Viral

Kereta terjun tasik: ini hasrat kakak dimakbulkan buat keluarga hanya mampu terdiam

LULUH hati seorang anak menerima berita pemergian ibu dan kakak yang lemas selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik.

Salah seorang daripada 11 anak Allahyarhamah Hasmah Mat Isa, 69, berkongsi kesedihan menerusi posting di laman Instagram selepas kedua-dua mangsa selamat dikebumikan.

“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami semua hari ni, cantik sangat rumah baru arwah mak kakak. Kemas bersih je, tenang sangat tengok.

“Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosa arwah emak dan kakakku, Kau muliakan lah mereka, Kau rahmati lah mereka, Kau tempatkan lah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” tulisnya menerusi akaun haney_nieza pada Isnin malam dengan tanda pagar (hashtag) #21/03/2021DalamKenangan.

Lokasi kejadian di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, Kedah.

Haniza atau lebih dikenali sebagai Hani turut memberitahu kakaknya, Allahyarhamah Noraiza Hashim, 28, pernah menyuarakan hasrat untuk ‘pergi’ bersama ibu mereka.

“Allahuakbar, kami sekeluarga hanya mampu terdiam bila dapat tahu baru-baru ni arwah kakak pernah sembang dengan kawan dia kat kilang yang dia nak pergi sama-sama dengan arwah mak.

“Tak sangka doa-doa dia termakbul. Doa-doa arwah mak pun termakbul, arwah mak nak sangat mati syahid macam arwah mak dia mati sebab jatuh telaga.

Kenangan… Hani (kiri) bersama bapa, Hashim Ariffin (dua, kiri), Hasmah, Noraiza dan seorang ahli keluarga.

“Masa tu arwah mak baru tujuh tahun tak silap, dia lagi awal rasa sakit kehilangan orang yang dia paling cinta. Arwah mak selalu juga tanya anak-anak, siapalah yang akan pergi dulu antara kita ni sebab kami satu famili 13 orang termasuk arwah mak dan abah.

“Dia selalu minta nak pergi dulu dari abah dan anak-anak. Dia tak mahu abah dan anak-anak pergi dulu dari dia sebab dia tak sanggup kehilangan kami,” ujarnya beserta emoji menangis.

Arwah mak selalu juga tanya anak-anak, siapa lah yang akan pergi dulu antara kita ni sebab kami satu famili 13 orang termasuk arwah mak dan abah

Dalam posting berasingan, Hani memuji kemuliaan ibunya yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan dan menjaga mereka 11 adik-beradik.

“Mak ku sayang, sesungguhnya mak insan yang paling mulia di mataku. Mak insan yang sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan dan menjaga kami 11 adik-beradik, besar pengorbanmu wahai emak.

“Kakakku sayang sesungguhnya Allah lebih sayangkan kamu, besar pengorbananmu cuba untuk selamatkan mak. Semoga syurga buatmu kakakku sayang, nanti kita jumpa kat sana OK. Tunggu tau. Ya Allah, aku tak mimpi kan.

“Sesiapa yang mengenali mak dan kakak Hani, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat mereka, halalkan makan minum mereka. Ampunkan segala dosa-dosa mereka yang sengaja atau tidak sengaja. Kalau mereka ada terhutang sesiapa yang belum diselesaikan, mohon jumpa Hani.

“Ya Allah… Kau ampunkanlah segala dosa-dosa mereka. Haramkan wajah emak dan kakakku dari disambar oleh api neraka. Kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab. Al-Fatihah emak dan kakak,” ujar Hani.

Dalam kejadian Ahad lalu, dua berank lemas selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, Kedah.

Dua beranak selamat dikebumikan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Ahad, siasatan awal mendapati, kereta itu berada di kawasan parkir tasik berkenaan sebelum pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kende3raan itu bergerak ke depan lalu meluncur masuk ke dalam tasik.

“Kedua-dua mangsa dipercayai terper4ngkap di dalam kenderaan sebelum lem4s,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Jen4zah dua beranak itu dilaporkan selamat dikebu.mikan di Tanah Perk.uburan Islam Masjid Al-Irsyad, pada Isnin.

Cara Selam4tkan Diri Jika Kereta Terb4bas dalam Air

1. BUKA PINTU ATAU TINGKAP APABILA KERETA MULA KARAM

Jika anda masih sedar ketika kereta terbabas ke dalam air, anda sepatutnya terus saja membuka pintu atau menurunkan tingkap kereta untuk melepaskan diri. Ini kerana pintu kereta masih boleh dibuka jika air baru menenggelami suku badan kereta, iaitu paras separuh tayar kereta. Tingkap kereta pula masih belum ditenggelami air melainkan kereta gagal berfungsi.

Sebelum itu, jangan lupa tanggalkan tali pinggang keledar. Jika ada penumpang lain, jerit supaya mereka juga bertindak serupa. Dan jika anda terlebih dahulu dapat melepaskan diri, sila bantu penumpang lain untuk keluar. Cara ini memerlukan kepantasan berfikir dan bertindak.

RISIKO: Anda boleh tersepit di pintu kereta atau karam bersama kereta kalau terlambat keluar.

2. TUNGGU KERETA TENGGELAM, DIPENUHI AIR DAN BUKA PINTU
Tindakan ini boleh dilakukan kalau anda gagal melakukan cara pertama seperti di atas. Namun, cara ini sangat memerlukan ketenangan.

Anda perlu menunggu sehingga kereta tenggelam sepenuhnya kerana tekanan air yang kuat akan menolak pintu kereta dan menghalang anda daripada keluar. Apungkan diri dan tahan nafas sebaik saja air mencecah paras atas siling bumbung kereta. Kemudian, tanggalkan tali pinggang keledar dan bukan pintu kereta. Gunakan kaki dan bahu kalau pintu agak sukar dibuka.

RISIKO: Anda tidak cukup masa untuk bernafas lebih lama sebelum pintu kereta dapat dibuka. Rasa p4nik boleh menyebabkan anda bern4fas lebih pendek.

3. KETUK CERMIN KERETA DENGAN TUKUL KACA
Cara ketiga ini ialah tindakan yang paling cepat, selamat dan berkesan untuk dilakukan. Ingat, perkara penting yang anda perlu buat apabila kereta tenggelam ialah cuba melepaskan diri secepat mungkin. Dan halangan paling sukar ialah keluar daripada kabin kerana tekanan air sedang menolak pintu kereta. Faktanya, pintu kereta cuma dapat dibuka apabila kereta tenggelam sepenuhnya.

Jadi, tukul kaca ialah alatan paling sesuai untuk memecahkan cermin kereta supaya air dapat masuk menenggelamkan kereta dan memudahkan anda membuka pintu kereta. Anda patut menyimpan tukul cermin di bahagian yang mudah dicari seperti dalam laci papan pemuka (glove box) dan fail poket di belakang kerusi penumpang depan (untuk kegunaan penumpang belakang).

Caranya, sebaik saja kereta karam, terus buka tali keledar dan dapatkan tukul kaca secepat mungkin. Dengan tukul kaca, cermin kereta anda boleh dipecahkan dengan sekali hentakan. Air deras akan menerpa masuk, tetapi jangan mudah panik. Tahan nafas dan buka pintu kereta dengan perlahan. Saranan kami, jangan cuba keluar ikut tingkap atau cermin depan kerana anda berisiko mengalami kecederaan atau tersepit.

Sumber:trandingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *