Viral

“Ada Tindakan Atau Tak Biar Saya…. ” Neelofa Bvka Mul0t Isv Lnggar S0P

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dijangka siap minggu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis juga akan memanggil pasangan itu untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan itu dijangka dapat disiapkan dalam minggu ini.

“Selepas itu kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu Neelofa berkata dia tidak boleh memberi jawapan dan dia akan selesaikan sendiri dengan cara dia sendiri privately dan profesionally

Neelofa mahu selesai isu dakwaan langgar SOP tanpa tekanan – “Berikan saya ruang secara tertutup dan profesional”

Berikutan isu mel4nggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan did4kwa berbulan madu di Langkawi beberapa hari lalu, selebriti terkenal Neelofa akhirnya tampil memberi jawapan terhadap segala persoalan dalam fikiran netizen.

Memetik temubual bersama Gempak, Neelofa memohon orang ramai memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan isu tersebut secara profesional dan tenang.

 

“Berhubung isu tersebut saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara profesional dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.
“Itu saja permintaan saya… Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Mengulas tentang kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai tindakan akan dikenakan sekiranya didapati bersalah mel4nggar SOP, Neelofa enggan mengulas lanjut.

“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkara tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya ‘settle’ sendiri. Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu mencetuskan kontr0versi apabila did4kwa merentas negeri ke Langkawi untuk pergi berbulan madu bersama suami, Haris Ismail di pusat peranginan tersebut.

Bagaimanapun, Neelofa menafikan dakw4an tersebut dan menegaskan pemergiannya itu adalah di atas urusan kerja.

Baru-baru ini, namanya dipetik sekali lagi oleh Ketua Polis Negara yang mengeluarkan kenyataan memanggil kedua pasangan itu bagi memberi keterangan setelah gambar-gambarnya di Langkawi dilihat seperti sedang bersanta bukan bekerja.

Tonton video penuh:

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Apa kata anda? Kobgsikan bersama kami

sumber:hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *