Viral

Apa nak jadi !!! 32 pegawai JPJ Disiasat sebab terima RM1.64 jvta

Sebanyak 44 individu terdiri daripada 32 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), masing-masing seorang anggota dan bekas anggota trafik polis manakala selebihnya orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam sindiket melindungi pemandu-pemandu lori.

Kegiatan yang dilakukan sejak 2019 sehingga tahun lalu itu terbongkar selepas kesemua mereka dipercayai menerima suapan keseluruhan bernilai RM1.64 juta

Kesemua mereka ditahan menerusi satu operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Op Sukat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka sejak semalam kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal.

Menurut sumber, kegiatan itu melibatkan pegawai JPJ pelbagai gred termasuk pegawai kanan manakala orang awam pula merupakan proksi.

Kata beliau, daripada jumlah yang ditahan, masing-masing 11 individu ditahan di Kedah dan Melaka diikuti Pulau Pinang (9 individu), Perak (12 individu) dan Perlis (seorang).

“Modus operandi yang dikesan ialah pegawai-pegawai berkenaan tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang telah melakukan kesalahan jalan raya setelah menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

“Mereka dipercayai menerima kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan bagi melepaskan pemandu lori terlibat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhajaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkaitan operasi tersebut.

Beliau berkata, operasi tersebut merupakan hasil kerjasama antara SPRM dan JPJ khususnya Ketua Pengarah dan Bahagian Integriti JPJ dalam usaha meningkatkan integriti jabatan tersebut.

Katanya, ketika ini siasatan masih lagi berjalan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi siri tangkapan.

“Objektif siasatan ialah tertumpu kepada kesalahan rasuah di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 dan melibatkan isu salah laku. Kita cuba untuk lakukan siasatan secepat mungkin,” ujar beliau.

Sumber:Utusan/inforakyat

 

Kakitangan Imigresen lepaskan OKT Macau Scam Dtitahann

 

GEORGETOWN – Empat lelaki termasuk seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan pegawai polis yang dikatakan melepaskan orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes Macau Scam pada Februari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, keempat-empat lelaki itu ditahan secara berasingan di Pulau Pinang selepas dipercayai terlibat dengan urusan untuk mengeluarkan OKT daripada tahanan polis.

Menurutnya, empat pegawai polis termasuk dua berpangkat Asisten Superintendan yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Timur Laut turut ditahan bagi siasatan kes berkenaan.

“Kita sedang menganalisa semua dokumen termasuk daripada jabatan lain bagi melengkapkan siasatan kes ini.

“Siasatan akan dimajukan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat dan buat masa ini kesemua pegawai yang terlibat sedang dipantau rapat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri sehingga kes selesai,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Sahabudin berkata, bagi memastikan siasatan yang dijalankan telus, adil dan tidak berat sebelah kes terbabit disiasat oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang.

Selain itu, beliau turut mengesyorkan empat pegawai yang terlibat ditukarkan ke bahagian lain yang tiada kaitan dengan operasi serta siasatan buat masa ini.

Jumaat lalu Sinar Harian melaporkan beberapa pegawai JSJK Pulau Pinang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dipercayai telah melepaskan lebih 11 OKT yang terlibat dalam Macau Scam dengan cara menyerahkan mereka kepada ‘seorang pegawai dari sebuah agensi kerajaan’ untuk diambil tindakan.

Difahamkan kesemua OKT warga China tersebut tidak dibawa ke ibu pejabat agensi tersebut dan dipercayai telah dilepaskan.

Dipercayai, pegawai polis yang terlibat menerima sejumlah wang untuk melakukan jenayah tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan penglibatan pegawai polis berkenaan dan hasil siasatan yang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mendapati wujudnya kesalahan itu dalam kes tersebut.

Menurutnya, tindakan seorang pegawai polis yang dipercayai bersekongkol dengan suspek sindiket Macau Scam di negeri ini disifatkan sebagai satu pengkhianatan.

Sementara itu, Shabudin berkata, kesemua suspek yang berusia 30 hingga 60 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 217 Kanun Keseksaan kerana melindungi pesalah.

Sumber:sinarharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *