Seni hiburan

Dianggap Angkvh, Netizen Mahu Boik0t Neelofa Kerana Kenyataan Ini

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa akhirnya tampil membuat kenyataan media mengenai isu merentas negeri yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Enggan Jelaskan Lebih Lanjut

Menerusi sesi soal jawab Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor bersama media di sebuah majlis di Putrajaya pada petang Isnin, pemilik jenama Naelofar ini berkata dia enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut (rentas negeri).

Dedahnya, dia memohon untuk menyelesaikan cara tersebut secara profesional dan peribadi serta hanya melibatkan pihak yang berkenaan sahaja.

“Saya rasa tak perlu jawab benda-benda yang saya tak perlu jelaskan dengan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku, Bagi saya selesaikan dengan cara saya tersendiri, secara peribadi dan profesional”

“Saya tak perlu bercerita segala butiran kepada anda di luar sana. Saya perlu selesaikan dengan pihak yang berkenaan sahaja” kata Neelofa kepada media

Berterima Kasih Kepada Netizen

Dalam pada itu, Neelofa turut berterima kasih kepada netizen yang telah memberikannya promosi kepada nya sehingga ditawarkan untuk membuka lebih dari satu cawangan francais produk minuman terkenal itu.

“Sebenarnya setelah benda ini terjadi(tul4r), kesan daripada public (netizen) malah kita ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan”

“Dan terima kasih jugalah kepada anda semua yang memberi free marketing (promosi percuma) kepada saya dan memberi rezeki kepada saya” kongsinya lagi.

 

Susulan kenyataan tersebut, nama Neelofa kembali trending di laman Twitter. Segelintir daripada mereka beranggapan kenyataan Neelofa seperti terlalu angkvh dan tidak teragak-agak untuk memb0ikot figura ini dan produk keluarannya.

Terdahulu, Neelofa menjelaskan tujuannya ke Pulau Langkawi, Kedah adalah bertujuan urusan perniagaannya yang akan membuka sebuah cawangan francais produk minuman terkenal di sana.

‘Tiada lsu pilih kasih antara rakyat biasa dan orang kenamaan’.

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagi mengulas da.kwaan sesetengah pihak berkaitan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenakan ko.mpaun melang.gar Pr.osedur O.perasi Standard (SOP) Peri.ntah K.awalan Pergerakan (PKP).

Orang Kenamaan Di ketahui Hanya Selepas Gambar Tular

Beliau berkata, orang awam dikenakan k.ompaun secara terus kerana membuat kes.alahan melanggar SOP ketika dit.ahan anggota polis sedangkan kes.alahan orang kenamaan termasuk artis diketahui selepas gambar mereka ditularkan.

Dalam pada itu, menjawab lsu selebriti, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, dikatakan berada di Pulau Langkawi atas urusan kerja, si.asatan akan dijalankan ke atas pasangan tersebut.

Selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dik.ompaun jika si.asatan polis mendapati kunjungan pasangan itu ke Pulai Langkawi melang.gar prosedur operasi standard (SOP) Pe.rintah K.awalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hanya mendapat kebenaran merentas negeri untuk urusan kerja, namun tular di media sosial gambar pasangan tersebut yang kelihatan seperti bercuti.

“Kalau kita dapati dia g.agal kemukakan bu.kti, kita akan ko.mpaunkan dia, pegawai peny.iasat akan bertanya kepada dia apa dia buat di situ, adakah itu sebahagian daripada ke.giatan perniagaan dia.

“Itu macam santai-santai sahaja, jadi tidak boleh, kerana dia datang dari negeri yang PKPB (Per.intah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk datang ke kawasan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), dia tidak boleh lang.gar,” katanya.

Kenapa Rakyat Marhaen

Selain itu, beliau turut menjawab, lsu usahawan k.osmetik ko.ntroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali S.ajat, pihak polis masih belum menerima sebarang maklumat mengenai keberadaan individu tersebut.

Beliau meminta agar Muhammad Sajjad tampil kemuka pengadilan segera dan bertangg.ungjawab dengan hadir ke m.ahkamah.

Neelofa tayang momen bahagia naik ‘jetski’, kereta kabel

PETALING JAYA – Setiap aktiviti yang dilakukan selebriti popular Neelofa bersama suaminya Haris Ismail yang kini berada di Pulau Langkawi, Kedah atas urusan kerja sentiasa menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, Neelofa menerusi InstaStorynya berkongsi momen-momen bahagia bersiar-siar di pulau peranginan tersebut bersama suami tercinta.

Sejak semalam, Neelofa memuat naik beberapa video memaparkan dia dan Haris bersiar-siar sambil menaiki kereta kabel.

Dalam perkongsian tersebut, mereka kelihatan cukup mesra dan bahagia kerana tidak lekang daripada berpegangan tangan sepanjang menghabiskan masa di atas puncak lokasi kereta kabel berkenaan.

Hari ini pula, pasangan sejoli itu dilihat seronok menaiki ‘jetski’ dengan mengelilingi dan menikmati keindahan pulau di sana.

Sebelum mereka keluar melakukan aktiviti tersebut, bekas pengacara MeleTOP itu sempat mempromosikan minuman botani keluaran jenama produknya, Nilofa.

Dapat ‘free marketing’, Neelofa syukur rezeki Allah

Penularan beberapa foto pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa berada di Langkawi, Kedah untuk berbulan madu baru-baru ini, cukup menggemparkan industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun segala kekeliruan berkenaan terjawab, apabila pasangan pengantin baru itu rupa-rupanya terbang ke pulau peranginan terbabit untuk menghadiri pembukaan cawangan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Menganggap kontroversi yang muncul memiliki hikmah tersendiri, Neelofa tidak menyangka kini kedai yang bakal dibuka itu sudah diketahui ramai.

“Bertenang semua di luar sana, tak ‘launch’ lagi (tapi) ‘free marketing’ dah gegar satu negara.

“Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Neelofa dan PU Riz ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan berbulan madu seperti tular di media sosial.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, Neelofa ke pulau peranginan berkenaan bersama tiga yang lain.

Pasangan sejoli ini dimaklumkan berada di pulau peranginan terbabit untuk mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memberitahu pasangan ini menghadiri pembukaan beberapa cawangan di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar.

Sumber: BH Online (Hamzah Osman)

 

Kredit : RTM/murai.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *