Viral

Pekerja wanita nekad panjat kaunter, panik lelaki tak berseluar tayang kemaluan

Serangan seksual sememangnya boleh berlaku dimana-mana sahaja walaupun di tempat awam. Hal ini menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana bukan sahaja memberi tekanaan emosi kepada mangsa bahkan membahayakan keselamatan.

Gangguan seksual di kedai

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, satu rakaman CCTV dari sebuah kedai telefon bimbit menunjukkan seorang lelaki telah datang ke premis tersebut tanpa memakai seluar dan menggangu pekerja wanita disitu.

 

Dalam video berdurasi 1 minit 16 saat itu, dapat dilihat tiga orang pekerja wanita bertempiaran lari memanjat kaunter setelah lelaki tersebut menghampiri mangsa sambil menunjukkan alat sulitnya.

Menerusi maklumat, kejadian tersebut berlaku di Shopping Center, Kota Bahru pada petang semalam.

Panjat kaunter selamatkan diri

Tindakan pantas para pekerja wanita tersebut memanjat kaunter telah menyelamatkan mereka dari terus diserang secara seksual oleh lelaki berkenaan yang dilihat turut memanjat kaunter dan menayang alat sulitnya.

Keberanian dalam ketakutan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai  komen berkenaan gangguan seksual yang dihadapi oleh tiga pekerja wanita terbabit.

Mereka juga memuji tindakan pantas yang diambil dalam keadaan panik itu mampu mengelakkan ketiga-tiga mangsa terus diganggu dengan lelaki tanpa seluar tersebut.

Benda ni bukan lawak

Kesian kakak2 tu trauma

 

Setakat ini belum ada sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut dan video tersebut tular serta mendapat pelbagai komen daripada warganet di laman Facebook sumber.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis/Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: