Viral

Lailer Dah Ada Jekfer Yang Real lah! Ramai Terkejut Riena Diana Dah Ada Kekasih

Jika selama ini ada yang menganggap penyampai radio Hot FM iaitu Riena Diana tidak mempunyai kekasih dan memegang title single, anda sebenarnya silap!

Untuk maklumat Riena sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati yang dikenali sebagai Nik Afiq yang juga merupakan seorang usahawan yang kini menetap di Pahang.

Tanpa disangka rupa-rupanya ada yang patah hati selepas Riena yang terkenal dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People itu kongsikan fotonya bersama dengan Nik Afiq bersempena dengan hari lahir jejaka tersebut.

Riena juga telah memuat naik fotonya bersama dengan Afiq di laman Instagram miliknya dan disebabkan itu ada sesetengah peminatnya yang terkejut dengan perkara tersebut kerana sebelum ini Riena tidak ada kongsikan sebarang foto bersama dengan kekasihnya.

Mungkin Riena lebih selesa untuk tidak kongsikan tentang kisah peribadinya kepada umum dan disebabkan itu ada yang tidak tahu bahawa pelakon berusia 24 tahun itu sudah memiliki kekasih hati.

Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi apabila ada yang menyamakan wajah Afiq dengan Aeril Noah, bekas vokalis kumpulan Peterpan.

Lain macam pergi dia sampai ke Indonesia ya.

Apa pun semoga hubungan Riena dan Nik Afiq berkekalan hingga ke jinjang pelamin!

Latar belakang
Nama Riena Diana sebenarnya bukanlah baru dalam dunia lakonan di Malaysia. Riena Diana memulakan kariernya sebagai seorang pelakon selepas dia berjaya menjadi finalis Drama Festival Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Drama pertama yang memaparkan bakat lakonannya adalah dalam ‘Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin’. Dalam drama ini dia berlakon disamping Raysha Rizrose, Idris Khan dan Azrel Ismail.

Biarpun begitu, namanya kian dikenali ramai selepas dia membintangi drama ‘Nur’ dan memegang watak Dr. Qadeeja. Drama tersebut turut menjadi fenomena luarbiasa dalam industri hiburan tempatan dan turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosly, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani serta ramai lagi.

Selain dari itu, Riena Diana turut berlakon dalam beberapa drama lain seperti ‘Kamar Kamariah’, ‘Adam Chempaka’, ‘Vila Ghazara’ dan banyak lagi.

Sumber foto: Instagram Riena Diana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *