Viral

Vide0 Malam Pertama Atta dan Aurel dikec4m

JAKARTA – Klip video malam pertama selebriti YouTube Indonesia, Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah dike-cam pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) kerana dianggap menyebar perkara tidak berfaedah, lapor laman berita Suara Bali kelmarin.

Ketua Nahdlatul Ulama Pa­pua, Fritz Haryadi berkata, meskipun bukan porn0grafi, klip video itu menyebarkan pengaruh buruk kepada generasi muda.

“Ia adalah kebodohan yang sudah terlalu lama disajikan kepada generasi muda kita,” kata Fritz di akaun media sosialnya.

Fritz turut mengkritik kelompok YouTuber yang menghasilkan kandungan membawa pe­ngaruh negatif kepada penonton.

“Atta dan ramai YouTuber lain banyak hidangkan klip vi­deo dengan kandungan sama iaitu penuh drama, gosip hiburan serta gerakan agama yang radikal.

“Mereka semua pesohor media sosial yang teruk dan membawa pengaruh buruk kepada penonton,” tulisnya.

Video malam pertama Atta dan Aurel dihasilkan dalam empat siri video yang bertajuk Malam Pertama Atta Aurel, Kamar Malam Pertama Atta Aurel Kamar Raja Salman, Malam Pertama Aurel di Rumah Atta dan Buka Kado Malam Pertama Atta Aurel dan Ibu Jokowi.

Video bertajuk Malam Pertama Atta Aurel sehingga kini telah mencatatkan lebih lima juta tontonan.

Ia memaparkan aksi mesra suami isteri itu dalam sebuah bilik hotel selepas berakhir maj­lis perkahwinan mereka. – Agensi

ANAK perempuan penyanyi Kris Dayanti, Aurel Hermansyah selamat bergelar isteri kepada YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar pada Sabtu.

Memetik Liputan6, upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta

 

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Aurel yang juga penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

Dalam majlis itu, Atta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 (Rupiah 342,021) serta alat kelengkapan solat buat isteri tercinta.

 

Jokowi jadi saksi pernikahan Atta dan Aurel. FOTO: RCTI

Menariknya, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi turut menjadi salah seorang saksi pernikahan Aurel dan Atta selain Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Majlis pernikahan Aurel, 23, dan Atta, 27, disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, RCTI.

 

 

Gambar pertama yang dikongsikan Atta di Instagram selepas Aurel selamat menjadi isterinya.

Aurel dan Atta menggayakan busana pengantin berwarna putih dan kedua–duanya turut menggenakan alat pelitup muka bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak C0v1d-19.

Pasangan itu terlebih dahulu bertunang pada 13 Mac lalu di Hotel Intercontinental, Jakarta.

Aurel merupakan anak sulung Kris hasil perkahwinan bersama bekas suami, Anang.

Sumber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *