Uncategorized

Kakak Kerja Jururawat Bila Shift Malam Suami Nekad Tidur Bilik Adik Ipar. Sampai La Satu Hari Ini Yang Terjadi Pada Adik Ipar Buat Dia Terkedu. Rupa Rupanya Bila Isteri Kerja Ini Yang Suami Lakukan Di Rumah.

Foto sekadar hiasan

Asalamualaikum admin dan warga krt, disini saya nak kongsikan kisah saya tapi tolong jgn kecam kerana saya sudah bertaubat dan saya yakin Allah akan mengampunkan umatnya yang benar2 bertaubat.

Disini saya nak bercerita tentang kisah hidup saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua warga krt, semoga anda semua mengambil ikhtibar daripada kisah hidup saya.

Nama saya linda dan kakak saya Ana. Umur saya dan Ana beza setahun je, saya 25 dan ana 26 tahun. Ana sudah berkahwin 2 tahun lepas namun masih belum dikurniakan anak.

Masa Ana nikah saya memang sudah ada teman lelaki, tetapi teman lelaki saya curang dibelakang saya dan kami putus begitu sahaja sedangkan kami sudah merancang untuk bernikah tapi saya tidak boleh terima lelaki seteruk dia.

Dan saya ambil keputusan tidak mahu kembali kepada dia.

Selepas peristiwa itu, saya ambil keputusan untuk tinggal dirumah Ana, Ana layan saya baik, suaminya juga baik.

Ana bekerja sebagai misi, sejak bulan 1 Ana mula busy kerana negara kita dilanda covid 19 jadi ana sudah mula kurang memberi layanan kepada suaminya.

Kadang2 Ana kerja lebih masa, bila balik rumah, Ana jarang layan suaminya sebab katanya dia selalu bercampur dengan ramai pesakit, jadi dia risau untuk menyentuh suaminya, itupun suaminya yang cerita pada saya.

Ana juga kerap balik lewat, suaminya kadang2 letih tunggu Ana.

Saya sebenarnya bekerja, tapi ofis terpaksa ditutup kerana arahan pkp. Jadi sejak pkp saya hanya dirumah bersama abang ipar.

Kisah bermula, bila saya seharian dirumah bersama abang ipar, kami selalu berkongsi cerita dan abang ipar banyak meluah dengan saya tentang Ana.

Abang ipar kata, bukan sekarang je ana kurang melayan, tapi memang dari dulu, bila diminta baru ana kasi.

Kalau tidak, ana tidak reti melayan dan bila bersama, ana tidak pandai mainkan peranan, ana hanya berdiam dan rela apa saja dilakukan padanya tanpa sebarang responde dan abang ipar sepertinya syok sendiri.

Saya mendengarkan semua luahan abang ipar dan saya sangat simpati padanya, saya sedih sebab kakak Ana layan abang ipar sangat buruk.

Ana jenis pandai masak, saya pun pandai masak, sebab mak dikampung memang biasa ajar kami masak, cuma ana jarang masak, kalau masa off day je dia masak, kalau tak.

Abang ipar memang makan luar tapi sejak saya ada disini saya, saya yang masak makanan untuk abang ipar saya dan dia selalu memuji masakan saya.

Dan awal tahun ini, abang ipar meluahkan perasaannya pada saya, dia sebenarnya suka pada saya sejak dulu.

masa awal2 kenal, dia memang sukakan saya tapi oleh kerana saya ada bf masa tu, jadi dia memilih kakak saya, kami kenal d kenduri kawin di kampung.

Kalaulah saya tahun abang ipar saya syok pada saya, saya sanggup putuskan hubungan saya dengan bf saya masa tu.

Tapi kenapa dia tak terus terang? Saya marah pada dia, kenapa dia tak terus terang. Dia terus minta maaf dan peluk saya.

Saya sedih, menangis, tapi dia tak habis2 minta maaf, dia cakap kalau lah masa boleh diputar semula, dia akan menikahi saya sebab hanya saya dihatinya dari dlu, lama kelamaan, kami makin bahagia dirumah.

Bila ada kak Ana, kami seperti tiada apa2 tapi bila kak ana kerja, kami seperti pasangan suami isteri, semuanya kami lakukan tanpa batasan, kami bebas kemana2 melalukan apa sahaja dirumah,

Bila kak Anna syiff malam suaminya akan tidur dibilik saya dan saya tidak dapat menolak kerana saya terlalu sayangkan dia dan dia pun terlalu sayangkan saya.

Baru2 ni, saya saya tidak datang period, dan saya rasa mual2. Bila saya cek rupanya saya hamil.

Ya saya hamil anak abang ipar saya, saya pun terus terang pada dia kalau saya hamilkan anak dia, bila nampak raut waja dia, seperti terkejut, takut dan tidak gembira, dan disini baru tahu rupanya kakak saya yang mandul sebab bila suaminya bersama saya, saya boleh hamil.

Tapi dia suruh saya gugurkan kandungan sebab dia taknak hubungan saya dan Ana berantakan.

Saya ada pergi klinik gov untuk gugurkan tapi klinik tidak buka sebab pkp.

Saya risau jika pkp dilanjutkan, perut saya akan menjadi lebih besar, abang ipar paksa saya makan panadol dan coke tapi semua tidak berhasil, beli ubat online pun tidak berhasil.

sejakdari itu, abang ipar berjanji akan bernikah dengan saya secara senyap tapi dengan syarat kakak saya tidak boleh tahu tentang hal ini dan bila siapa2 tanya saya hamil anak siapa, saya tidak boleh bagi tahu itu adalah anak abang ipar saya, saya kena cakap itu anak bf saya.

Tapi masalahnya sejak pkp ni susah nak nikah sebab kami terpaksa nikah sebab pergerakkan terbatas lagi2 kami nak nikah diseberang.

Saya risau takut semua ada, tapi abang ipar masih tenangkan saya dan berjanji akan menjaga saya dan anak saya tapi dengan syarat tak boleh siapa tahu itu anak dia, dan katanya bila anak lahir, dia ajak kakak saya untuk ambil anak saya sebagai anak angkat mereka.

Saya bersetuju min cuma masalahnya bila habis pkp, saya nak anak ni lahir berbinkan ayahnya.

Saya tahu saya berdosa tapi saya dah bertaubat dan korang jangan kecam lebih2 sebab korang pun bukan sempurna, mesti pernah buat kesilapan kan?

Doakan yang baik2 supaya korang pun akan dapat yang baik2. Doakan cepat2 habis pkp dan saya nikah dengan selamat. Terima kasih.

Sumber KRT

Komen warganet

Allahuakbar … janganlah tambah lagi dosa …
berterus terang dgn keluarga ..knp nk takutkan …setakat dibenci dipulau ..dibuang ..itu masih boleh kita cuba utk dpt kemaafan sesama manusia …knp tak takut hukum Allah dgn perbuatan kita yg terus mencari jalan dosa utk menyelesaikan masalah yg kita sendiri yg pilih ..jika nak bertaubat clearkan dulu sesama manusia … baru itu betul² insaf dan bertaubat dan mohon keampunan dr Allah … bukan mengikut hawa nafsu semata²..
moga iktibar dr apa yg diceritakan ini …namun sebagai seorang isteri dan kakak …sudah pasti berkecai hati dan perasaan … kita tak terpikir ke seandainya ditempat kakak itu adalah kita …boleh ke kita terima cerita sebegini … Allahuakbar … sy sendiri yg baca terasa akan kesannya apatah lg empunya diri yg menghadapi kekecewaan ini dr darah daging sendiri … moga Allah lindungi kita dr perkara² yg tidak diingini…aamiin- che ezza

Kita kaum ppuan mesti ada rasa cemburu, jika kita ibu kena cemburu kt anak2 gadis terhdp pergaulannya dgn abang, adik, bahkan bapanya iaitu suami kita. Jika ada org luar duduk sekali spt adik ppua sekeras2nya elakkanlah, atau sedara mara umpama pakcik, sepupu pd anak2 kita… Dlm cerita di atas apa sikakak tak de perasaan langsungkah, curiga apatah lagi waspada… berdua2 tu dlm rumah … jiran2 tak perasan ke? Kerana jiran akan sama terasa panasnya jika sensitif benda2 mcm ni. Atau sikakak sengaja nak bagi laluan pada suami kerana kesian sbb suami sunyi dan masih tak de anak lagi? Pelik bin ajaib tol laa… apa ke jahil sngt ke? Yg siadik pulak mmg jenis mudah, manakala si suami tu sudah mengantok sorongkan bantal…. skrg semua kena hadap risikonya tak boleh lari yg hakikatnya siadik sudah mengandungkan anak suami kakak nya… dlm hal ini siapa yg nak undur diri, sbb adik beradik tak boleh dimadukan. Jadi, si kakak kena cerailah…-hamisa

Tk da ilmu ugama langsung ke korang ni saya nk tahu awak adik kandung pada kakak awak kn klu sedara kandung mana bole nikah abg ipar awak kena ceraikn kakak awak baru bole nikah dgn awak haram seorang lelaki nikah 2 orang adik beradik kandung jahil sungguh korang ye malu sungguh nsma je islm hukum tk tau-Jamilah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *