Viral

Budak 12 tahun jadi ketua keluarga, jaga bapa terlantar & ibu berpantang

Bagi memastikan tiga beradik dan ibu bapanya tidak terabai, seorang kanak-kanak lelaki Nik Nur Muhammad Akid Najwan kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun baru berusia 12 tahun.

Menerusi laporan Sinar Harian, anak sulung itu menjaga bapanya Nik Rizuan Nik Par yang terlantar sakit, manakala si ibu Zaleha Manaf pula sedang berpantang selepas bersalin hampir tiga minggu lalu.

Ketika budak seusianya sibuk bermain, dia tidak mengeluh sebaliknya sanggup tidur di sebelah katil bapa yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ogos lalu.

Zaleha berkata, Nik Nur Muhammad tidak kekok menguruskan seperti memberikan susu dan membersihkan bapanya selain menjaga adik-adik iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 19 hari.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu lagi, mereka sekeluarga mengalami nasib tersebut selepas suaminya hilang pekerjaan pada awal tahun lalu sebelum pulang ke Kelantan bagi meneruskan kehidupan.

“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.

Bagi individu yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27atas nama Zaleha Manaf.

Sumber: Sinar Harian/Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Payung Cerita Media Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: