Viral

Aku terlafaz talak 3, isteri ngis semahu2nya. Lps cerrai dpt berita bks isteri dan anak “pergi” akibat kmlngan

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Aku nak meluahkan perasaan aku. Aku nak kenalkan diri sebagai Am, berusia 28 tahun, berstatus suami orang. Apa yang aku ingin ceritakan biarlah menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua kaaum lelaki kerana ikutkan hati, aku merana selamanya.

Aku dan Imani (isteri dunia akhirat aku) kenal pada tahun 2015. Ketika itu aku berumur 23 tahun. Kami sebaya. Berkahwin dua tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Jika ada sekarang, hero aku dah berumur dua tahun lebih.

Sebelum itu, kami hidup bahagia tanpa ada sebarang masalah. Bergduh kecil itu biasalah. Kami berdua bekerja dalam unit beruniform. Imani bekerja syif dan aku normal syif.

Kisahnya bermula selepas aku jumpa semula dengan bekas kekaasih lama, Mila (isteri sekarang). Mila merupakan kekaasih aku ketika kami sama-sama melanjutkan pengajian di universiti.

Kiranya aku kenal Mila dulu sebelum Imani. Tetapi hubungan kami mengalami masalah. Aku mendapati Mila menduakan aku.

Aku terlalu sayangkan Mila kerana dia merupakan cinta pertama aku. Aku dan Mila tidak pernah memutuskan hubungan cinta kami. Cuma aku mendiamkan diri seketika dan disebabkan kecewa, aku berkahwin dengan Imani.

Mila cuba mencari aku untuk kembali bersama tetapi gagal. Disebabkan kecewa, Mila berkahwin dengan kawan seuniversiti kami.

Pada awal perkahwinan, walaupun aku dah berkahwin dengan Imani, tetapi perasaan sayang aku masih kuat terhadap Mila. Aku cuba untuk beri kasih sayang aku pada Imani tetapi tidak sama seperti Mila.

Imani adalah seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab. Walaupun dia bekerja syif dan kadangkala selalu balik lewat, tetapi dia masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu.

Dia seorang yang lemah lembut, cantik, tidak pernah sekalipun meninggikan suara atau melawan aku biarpun tercetus perselisihan faham di antara kami.

Dia menghormaati keluarga aku. Boleh dikatakan dia adalah wanitay ang sempurna dari segi rupa dan akhlaknya. Tetapi aku bodoh dalam menilai dia.

Bila aku dah terjumpa semula dengan Mila, aku lalai, hanyut dalam cinta. Ketika bersama Imani, aku selalu teringatkan Mila. Kami selalu berjumpa.

Kadang-kadang aku tipu Imani kata ada kursus. Dua tiga hari baru aku balik. Imani tidak mengesyaki aku. Aku dan Mila dilamun cinta semula. Kasih sayang aku terbahagi dua antara Imani dan Mila.

Pada masa yang sama, Mila baru saja bercerrai dengan suaminya. Jadi, aku menjadikan Mila sebagai tempat mengadu dan memadu kasih. Aku juga mengambil peluang tersebut kerana perasaan aku terhadap Mila masih ada. Lagi pula isteri aku bekerja syif. Segala permainan aku tersimpan rapi.

Satu hari, Mila memberitahu bahawa dia hamil. Pada mulanya aku tidak mengaku itu anak hasil dari aku. Tetapi Mila pula bekeras mengatakan bahawa itu adalah anak aku sebab dia dan bekas suami dia sudah lama tidak bersama. Hanya aku yang bersama dengan dia sepanjang tempoh itu.

Mila mahu aku menikahinya tetapi dia tidak mahu menjadi isteri kedua. Aku perlu mencerraikan Imani. Aku dalam dilema ketika itu, aku buntu. Aku perlu membuat pilihan dan aku memilih Mila. Dia cinta pertama aku dan kandungan itu adalah anak aku.

Pada malam itu, aku menunggu kepulangan Imani. Aku ingat lagi, hari itu dia bekerja syif petang. Sampai saja dia di rumah aku memanggilnya untuk berbincang. Tetapi dia meminta izin untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Anak aku sudah pun tidur. Selesai mandi dan sembahyang, Imani ingin memasak untuk aku tetapi aku halang. Aku mahu menyelesaikan masalah itu, malam itu juga.

Dia akur, kami duduk bertentangan. Aku melihat raut wajah wanita di hadapanku. Wanita yang susah senang bersama aku selama ini. Tetapi kenapa malam itu aku begitu tegar membuat dia menangis. Sampainya hati aku.

“Maafkan abang, sayangku..” aku menggenggam erat tangannya.

Imani menjadi tidak keruan melihat reaksi aku pada malam itu. Dia bertanya kepada aku, kenapa aku kelihatan lain. Aku diam dan dengan lafaz bismillah aku melafazkan cerrai terhadapnya. Bukan 1, bukan 2, tetapi 3. Betapa tegar dan bodohnya aku menghncurkan hati wanita yang betul-betul ikhlas mencintai aku.

Imani terdiam dan akhirnya dia menangis semahu-mahunya. Bertanya di mana silapnya dan apa salahnya sehingga sanggup mencerraikan dia. Malam itu juga, aku keluar dari rumah, mngalkan Imani dan anak aku. Aku balik ke rumah Mila.

Dalam tempoh proses pencerraian aku dan Imani, aku tidak pernah call atau bertanya khabar tentang Imani dan anak aku. Aku sudahpun berkahwin dengan Mila. Aku rasa bahagia bersama Mila tetapi kebahagiaan itu hanya sementara.

Tiba-tiba aku menjadi rindu yang amat pada Imani dan anak aku. Aku rindukan gelak ketawa Imani, rindu pada senyuman dia, rindu gelagat anak aku, rindu keluarga kecil aku yang dulu. Aku jadi tidak keruan.

Aku ingin mencari Imani dan anak aku. Aku pergi ke rumah sewa kami yang dulu tetapi Imani sudah berpindah. Aku pergi ke rumah bekas mertua, akhirnya aku mendapat berita yang mengubah hidup aku selama-lamanya.

Kedua-dua insan yang aku abaikan, aniaya telah mngal dunia akibat kmlangan jalan raya. Hitam gelap dunia aku. Aku pengsan serta-merta.

Buat Imani, maafkan abang sayangku. Imani bidadari abang. Imani tetap isteri abang dunia akhirat. Ampunkan d0sa abang terhadap Imani. Abang rindukan Imani sangat-sangat. Rindu yang tiada berpenghujung. Imani tetap hidup dalam kenangan abang. Bila aku kehiilanganmu, barulah aku tahu bahawa kau adalah permata.

Buat anakku, maafkan papa. Papa abaikan kamu anakku. Ampunkan d0sa papa, papa rindukan Noah sangat-sangat. Noah tetap dalam kenangan papa. BIla rindu, ku sebut namamu. Tenang dan damailah kek4sihku di sana. Al-Fatihah.

Baru aku tahu begitu s4kitnya bila kita kehiilangan seseorang. Aku sekarang dah macam orang giila talak. Mungkin ini balasan untuk aku.

Kenapa aku cerraikan Imani talak 3? Masa itu aku fikir kalau aku cerraikan Imani dengan talak 3, aku dan Imani tidak akan rujuk semula sebab aku sayangkan Mila. Rupanya aku tersilap, ini kesilapan yang paling besar aku buat. Penyesalan yang tiada ubatnya.

Kini, setiap minggu aku akan pergi ke kampung aruwah isteri aku untuk menziarahi kubur Imani dan anak aku, Noah.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum dan hai semua. Aku sebenarnya tak tahu nak luah kat mana. Penat aku search laman kaunseling untuk aku tanya menda-menda hal ehwal rumah tangga, tapi semua macam susah nak dapat respon.

Aku harap ada la yang sudi berikan sepatah dua kata komen macamana nak stop jadi isteri yang bodoh.

Aku berkahwin dengan suami aku atas pilihan keluarga. Tahun ini masuk tahun ke 6 kami berkahwin. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebulan selepas berkahwin aku terima tawaran kerja yang pertama.

Gaji aku yang dua ribu cuma ketika itu semua aku serahkan kepada suami kerana katanya kita boleh gabungkan gaji dan beli apa yang kita suka.

Aku naif waktu itu, maka aku serahkan semuanya. Tapi alhamdulillah waktu itu, nafkah masih berjalan seperti biasa.

Masuk tahun ke 2 berkahwin, aku tukar pekerjaan. Alhamdulillah gaji naik sikit dari 2000 ke 2500. Macam biasa, aku diminta serahkan semuanya sehingga aku cuma ada seratus dua sahaja di dalam tangan.

Aku masih okay, masih bodoh dan terus positif kononnya ingin membantu suamiku membayar segala macam bil dan bayaran bulanan. Nafkah masih berjalan, jadi ketika itu, aku masih merasa cukup.

Hari ini, masuk tahun ke 6 perkahwinan, aku sudah berada di tahap yang agak selesa. Suamiku masih di tempat yang sama dengan gaji yang sama. Katanya untuk kestabilan dia harus stay disitu.

Sedangkan aku, bertungkus lumus kerja dan cari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih tinggi supaya aku ada baki lebih selepas semua gajiku diserahkan padanya.

Gaji aku kini mencecah 6000. Tetapi, atas dasar ehsan dan permintaan, aku terpaksa serahkan hampir kesemua gaji tersebut sehingga yang tinggal sekarang cuma 500 sahaja untuk aku.

Nafkah juga sudah tidak diendahkan kerana katanya aku sudah banyak lebihan duit. Kalau tak cukup minta padanya. Gaji aku, tapi akhirnya masih perlu meminta-minta nafkah. Kadang di marah lagi katanya aku boros.

RM500 baki gaji aku itu sajalah aku berjimat untuk ulang alik ke tempat kerja, bayar makan, parking bulanan dan apa-apa melibatkan kerja aku. Sehingga aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi.

Bila aku suarakan hak aku, suamiku mula berang. Katanya komitmen kami tinggi. Dia perluukan sokongan dari aku untuk sama-sama bayar komitmen.

Tapi.. apa yang aku nampak, kehidupan suamiku lebih mewah walaupun gajinya separuh dari gajiku sedangkan aku, gaji tinggi tetapi diserahkan padanya.

Kadang-kadang mampu bawa bekal sahaja ke tempat kerja sementara tunggu gaji lagi. Aku dah mula rasa tak reda. Dah mula rasa diperguna.

Suami aku baik. Sangat baik. Dia banyak sediakan semua kelengkapan rumah untukku dan anak-anak. Dibelikan aku macam-macam. Tapi aku tahu semua itu datang dari gajiku juga. Tapi aku masih bersyukur. Bodohkan aku.

Ketika aku berpantang dikampung, aku masih serahkan gaji pada suamiku. Hidupnya bahagia di sana seakan lelaki bujang, berjimba bersama kawan, sedangkan aku, nak upah orang datang mengurut pun fikir sepuluh kali.

Suamiku juga pernah kntoi menyimpan vide0 lcah dan berjanji tidak akan ulangi. Tetapi aku masih merasa dia masih melayan semua itu.

Tapi aku tetap berdoa supaya dia insaf dan betul-betul stop semua itu. Aku betul-betul terhina bab tu, tapi entahlah. Kenapa aku masih bodoh?

Dia juga per0kok. Aku menangis merayu-rayu minta dia berhenti mer0kok dan aku katakan aku sanggup bn0h diri jika dia tidak mahu berhenti.

Alih-alih aku pula dipersalah. Katanya terlalu memaksa untuk dia berubah, Tak ingat Tuhan menda begitu pun nak bnuh diri. Haha.

Marah-marah aku dan mula merajuk tidak ingin bercakap denganku lagi. Last-last, aku yang minta maaf dan janji tak akan paksa apa-apa dalam hidupnya. Aku masih berdoa supaya dia berubah. Haha, bodohnya aku.

Suamiku juga ramai kawan yang bujang dan suka provok suamiku untuk cari scandal. Dasar kawan tak guna dan aku minta suamiku stop berkawan dengan mereka. Aku minta pilih antara aku atau kawan, dan dia pilih kawan. Hahaha, sekali lagi, aku bodoh.

Aku mula alami simptom depression. Rasa hidup tak berguna, kerja kuat tapi tetap miskin. Gaji banyak tapi tak guna asyik kena kebas.

Bulan lepas, aku cuma transfer separuh sahaja gajiku padanya, kataku biar aku bayar yang lain sendiri. Alih-alih disuruh aku bayar semuanya sehingga habislah gajiku. Terpaksa minta semula yang aku dah beri padanya. Sekali lagi, bodohnya aku.

Bulan ini, aku dah tekad, aku tak kan transfer apa-apa lagi. Aku bayar yang aku mahu bayar sahaja. Apa lagi bergduh lah kami dan sehingga saat ini aku mula rasa aku hanya dimanipulasi dan diperbodohi oleh suami sendiri.

Tuan tuan dan puan puan, aku tidak tahu apa perlu aku lakukan untuk fokus tentang diri sendiri. Aku penat fikirkan dia.

Buat masa ini, bukan sebab kukuh untuk berpisah kalau semata bab gaji. Dan aku pun tak nak berpisah. Aku cuma nak cari bahagia aku sendiri.

Cuma aku tak tahu bagaimana. Aku kalau boleh dah malas nak ambil tahu apa-apa tentang suamiku, tapi fikirkan anak-anak yang sedang membesar, aku cuba juga jadi terbaik walau kadang-kadang semua itu fake cuma.

Aku dah malas nak fikir. Nak masak, nak jaga anak, nak buat kerja. Aku nak bahagiakan diri sendiri sahaja. Aku penat jadi orang bodoh dan terus diperbodoh.

Dan sekarang aku pun tak tahu apa lagi function aku sebagai isteri. Entahlah.

Next week, aku dah nak start jumpa doktor untuk depression. Aku dah penat menagis sebab jadi bodoh. Aku nak bahagia dan aku tak nak fikirkan sesiapa lagi termasuk suamiku. Dia pilih kawan. Aku pilih bahagiakan diriku.

Doakan aku kuat. Dan mohon kata-kata semangat untuk perempuan naif, bodoh dan hampir nak gila macam aku ni untuk terus berjuang untuk diri sendiri.

Aku fikirkan anak-anak sahaja waktu ini. Apa lagi aku nak harapkan. Selebihnya, aku harap aku boleh mti cepat bawa anak-anakku bersama.

Tapi jap, aku kena taubat dulu sebab ngumpat suami aku kat sini dan aku kena ganti puasa dulu. Aku harap esok-esok, kalau ditakdirkan aku mti, aku dapat mti dengan anak-anak dalam husnulkhotimah. Aamiin. Okay. Itu aje. Terima kasih guys Doakan aku.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Syira Anuar, Nasi dh jadi bubur…menyesal Pon dh xd guna nya…. Allah lebih sayangkn bekas Bini n ank ko…semoga jadi pengajaran….fikir dulu sebelum buat sesuatu.

Lela Rahman, Buat sesuatu pekara kena guna akal fikiran,bukan ikut perasan,,,,,beginilah sikap manusia,masa ada tk di hargai,selepas tiada baru di cari,untuk apa di cari?? Talak ni bukan barang mainan.

kena ingat tu,sekali terucap ko akan menyesal sampai mti,talak tiga bukan semua wanita inginkan,tapi klau dh takdir tkde sapa boleh menghalanginya, itulah nasib seorang wanita,di sukai saat di sayang,

di usir saat dtgnya ujian,jangan buat k4um wanita mcm sampai,hargailah ketika ia ada di sisi mu wahai k4um lelaki bergelar somi,terlajak perahu boleh berundur,terlajak kata penyesalan yg akan tiba,fikir2 kanlah….

Iman Nabila, Bodohlah….masa lepas tak fikir akibat….ni bila dia dah takde kono nak menyesal…dah mula rasa tak bahagia ke..isteri dunia akhirat lah sangat…sedartak awak talakkan 3 pd imani.

Elin Lilian, Trasa saakit oh,sharusnya,biar pun itu cinta prtama mu,kmu harus sedar,kmu sdh khwin dn punya anak,bila mna kmu mengingat kek4sih lama mu bermakna,

dosa mu belum kmu lepaskan,dn skrng kdua nya sdh mninggal,tiada guna menyesal,kau akan di hantui kesalahan mu sampai lah kmu m4ti.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *