Viral

Tiada Pembukaan Cawangan Baru. Netizen B3ngang Chatime Cuba Backup Alasan Neelofa Ke Langkawi

Jika pada hujung minggu lalu tular mengenai majlis perkahwinan Neelofa bersama jejaka pilihannya, PU Riz yang didakwa tidak mematahi SOP sekaligus menjadi siasatan pihak polis, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas disahkan berada di Langkawi.

Apa yang menjadi persoalan netizen adalah bagaimana pasarangan ini berpeluang untuk merentas khususnya daripada negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Langkawi yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
ExvDmqeUYAMiFmCWalau bagaimanapun, segalanya terjawab pada malam tadi selepas disahkan Neelofa dan PU Riz disahkan berada di Langkawi apabila Chatime Malaysia selaku francais rangkaian minuman bubble tea tampil dengan sebuah kenyataan rasmi memaklumkan pasangan ini ke Langkawi atas pembukaan cawangan dan bakal turut membuat lawatan ke Sungai Petani dan Kangar.

Ironinya, siasatan netizen di laman web Chatime mendapati pihak Chatime sebaliknya tidak menyenaraikan tiga lokasi yang disebutkan dalam kenyataan rasmi iaitu Langkawi, Sungai Petani dan Kangar dalam senarai cawangan yang bakal dibuka Chatime sekaligus membuatkan netizen berang.

167160244_10225187281332036_9104944206447235372_n

Setakat artikel ditulis, didapati laman Facebook Chatime Malaysia dilihat sudah menurunkan perkongsian mengenai kenyataan rasmi Neelofa dan PU Riz ke Langkawi. Walau bagaimanapun, laman Facebook ini masih lagi dibanjiri komen daripada para netizen.

Dilaporkan pembantu peribadi Neelofa telah tampil ke balai polis bagi memberi keterangan walau bagaimanapun memilih untuk tutup mulut isu majlis perkahwinan yang tidak mematuhi SOP.

sumber:thevocket

 

Selesai Beri Keterangan, Pembantu Peribadi Neelofa Tutup Mulut Isu Majlis Perkahwinan Tidak Patuh Sop

Umum mengetahui, Neelofa telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, PU Riz dan majlisnya telah dijalankan secara mewah serta meriah. Majlis perkahwinannya mendapat perhatian netizen dan ada yang mendakwa majlis tersebut tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berikutan itu, pembantu peribadi Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dangi Wangi pada jam 11.40 pagi tadi bersama pemilik dan pengasas Syarikat Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang dilantik sebagai pengurus majlis perkahwinan itu.

Selesai memberikan kenyataan, pembantu peribadi Neelofa yang ditemani peguam enggan mengulas lanjut isu tersebut dan meninggalkan balai polis tanpa memberikan sepatah dua kata.

Manakala pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari mengatakan keterangan telah diberikan dan tiada apa perlu diberitahu. Malah, Neelofa dan pasangan sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Langkawi tular sejak semalam.

sumber:thevocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *