Uncategorized

Derita knser otak, bayi 4 bulan ini hanya tempoh enam bulan lagi untuk hidup

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan yang boleh menggambarkan keperitan yang ditanggung oleh pasangan ini dalam menerima hakikat yang telah ditentukan oleh Allah.

Ammar, anak yang berusia empat bulan, dilahirkan sihat dan comel rupanya hanya berbaki hayat enam bulan sahaja dari sekarang. Hati ibu ayah mana yang tidak remuk setelah ditimpa dengan ujian yang sangat berat ini.

Belum hilang rasa sedih dan terkejut ketika Amar disahkan menghadapi Maglinant Rabdhoid Tumor lima hari lalu, kini doktor pula memberitahu Ammar mempunyai satu lagi kanser iaitu tumor otak setelah melakukan ujian CT Scan pada Khamis.

Menerusi perkongsian oleh Puan Fakhira Aqila, dua kanser yang dihidapi oleh anak kesayangannya itu tidak berkait antara satu sama lain tetapi takdir Allah kebetulan terjadi pada waktu yang sama.

Lebih meluluhkan hati, tiada rawatan perubatan yang boleh dilakukan untuk merawat Ammar dan doktor menasihatkan supaya Ammar dibawa pulang ke rumah bersama keluarga. Mereka hanya mempunyai masa enam bulan sahaja lagi untuk meluangkan masa dan mencipta kenangan bersama Ammar.

 

Suami menangis sepenuh hati bila kami mengetahui berita ini..

Dengan doa kami seluruh rakyat Malaysia, semoga ada keajaiban untuk Ammar, membesarlah dengan sihat dan diangkat segala kesakitannya. Semoga ibu ayah Ammar diberikan ketabahan setingginya dalam ujian yang maha hebat ini.

Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan untuk meringankan beban mereka sekeluarga, boleh berbuat demikian menerusi akaun 114209635409 (Maybank – Fakhira Aqila).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

 

 

Sumber: Instagram ieraaqila

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *