dan dia ingin meneruskan hubungan ini.

” Saya kenal dengan dia dulu pun sebagai seorang kawan. Tak guna nak brbalah kerana yang rugi ialah Jebat. Saya tak nak perkara ini berlaku. Tumpuan kami 100 peratus pada Jebat,” katanya.

Sharnaaz dan NabiIa berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mhkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.asiakini.com

Kes Perpisahan Sharnaaz Dan Nabila Selesai. Ini Komen Mengejutkan Noor Nabila Di Luar Mahkamah. Sampai Macam Tu Sekali Yang Dia Cakap.

Kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, usahawan Noor Nabila berakhir apabila kedua-duanya bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam satu perjanjian. Persetujuan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Antara persetujuan tersebut termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah. Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Nabila sebagai plaintif berkata, persetujuan itu dibuat menerusi satu proses mediasi (bagi membincangkan penyelesaian saman) yang dilakukan secara awal tahun ini.

Dalam prosiding di mahkamah itu, Zainul telah membaca tuntutan-tuntutan tersebut dan antaranya adalah nafkah edah perlu dibayar Sharnaaz sebanyak RM500 sehingga tiga kali suci (tiga bulan). Selain itu, Sharnaaz juga bersetuju membayar nafkah anaknya, Jebat Jayden sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz difailkan oleh defendan.

Sharnaaz juga bersetuju penjagaan anak diberikan kepada Nabila mengikut syarak. Selain itu Sharnaaz juga diberi akses lawatan secara komprehensif terhadap anaknya selama empat tahun termasuk sebuah rumah yang terletak Taman Tun Dr. Ismail juga dipersetujui untuk dipindah milik kepada plaintif.

Pada masa sama, peguam mewakili Sharnaaz, Ummi Kartini Abdul Latif mengesahkan bersetuju dengan terma-terma yang dikemukakan pihak plantif. Sementara itu, Sharnaaz dan Nabila ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka apabila kemelut rumah tangga dapat diselesaikan secara aman.

Menurut Nabila, dia lega apabila kes dapat diselesaikan secara baik. “Saya lega sebab proses perpisahan, hak anak, datang mahkamah ini dia ambil kita punya tenaga. “Emosi pun agak terganggu juga setiap kali nak datang mahkamah, berat hati.

“Tapi Insya-Allah ini kali terakhirlah saya datang ke sini,” katanya. Pada masa sama, Sharnaaz turut berterima kasih kepada Nabila kerana dapat mencapai kata sepakat. “Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila ada anak kami Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 19 September lalu. Untuk makluman, nusyuz membawa maksud seorang isteri yang ingkar terhadap perintah suami.

BACA : “Sebab Utama Adalah Untuk…”- Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Nabila

Sekadar info, Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : GEMPAK

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *