Viral

“Hanya Mendoakan Baby Sihat Dan…”- Elly Mazlein Akhirnya Sahkan H4mil Anak Kedua

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua.

Elly bersyukur kerana tidak lama lagi orang baru itu akan menyerikan rumah tangga serta keluarga kecilnya.

“Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atok akan dapat cucu lagi .. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik ( tapi kakak manja mintak “sister” mana-mana pun tak apa ,hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan).

“Dan Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ni,” katanya.

Pengacara Muzikal Lawak Superstar itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Elly turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya selama ini.

“Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua .. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa ..

“Doa saya ,agar Allah permudahkan urusan anda smua ..

“Dan akhir sekali jawapan bagi smua soalan adalah? Alhamdulillah, ya Kak Kepom pregnant,” luahnya lagi.

Meski demikian, bintang drama Ramadan Pertama Edi yang bersiaran setiap Rabu di Astro Ria ini tidak mendedahkan usia kandungannya.

Terdahulu, bentuk tubuh Elly yang kelihatan sedang hamil telah dipersoalkan media dan peminat namun Elly tidak menjelaskan apa-apa sehingga pengumuman ini.

Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

 

Terdahulu,video Elly Mazlein nampak ‘baby bump’, ramai beri ucapan tahniah

Sejak mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu, ramai peminat kepada selebriti serba boleh, Elly Mazlein mendoakan agar dia segera menimang cahaya mata.

Walaupun sejak kebelakangan ini spekulasi menyatakan dirinya hamil telah tular, namun dia masih lagi belum mengesahkan hal tersebut.

Ada baby bump ke tu?

Namun, dalam salah satu perkongsian radio Suria FM di aplikasi TikTok mereka, dapat dilihat Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina seakan berbadan dua.

 

Belum boleh reveal lagi katanya

Lebih mengukuhkan khabar angin tersebut adalah perbualannya bersama penyampai radio DJ Lin yang seakan teruja selepas diberitahu sesuatu oleh Kak Lina.

Dapat ucapan tahniah

Sehubungan dengan video yang tular itu, TikTok Suria FM telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat penyanyi tersebut yang begitu teruja melihat penampilan Kak Lina yang bakal menimang cahaya mata nanti.

Mereka juga mengakui yakin bahawa Elly Mazlein berbadan dua melihat daripada bentuk badan dan pergerakkan selebriti tersebut

Kak Lina Pom Pom telah hadir ke Suria FM ketika segmen bersama DJ Lin dan Tyzo bagi mempromosikan single terbarunya bertajuk Dusta Cinta yang sedang ligat berkumandang di radio-radio dan aplikasi digital.

Walaupun sudah menerima ucapan tahniah daripada ramai pihak, namun Elly Mazlein masih belum mengiyakan khabar angin mengenai kondisinya sekarang.

Apa-apa pun, jika tekaan peminat betul, tahniah diucapkan bat Kak Lina!

Sumber: Gempak/ kakijalan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *