Uncategorized

Vide0: “Chatime tengah laut pula?” – Dia Naik Jet Ski, Netizen Pelik Cawangan Buka di Tgh Laut

Jelas sudah kehadiran selebriti popular Neelofa di Pulau Langkawi bukan untuk berbulan madu.

Sebaliknya atas urusan perniagaan seperti kenyataan dikeluarkan syarikat produk minuman Chatime baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan selebriti berusia 32 tahun itu berkongsi video di InstaStory yang menaiki kereta kabel bersama suaminya Haris Ismail mengundang perhatian warganet.

Menerusi rakaman ‘boomerang’ itu, pasangan tersebut dilihat berpegangan tangan sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi di puncak gunung.

Meninjau reaksi netizen di laman Twitter, segelintir mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP itu yang mungkin membuka cawangan baru produk minuman tersebut berkonsepkan ‘pandu lalu’.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

           

Bagaimanapun, ada juga individu mengecam dengan menyifatkan selebriti yang baru menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith itu tiada sensitiviti.

Ini kerana soal rentas negeri boleh mengundang emosi rakyat Malaysia.

Maklum la pengantin baru, mungkin Neelofa sekadar mahu berkongsi momen romantis bersama suami dengan peminat?

Tak pun tengah ‘survey’ jarak lokasi dan beberapa faktor lagi sebelum buka cawangan baru!

Dia Naik Jet Ski, Netizen Pelik Cawangan Buka di Tgh Laut

Terbaru, tindakan selebriti berusia 32 tahun itu memuat naik video di InstaStory.

Dia dipercayai sedang melakukan aktiviti jet ski bersama suaminya Haris Ismail turut mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi beberapa rakaman video tersebut, suara wanita dipercayai Neelofa itu menunggang jet ski.

Ia dipandu sendiri oleh suaminya sambil merakam keindahan alam semula jadi di lokasi berkenaan.

Seakan-akan tidak berpuas hati, terdapat segelintir warganet mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP berkenaan dengan memuat naik tangkapan skrin video tersebut.

Malah, terdapat juga individu seolah-olah memerli selain bersangka baik bahawa Neelofa mungkin akan membuka cawangan produk minuman Chatime di atas laut.

             

Sebelum ini, InstaStory usahawan berkenaan yang menaiki kereta kabel turut dipersoalkan.

Ini apabila netizen mendakwa mungkin dia akan membuka cawangan produk minuman di lokasi ketinggian ‘cable car’.

Terdahulu, menerusi laporan media, Neelofa dan suaminya melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara.

Iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah serta Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baru.

Aduh ada saja tak kena di mata netizen!

Dah alang-alang sampai lokasi percutian idaman ramai, apa salahnya ‘cuci mata’ kejap kan?

 

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *