Viral

Tdak Mampu Bayar Sewa, lbu Sepuluh Anak DihaIau Dari Rumah Sewa

Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting, tapi last minute, saya terima makluman ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena haIau dari rumah sewa sebab ibu mereka tidak mampu bayar sewa.

Saya terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun berkemas dan duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.

Ibunya Puan Ros ada sepuluh orang anak, paling kecil hanya berumur tiga tahun. Dia duduk di luar rumah menang1s terkenang nasib anak-anaknya.

Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.

Saya bagi tahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari turun hari ini, keluarga mereka akan ada bumbung atas kepala.

Kemudian saya bawa ibu, anak-anak kecil dan kakak-kakak ke Tesco BM untuk membeli barang-barang keperluan. Dua troli penuh kami belikan.

Cashier pun terkjut ingat kami borong untuk niaga. Moga-moga cukup bekalan Ramadhan sehingga hujung Syawal.

Lepas tu, budak-budak nampak kedai barang mainan, mereka terdiam, tapi saya tahu hati mesti tergerak juga.

Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti minta nak masuk. Saya bawa mereka masuk, beli mainan kegemaran mereka.

Kebetulan di luar Tesco ada bazar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli. Jadi, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak cukup. Ibu tak pernah beli baju raya.

Saya bagi tahu anak-anak, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu.

Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. Asal Cek Mau Pi Sekolah, pak cik akan pastikan adik-adik terus belajar walaupun susah macam manapun. Hanya ilmu di dada mampu mengubah nasib kita.

Last sekali kami makan mekdi tepi Tesco. Bila nak order, semua diam. Saya ingat mereka tak suka. Tapi rupa-rupanya, semua tak pernah makan mekdi jadi tak tahu nak pesan apa.

Ok, takpa, pakcik tolong pesankan. Setiap seorang satu set Happy Meal, pakcik dan ibu makan burger.

Lepas tu, kami ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa? Saya jawab jangan bimbang, saya akan tanggung sampai dia dapat rumah krajaan nanti.

Lepas hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pcah sebab terlalu berat).

Ibu minta satu saja, mesin pengisar nak masak untuk anak-anak.

Terlupa beli kat Tesco, jadi saya pergi pasaraya Wonderful beli blender jenama Khind.

Bila dia dapat blender, ibu tersenyum begitu manis sekali.

Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga, syukur teramat sangat saya dapat berkongsi kegembiraan itu.

STEVEN SIM ialah anggota parlimen Bukit Mertajam.

Sumber: FB Steven Sim

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *