Viral

‘Kita Sekali Makan RM12, Dia Makan Nasi Kuah Air Kosong, Bawang Merah Sikit Bawang Putih Sikit…’

Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Apit Lid, berkongsi dua keping foto yang membuatkan rara-rata netizen berasa ‘sebak’ melihat menu harian yang dijamah oleh seorang pengawal keselamatan yang berasal dari Nepal.

Jika dilihat menerusi foto itu, pengawal keselamatan itu hanya makan nasi kosong ditambah kuah air kosong bersama potongan bawang merah, dan bawang putih tanpa ada sebarang lauk yang lain.

Jelas pemilik postingtersebut, pengawal keselamatan itu menyara kedua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain.

Demi keluarga

 

Foto: Apit Lid

Jelas lelaki ini, dia kagum melihat kesungguhan pengawal keselamatan ini yang sanggup makan ‘menu’ sedemikian rupa yang mungkin tidak boleh ditelan oleh orang lain.

Bukan itu sahaja, dia (pengawal keselamatan) merupakan pekerja yang paling rajin bekerja di antara pekerja yang lain.

Manusia contoh, kerja rajin, gaji sama banyak je dgn orang lain.

Tapi kenapa dia makan nasi putih + kuah air masak + bawang besar + bawang putih???

Ada kerusi tapi dia bukan jenis duduk je.

Dia sentiasa ronda kawasan walau tak perlu buat mcm tu, memang tak boleh duduk diam..Mesti nak ada benda kena buat.

Bila disoal, pengawal keselamatan ini menceritakan setiap bulan dia hanya membelanjakan RM100, bagi menampung segala keperluan hariannya.

Manakala, selebihnya akan dihantar kepada keluarga yang sabar menanti gaji setiap bulan yang diterimanya.

Sebab dia sayang keluarga dia kat kampung.

Sebulan belanja makan dia tak lebih 100 dia cakap, baki gaji semua dia hantar kat kampung, aku ni kalau ada rezeki lebih kadang aku belanja dia makan. Semoga dipermudahkan segala urusan nya.

Respon netizen

 

 

Sumber: Apit Lid/Ohbulan/trendinggiler

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *