Uncategorized

Wanita ini dgn berani mahu minta izin pada isteri teman lelaki utk berkahwin. Ramai puji kesabaran akak ini walaupun rupa2nya

Memang dalam agama Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin lebih dari 1. Tetapi walaupun dibenarkan di dalam islam tidak semua wanita (isteri) sanggup dimadukan.

Video Berada Di Bawah Artikel

Untuk membenarkan suami mereka berkahwin lagi satu memerlukan satu kesabaran yang amat tinggi. Mereka terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain.

Datang Minta Izin Berkahwin

Satu video telah tular di media sosial dimana seorang wanita datang berjumpa dengan bakal madu untuk meminta izin berkahwin lagi.

Pada mulanya isteri itu seolah olah tidak percaya bahawa suaminya ada perempuan simpanan lain sehingga ingin berkahwin lain.

Dia bertanyakan banyak kali samada betul ke suami sebab takut tersalah orang. Nama yang disebut betul tapi masih akak tu rasa wanita ini salah orang.

Akak ini beritahu suaminya baik dan selalu bersama dia dan waktu terluang suami dia akan pergi dakwah. Disebabkan itu dia rasa ada sesuatu tidak kena bagaimana suami dia boleh menjalinkan hubungan selama 2 tahun.

Rupanya PRANK HARI JADI

Akak itu meminta wanita tersebut menunjukkan gambar dan dia kata akan ambil di dalam kereta. Rupa rupanya ini adalah prank hari jadi sahaja. Ia semua dirancang oleh suaminya sendiri dan anak saudara akak itu. Menitis air mata akak itu bila sedar semua yang tadi adalah tidak benar.

VIDEO

NETIZEN PUJI KESABARAN AKAK INI

Rata rata netizen puji dengan sikap sabar akak itu dan percaya kepada suaminya. Jika kita kenal betul pasangan kita dan layan dengan baik, insyallah perkara seperti ini tidak akan berlaku.

“Dia tenang sebab dia percaya suami dia, suami dia tk pernah tipu dia. Kalau sejenis selalu kena tipu mmg dah tk tenang dah”

“Hati isteri mana tak hancur dgr suami nak kahwin lain walaupun sblom tahu itu ialah prank”

“Contoh isteri yg baik. Kesabarannya Wajar di contohi.. Sikap Profesional dan cool mcmni sukar ditemui. Semoga berbahagia hingga ke Jannah,Amin”

Video ini dimuatnaik pada 21hb Feb lalu. Rasanya tidak lewat untuk kami ucapkan selamat hari jadi akak  dan semoga akak dan suami ke Jannah. Insyallah ..

 

Kredit: ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *