Uncategorized

Kongsi Foto Bersama Kepada Umum, Ramai Puji Kecantikan Wajah Adik PU Riz

Buat pertama kalinya, Shakira Ismail Norbat iaitu adik kepada pendakwah selebriti yang namanya kini menjadi sebutan hangat, PU Riz telah kongsikan foto mereka bersama ketika majlis perkahwinan yang diadakan pada 27 Mac lalu.

 

Sebelum ini, Shakira tidak pernah kongsikan foto beliau bersama dengan ahli kelurga yang lain, lebih-lebih lagi bersama abangnya itu.

Namun kali ini, secara terbuka Shakira telah memuat naik foto mereka bersama di atas pelamin yang serba putih itu.

Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya di laman Instagram turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh gadis tersebut.

Lebih melucukan apabila caption yang ditulis oleh Shakira itu turut menjadi tanda tanya adakah ‘baby‘ yang dimaksudkan itu merujuk kepada PU Riz atau dirinya?

Boleh jadi PU Riz seorang yang manja bersama dengan ahli keluarganya sehingga membuatkan Shakira meletakkan caption seperti itu.

Apa pun, tak sabar juga rasanya nak tengok banyak lagi foto PU Riz bersama keluarganya ketika majlis perkahwinan beliau.

Sumber foto: Instagram Shakira Ismail

Sudah Sah Menjadi Suami Neelofa..Bukan Calang calang Pu Riz ni..

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.

 

Berikut sedikit info mengenai Pu Rizz, bakal Suami kepada selebriti paling berpengaruh di Malaysia, Neelofa

Biodata Pu Riz

1. Nama penuhnya, Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 24 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

 

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

 

Fakta Menarik

Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas p3rang yang berlaku di sana.

Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.

Gemar bermain futsal.

Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

Sebelum ini Neelofa pernah berkata, dia tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya, sekali gus pastinya berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.

Kenapa Neelofa Pilih Pu Rizz Sebagai Jurucakap Pertubuhan Amal

“Saya pilih dia sebab nak ada seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh menjadi jurucakap supaya tiada yang salah faham memandangkan saya tiada latar belakang ilmu agama yang luas” iajar Neelofa

“Saya akan kongsi dengan siapa sahaja saya pilih dan akan berkahwin. Bagaimanapun, saya menafikan bercinta dengan PU Riz.

“Saya kenal PU Riz sejak tiga tahun. Kami sudah lama bekerjasama daripada program 99 Names, majlis buka puasa dan terawih di rumah hinggalah aktiviti berkaitan dengan Pertubuhan Kasih Neelofa. Bukan sahaja rapat dengan saya, malah PU Riz juga berkawan dengan kebanyakan ahli keluarga saya.

“Jadi, hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga berkawan dengan ahli keluarga saya. Disebabkan itu, PU Riz dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik saya.

“Pasangan pengantin, Aqief dan Aqief yang menjemput PU Riz, bukan saya. Jadi, tentulah anda semua melihat PU Riz pada majlis berkenaan bersama keluarga saya. Ini disebabkan hubungan baik ini,” katanya kepada BH Online

 

Video PU RIZ sah nikah Neelofa

 

“Bapa PU Riz usahawan berstatus Datuk Seri… Jangan tuduh dia minta RM100,000 daripada Neelofa!” – Ayu Puteh

KEMELUT hubungan selebriti terkenal Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang didakwa sudah berakhir dan dikaitkan dengan pelbagai tudu.han buruk telah menarik perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh untuk memberikan pendapatnya.

 

Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, berkata, dia mengenali ahli keluarga dan bapa pendakwah itu iaitu Datuk Seri Ismail sejak 15 tahun lalu kerana mereka berada dalam satu persatuan perniagaan yang sama.

Justeru itu, Ayu berkata, adalah agak mustahil tudu.han mengatakan pendakwah itu dan keluarganya mempunyai niat buruk terhadap Neelofa yang melibatkan wang seperti tersebar di laman sosial.

Foto PU Riz (kiri) bersama Da’i Syed di hadapan Food Station miliknya.

Malah, Ayu menegaskan PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.

“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.

PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak yang tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.

Bapa dia sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik. Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki yang tak ada ilmu agama atau suami orang?

“Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa,” katanya kepada mStar.

Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu la nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya.

AYU PUTEH

PENERBIT

Ayu diminta mengulas berhubung hal berkenaan kerana dia mengenali keluarga personaliti dakwah itu selain mahu menepis tudu.han kononnya PU Riz menerima habuan daripada Neelofa yang dipindahkan melalui akaun bank sebanyak RM100,000.

Dia yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Do.sa mempunyai perniagaan Food Station yang salah satunya terletak di Nu Sentral.

Untuk rekod, dalam bidang pendidikan, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail ini merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dan memiliki Diploma Pengajian Islam.

Dia kini meyambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undnag-Undang.

Sementara itu, Ayu turut mende.dahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.

“Saya memang kenal Datuk Seri Ismail sebab dalam satu persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya juga sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.

PU Riz, Datin Noor Kartini (ibu Neelofa) dan Neelofa.

“Bapa dia memang ahli perniagaan yang berjaya tapi tidak mahu heboh dan beliau juga sangat merendah diri. Kami buat perniagaan agensi pembekal pekerja satu Malaysia. Beliau juga tak suka dunia glamor ni,” ujarnya.

Pihak mStar berjaya menghubungi PU Riz, namun pelakon itu meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan masalahnya dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu berkongsi status berbaur sind.iran yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Selepas itu Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tudu.han-tud.uhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad lalu.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz pada 1 November lalu di kediamankeluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! .

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :teh tarik kaw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *