Viral

Bulan madu di Langkawi? Neelofa akan di panggil P0lis, tapi sebab lain

KUALA LUMPUR – Pasangan pengantin baharu, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail terus mencuri perhatian ramai selepas beberapa keping foto yang mendakwa mereka berbulan madu di Langkawi, Kedah tular dalam media sosial sejak semalam.

Dalam foto-foto berkenaan, Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan terkenal tersebut.

Netizen kini mula memberi pelbagai pendapat berbeza apabila ada yang mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin pada Sabtu lalu itu dibenarkan merentas negeri dan berbulan madu.

Bagaimanapun, di sebalik segala kecaman tersebut, ada juga yang berpendapat bekas pengacara MeleTOP dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.

Neelofa dan Haris, 26, selamat diijabkabul pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah mengumumkan penduduk dari negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong namun menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 10 Mac lalu.

Bagaimanapun, kebenaran rentas negeri tersebut hanya dibenarkan di antara negeri kategori PKPP juga.

Berdasarkan  hari ini, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Manakala, lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah PKPP.

Neelofa akan di panggil

Hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan Neelofa kan dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, Sabtu lalu.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat kec4man ramai. – MalaysiaGazette

Neelofa, ahli keluarga beri keterangan di IPD Dang Wangi esok

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal, Neelofa dan ahli keluarganya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, untuk diambil keterangan berhubung dakwaan melanggar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pada majlis pernikahannya esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya telah meminta pengurus hotel, selaku penganjur majlis pernikahan itu, tampil ke balai untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kini kami sudah susun semula jadual dan akan meminta pengantin berkenaan Neelofa dan juga ahli keluarganya datang ke IPD untuk diambil keterangan.

“Ahli keluarga pengantin perempuan termasuk Neelofa sendiri akan tampil untuk memberi keterangan kepada polis antara jam 2 hingga 4 petang esok (Selasa),” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan Neelofa dengan pelakon yang juga pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Terdahulu Mohamad Zainal berkata, beberapa saksi telah dipanggil untuk ke balai hari ini untuk membantu siasatan.
Tambahnya, pihaknya telah mengambil keterangan awal semalam daripada pegawai keselamatan hotel tersebut.

“Hari ini (Isnin) pula, kita akan ambil lagi keterangan daripada beberapa orang saksi, kita bukan tak boleh keluarkan kompaun serta-merta, tetapi majlis itu sudah berlalu sebelum gambar itu diviralkan dalam media sosial dan dikecam warga netizen sejak Sabtu lalu.

“Kita akan panggil semua yang terlibat untuk datang ke balai bagi memberi kerjasama supaya polis dapat melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada pendakwa raya untuk arahan lanjut,” ujarnya. –

sumber:MalaysiaGazette/trandingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *