Viral

[Video] Pengurus majlis Neelofa beri keterangan, ‘kunci’ mulut dakwaan langgar SOP

Biarpun sudah beberapa hari berlalu selepas selamat diijabkabulkan, nama pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail masih menjadi bualan dalam kalangan netizen.

Tambahan lagi apabila timbul pula isu majlis nikah mereka didakwa tidak mematuhi SOP. Berikutan itu, wakil daripada pihak pasangan pengantin baru itu dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis.

Hari ini, pengurus majlis pernikahan pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor dan pendakwah bebas yang turut dikenali sebagai PU Riz, hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan.

Lelaki yang dikenali sebagai Faiz Sabari bersama isterinya, Rozana Mumtaz Mohd. Ashraff dilihat hadir beberapa minit selepas pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin tiba di IPN Dang Wangi bersama penguamnya, pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo Online, Faiz memberi keterangan kepada wartawan namun enggan memberi sebarang komen terhadap kes tersebut.

“Tiada apa nak cakap, semua ok,”katanya ringkas sebelum beredar bersama-sama isterinya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada pembantu peribadi serta peguam Neelofa juga tidak berjaya apabila kedua-dua mereka enggan memberi sebarang komen selepas keluar dari IPD Dang Wangi kira-kira pukul 2.05 petang.

Sebelum ini, satu gambar di laman sosial menjadi tular apabila ada yang mendakwa majlis nikah dianjurkan pasangan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tonton video penuh:

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim), Kosmo Online (Nur Huda Musa) /Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *